MANUSIA DAN PERASAAN TAKUT
Perasaan takut adalah fitrah. Kita harus punya rasa takut sebagai sebahagian daripada mekanisma pertahanan hidup. Seorang mahasiswa yang takut tidak lulus ujian, akan mendorong dirinya untuk belajar bersungguh-sungguh. Begitu juga dengan seorang pemandu yang takut mengalami kemalangan jalanraya, akan membuatkan dirinya berhati-hati ketika membawa kendaraan. Dalam erti kata lain, rasa takut itu diperlukan untuk mempertahankan kelangsungan hidup seseoraang.
Takut dalam batas-batas normal sangatlah bermanfaat bagi kehidupan. Namun apabila ianya sudah melebihi ambang normal, bererti rasa takut itu telah berubah menjadi abnormal. Perasaan takut yang berlebihan inilah yang harus kita tangani. Rasa takut itu janganlah dibuang, tetapi harus diurus dan dikelola dengan baik sehingga menjadi energi kehidupan.
Kita wajib mampu mengelola rasa takut yang wujud dalam diri kita kerana ianya merupakan sebahagian daripada ujian hidup yang harus kita hadapi. Kita akan diuji oleh Allah SWT dengan rasa takut, khawatir, kekurangan harta, bahkan kelaparan.
“Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (atas ujian itu).” (Q.S. Al-Baqarah, 2: 155)
Justeru itu juga, apabila kita merasakan ketakutan yang berlebihan, maka seharusnya kita kembali kepada jalan asal, memohon perlindungan diri daripada Allah SWT. Kita harus yakin bahawa Allah SWT bersifat Maha Melindungi, Maha Penyayang, dan Maha Berkuasa. Hal ini seterusnya membuatkan diri kita menjadi lebih tenang menghadapi rasa takut yang berlebihan.
“(iaitu) Orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah (bahawa) dengan mengingati Allah itu, tenteramlah segala hati” (Q.S. Ar-Ra’d, 13: 28)
Ada perasaan takut yang justeru harus kita pupuk, latih, dan rawat. Tidak lain tidak bukan, rasa takut kepada Allah SWT. Allah memberi penghargaan yang tinggi kepada orang-orang yang memiliki rasa takut kepada-Nya, dengan menggelarkan mereka itu sebagai “Ulul Albab” (orang yang beraqal atau memiliki kearifan).
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda (atas kekuasaan Allah) bagi Ulul Albab (orang-orang yang beraqal atau kearifan). (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk, berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka.” (Q.S. Ali Imran, 3: 190-191)
Ekspresi takut kepada Allah akan melahirkan sikap taqwa, iaitu takut akan seksa serta azab Allah SWT sehingga ianya menjadi pendorong untuk seseorang hamba itu agar selalu melaksanakan perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.
BAGAIMANA PULA DENGAN PERASAAN TAKUT MATI?
Dalam batas-batas tertentu, takut mati adalah fitrah dan wajar buat seseorang. Bahkan ianya adalah baik apabila rasa takut akan mati itu mampu menjadi pendorong atau motivator untuk berbuat pelbagai kebajikan dan menjadi energi untuk menjauhkan diri daripada kemaksiatan. Takut akan mati seperti ini adalah sangat baik, dan harus kita tumbuhkan dan rawat. Nabi SAW pernah bersabda, (maksudnya): “Perbanyaklah mengingat ‘pemutus keni3matan’, iaitu kematian!”
Keterangan ini mengisyaratkan bahawa dalam batas-batas tertentu, takut kepada kematian adalah sangat baik. Namun takut akan mati boleh juga berubah menjadi sangat buruk apabila ia membawa kita kepada sikap apatis, tidak ada semangat hidup, bahkan sering berputus asa. Takut kepada mati seperti ini harus disembuhkan dengan cara memupuk kesedaran bahawa setiap orang pasti akan merasai mati, baik cepat ataupun lambat.
Jadi kesimpulannya, kita tidak perlu takut untuk mati, sebab mati itu pasti akan kita alami. Yang harus kita takuti, ialah apa yang akan kita bawa setelah mati. Jadikanlah takut mati sebagai motivator atau pendorong buat kita untuk berlumba dalam melakukan kebajikan dan kebaikan.
~WALLAHU A3LAM~
Sumber: PercikanIman.ORG
Notakaki: Takut kepada kematian adalah normal dan dialami oleh hampir semua manusia. Tidak mengapa, asalkan ianya bukanlah takut yang berlebihan. Perlu diingatkan, rasa takut akan mati itu haruslah dijadikan peringatan buat diri supaya sentiasa mengejar melakukan kebaikan demi mengumpul bekalan sebanyak mungkin untuk dibawa ke akhirat kelak…
Salam hani..entri yang sangat elok untuk tatapan ramai..bagi orang yang hampir2 lupa pada kematian, mungkin insaf bila baca entri hani ni..
ReplyDeletesetiap manusia pasti akan mati, cuma waktunya sahaja yang berbeza. ada yang cepat, ada yang lambat, tetapi bila janji Allah sudah tiba, tak akan cepat atau terlajak walau sesaat.
kadang akak hairan juge, ade jumpe org2 yang sgt takbur dgn kehidupan seolah2 lupa ttg kematian. Astaghfirullahalazim..
bil shopping harga beribu pun nak tunjuk kat facebook. ya Allah...eh, xelok kate kat org..nti akak plak diuji...
harapan akak, kita semua tergolong dlm senarai mukmin mukminah yang sentiasa zuhud dan tawadhuk, bebas dari sikap takbur dan bongkak..insyaAllah...
trime kasih entri ni...byk pgajaran..moga hani terus dengan semangat dakwah..
salam..
ReplyDeletekaq honeyz..
sesungguhnya mereka yg paling bijak adlh mreka yg sntiasa mngingati mati dn brsiap sedia mnghadapinya..
adkh kta trglg d klgnnya??
=) nice p0st!
kematian e2 psti tiba..
entahkn sebentar lg..
esok atau pun lusa..
astaghfirullah...
smg mengingati kematian sbgi pnghalang kecintaan trhadap dunia..
Salam Hani...
ReplyDelete"Kami ini milik ALLAH, dan kepada NYAlah kami akan dikembalikan" ( Al Baqarah 2:156)
Hidupkan hati dengan mengingati MATI...!!!
Pastikah bila kita akan mati?
Dimana?
Bagaimana bentuk kematian kita?
"Ya ALLAH ya Tuhan kami, sudahilah hidup kami
dengan kesudahan yang baik (husnul khatimah)
dan jangan Engkau sudahi hidup kami
dengan kesudahan yang jahat (suul khatimah)"
to Deena Farhana:
ReplyDeletesalam kak.. yup, betul kata akak. Allah dah tetapkan kematian buat semua yg bernafas. tapi sebab tarikh dan waktu kematian tu menjadi rahsia Allah, maka kita yg xtau apa2 ni seringkali terleka dan lupa tentang hakikat kematian.
n3 ni utk saya mengingatkan diri sy khususnya, dan buat semua muslimin dan muslimat umumnya. jd x perlula akak berterima kasih pd saya.. itu sbhgn tanggungjwb khalifah di mukabumi ni utk saling mengingatkan atr kita, rite? :)
pasal shopping harga sampai beribu n tunjuk kat facebook, sy xtau plak. sbbnya saya sendiri x join FB =D
ttg harapan yg juga merupakan doa akak.. inshaAllah, sama2lah kita mendoakan satu sama lain, smga diri kita tergolong dalam senarai mu'min mu'minah yg sentiasa zuhud dan tawaddhu'.. serta sentiasa mensyukuri segala ni3mat yg dipinjamkan Allah buat kita sementara kita hidup di dunia ni.
x lupa juga, thanx for ur support! terima kasih sebab mendoakan mg diri saya istiqomah dalam jalan penuh liku ni, i.e dakwah. mg akak juga terus bersemangat dalam medan perjuangan ni.. baarakallahu fiik ya ukhti :)
to زهرة حلوة:
ReplyDeletesalam dik :)
sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah kehidupan sementara.. sedangkan kehidupan akhirat itulah yg kekal abadi...
semoga dgn perkongsian ni, kita menjadi lebih sedar n beringat akan mati yg pastinya akan menjemput kita pd waktu yg telah ditetapkan-Nya,
lantas menjadi pendorong kita untuk lebih mempersiapkan diri dengan bekalan secukup mungkin utk dibawa ke akhirat kelak..
to cun09:
ReplyDeletesalam kak liza..
yup. innaa lillaahi wainnaa ilaihi rojiuun.. dari Allah kita datang, kepada-Nya jualah kita kembali. itulah janji-Nya yang pasti.
inshaAllah, sama2lah kita hidupkan hati kita dengan sentiasa mengingati mati... kerana kita manusia xkan pernah tahu bila dan bagaimanakah keadaan kita dimatikan. semoga hayat kita berakhir dengan penghabisan yg baik, husnul khotimah... aamiiin..
salam kak honey a.k.a hani? heheheheh yup! kita ni dtg dr Allah dan pulang kepadanya.. jd bg sy takut mati 2 tak perlu kot? sbb semua org akan mati jgk.. tp yg perlu takut amalan kita nnt yg nk bawa ke sana? cukup ke tak cukup? hmm...bg sy jgk smua org akan merasakannya x kira la dia org baik atau jahat? mati tetap sama... jd kita kena takut hanya kpd Allah sahaja... hehehe best entry kali ni!!
ReplyDeleteto NICK IRFAN:
ReplyDeletesalam dik. hehe, x kesahla mane2 ejaan pun.. bunyinya tetap sama kan? (walaupun maksud x same) =D
yup, itulah hakikatnya. Dari Allah kita datang, kepada-Nya jugalah kita akan kembali.. dan kembalinya kita kepada Pencipta kita adalah suatu yang pasti, yang xkan dpt dielak oleh siapapun saat waktunya tiba.
ha'ah, sokong kata2 Nick Irfan tu. betol, sepatutnya bukanla mati yg perlu kita takutkan, tapi tepatnya, takutlah pd amalan2 yg akan dibawa ke sana.. cukupkah amalan kita?? itu tanyalah iman masing2~
btol3x.. kita kena takut hanya pada Allah! dan sebab kita takutkan Allah, takutkan Kekuasaan Allah serta azab yang Allah sediakan buat penghuni neraka, maka kita secara tak langsung, akan takut untuk berbuat maksiat dan dosa... apapun, semuanya haruslah lillaahi taala..
Allahuakbar !!!!
ReplyDelete