Sunday, February 7, 2010

APA ALAMAT TETAP KITA?


Tahukah kita, pada saat dan ketika ini, satu angkatan tentera sedang menuju ke arah kita? Datangnya bala tentera ini, tak lain tak bukan, adalah untuk menamatkan riwayat hidup kita! Langkahnya tidak pernah henti, malahan semakin hari semakin dekat, dan hentakan kakinya boleh menggoncangkan jantung kita, mengkocakkan hati kita…

Angkatan tentera ini sedang melangkah setapak demi setapak ke arah kita… tujuannya hanya satu, iaitu untuk ‘membunuh’ kita! Tiada seorang pun yang boleh menghindarinya.. Tiada mana-mana bala tentera pun yang bisa menandinginya.. Tiada sebarang kerajaan dunia pun yang dapat menghalangnya…

Itulah “tentera malaikat maut” yang menjalankan perintah Allah untuk memayatkan kita kerana kita sebenarnya telahpun dijatuhkan hukuman mati sebelum kita lahir lagi! Ya, itulah hakikat yang perlu kita terima: kita telah dijatuhkan hukuman mati sejak dari dalam perut ibu lagi!

Tetapi manusia sering leka dan alpa. Pada waktu tengahari, ketika azan zuhur sedang berkumadang, mereka memenuhi bank Islam, zoo Islam, pasaraya Islam, kedai makan Islam, muzium Islam, perpustakaan Islam… sedangkan rumah Tuhan orang Islam masih banyak saf yang kosong..

************************

Kita terlupa, walau apa juga yang sedang kita lakukan, malaikat maut dan bala tenteranya sedang mara dan langkah mereka tak akan pernah terhenti menghampiri kita.

Kita juga barangkali terlupa bahawa angkatan tentera malaikat maut inilah yang telah mematahkan leher orang-orang yang zalim dengan MATI, dan juga telah mematahkan pinggang raja-raja di singgahsana, juga dengan MATI.

Dengan perintah dan izin daripada Allah SWT, malaikat maut menamatkan cita-cita manusia yang mempunyai sejuta impian yang hebat, dengan MATI.

MAUT akan menghantar kita dari mahligai yg tinggi ke lubang kubur di bawah bumi…
MAUT akan menghantar kita dari tempat yg bercahaya dan mempunyai eletrik ke bawah tanah yang gelap-gelita…
MAUT akan menghantar kita dari dunia yg penuh dengan pembantu, pekerja, mahupun kuli yang taat, ke ruang yg sempit terperangkap sendirian bertemankan ulat dan cacing...
MAUT juga telah menukar makan minum yang lazat kepada debu-debu yang akan menerjah ke mulut yang dipenuhi air busuk…

Tidak ada lagi sesiapa di sisi...
Sebaliknya kita akan dibiarkan sendirian di sana…
Terpengkap dalam kesunyian dan kegelapan yang menakutkan…


************************
Matahari mulai tergelincir. Kelihatan manusia mulai pulang dari tempat kerja masing-masing... Ada yang cedera di tempat kerja, tetapi esok akan tetap datang bekerja. Ada yang bertekak dan bergaduh di tempat kerja, tetapi esok akan tetap datang lagi dan teruskan bekerja seperti biasa...

Tapi dalam hal berkaitan agama, lain pula jadinya. Pernah lihat ada yang cedera disebabkan agama? Dan jika berlaku pergaduhan di masjid ekoran berbeza fahaman agama, lalu kenapa berhenti daripada terus datang ke masjid?


************************
Wahai manusia yang dikurniakan aqal fikiran, tahukah kalian siapakah orang yang paling “bodoh”? Ya, tepat sekali! Orang yang paling “bodoh” ialah orang yang sering melupakan mati, dan lupa untuk membuat persediaan sebelum dirinya menjadi mayat. Tidak mengapa diri menjadi mayat yang hodoh, tetapi janganlah dibiarkan diri menjadi mayat yang “bodoh” lagi hodoh...

Maka sebelum diri menjadi mayat yang bodoh lagi hodoh, kita semua harus memasukkan isu-isu berkaitan kematian dalam kehidupan harian kita, agar kita sentiasa mengingati mati, lalu membuat persiapan sebelum menjadi mayat.

Kerana, dalam dunia ini terdapat ramai manusia yang perasan sibuk dengan hal keduniaan, dan tidak suka dengan perbincangan mengenai mati kerana bimbang kelazatan dunia akan hilang. Jika dibincang tentang mati sekalipun, apa yang dibincangkan hanyalah tentang keburukan mati kerana dengan kematian itu, mereka akan kehilangan wang dalam bank, harta, tanah, anak isteri, kereta mewah, dan segala kelazatan dunia yang lainnya.


Maka pesan Nabi Muhammad SAW 1400 tahun yang lalu (lebih kurang maksudnya):

>> Orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati Mati.
>> Dalam majlis-majils kamu, haruslah diadakan perbincangan mengenai perkara yang menghancurkan segala syahwat iaitu mati.
>> Ingatlah mati dengan kadar yang banyak, ia boleh menghapuskan dosa dan menghapuskan cinta dunia.
>> Jika kamu mengetahu apakah keadaan kamu selepas kamu mati, nescaya kamu tidak akan ada selera makan dan tidak dapat menikmati kelazatan air.
>> Ingatlah mati dengan kadar yang banyak, ia boleh menghapuskan perasan meminta minta.

************************

Tetapi manusia masih perasan sibuk… pada petang hari, setelah pulang dari kerja-kerja dunia yang memenatkan, manusia mulai menambah penat dengan bersukan sehingga Maghrib… dengan alasan nak hilangkan stress…

Dan pada waktu malamnya pula, manusia mulai bergerak mencari hiburan, juga untuk menghilangkan stress… Tengok wayang, tengok TV, lepak di kedai kopi, berkaroeke dan lain-lain lagi… “nak hilangkan stresslah bang, dah sehari suntuk bekerja…” itulah alasan yang sering diberikan sekiranya perbuatan mereka itu dipersoalkan.


************************
Sesungguhnya, sekiranya kalian menyedari bahawa diri kalian sdg diancam bunuh oleh sekumpulan “gangster”, apakah kalian masih mahu menghabiskan masa kalian berhibur dgn lagu2 yg hanya melalaikan kalian? Apakah kalian masih boleh berseronok di pusat hiburan? Masihkah??? Rasanya nak tidur pun tak lena jadinya…

Justeru itu, beringatlah selalu…walaupun mata kasar kita tidak dapat melihat kewujudan mereka, namun hakikatnya “tentera malaikat maut” sedikitpun tidak pernah mengundurkan diri mereka, bahkan langkah mereka semakin hari semakin dekat menghampiri kita. Langkah mereka adalah langkahan maut. Datangnya mereka tidak lain tidak bukan, adalah untuk ‘membunuh’ kita!

Namun kita pada ketika ini masih lagi leka dan alpa… masih boleh berseronok mencari hiburan duniawi di sana sini…

Di alam kubur sana nanti, ada yang ketika di dunia dahulu pandai menyanyi tetapi sekarang senyap membisu… ada yang melupakan mati tetapi sekarang sedang menjadi mangsanya…

Dan apa yang perlu kita takut dan risaukan pada ketika ini adalah, kita masih belum mengetahui akan apakah ALAMAT TETAP KITA…

Apa alamat tetap kita?

Syurga?

Atau Neraka?


************************

Pesan orang ‘alim, jika kita selalu terlupa pada hari kita menjadi mayat, maka sebelum menjadi mayat, hantarkanlah (sedekah, zakat, jihad) harta kita ke akhirat sebanyak-banyaknya, kerana tabiat hati yang terpaut pada harta, maka apabila harta telah dihantar ke kehidupan selepas menjadi mayat, maka hati pun akan merasa rindu untuk menjadi mayat, inshaAllah…

************************


Kata Hati: Kalau diperhatikan dunia akhir zaman ni, rasanya macam dah terlalu banyak tanda2 kecil Qiamat… terasa seperti Qiamat semakin hampir… apabila fikirkan Qiamat, terfikir juga ttg kematian… sungguh, adakalanya diri ini juga leka dgn hal-hal duniawi… mungkin sebab pandangan mata kasar tidak dapat melihat betapa “tentera malaikat maut” benar-benar menghampiri diri, mahu membunuh diri ini, maka diri seolah-olah lupa akan kewujudannya… (T_T) ya Allah, semoga diri ini masih lagi berada di jalan-Mu, mengumpul bekalan sbyk mungkin dalam menuju destinasi yang pasti… aamiiin…

10 comments:

  1. "semoga diri ini masih lagi berada di jalan-Mu, mengumpul bekalan sbyk mungkin dalam menuju destinasi yang pasti… aamiiin…"


    waa....da lama tak singgah sini...sorry sis...!
    busy sket...dah lama tak online... :(

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas ingatan dan pesanan. artikel sebegini memberi banyak manafaat kepada kami. semoga terus gigh berkarya dan berdakwah.

    ReplyDelete
  3. salam hani...

    artikel ni menggetarkan hati...tkut nye bila kmatian menjemput...takut tggl sorg2 dlm tanah...moga artikel ni dpt memberikan manfaat kpd sesiapa yg membacenya...hati itu akan berkarat seumpanya yg berlaku pd besi,,maka hilangkan lah karat itu dgn membaca al-quran dan mengingati mati...semoga hani sentiasa mendapatkan keampunan-Nya...Aminn...

    ReplyDelete
  4. to iznie:

    small matter.. xpela dik. x kesah pn. xperlula rase bersalah ek. lagipun akak sendiri pn bz kblkgn ni. skrgla br de ruang sket utk "bernafas" stlh "lemas" dgn kuiz, midterm xm n presentation.. hehe..

    apepun, thanx tau sbb dalam mase bz pn, iznie tetap luangkan mase singgah sini n drop komen as usual ^_^

    ReplyDelete
  5. to aina zainatul:

    la shukran ala wajib :) mengingatkan diri sndiri khususnya, sambil mengingatkan saudara seIslam yg lainnya, inshaAllah.. mudah2an mendatangkan kebaikan buat kita semua.. aamiiin..

    thanx for ur support! ^_^

    x lupa juga thanx sbb sudi luangkan mase dtg ziarah membace sambil drop komen di sini =)

    ReplyDelete
  6. to HaDi:

    salam hadi...

    kalau baca dan hayati betol2, mmg pasti akan menggegarkan hati, membuatkan kita "tersentak" menyedari hakikat kematian yg mungkin x lame je lagi dtg menjemput kita.. wallahua'lam..

    yup.. sorg2 dalam tanah.. tiada sesiapa di sisi.. sepi, sunyi, sendirian.. hanya bekalan amalan jela yg dpt "teman"kan kita, beri "cahaya" kpd kita saat tu..

    "hati itu akan berkarat seumpanya yg berlaku pd besi,,maka hilangkan lah karat itu dgn membaca al-quran dan mengingati mati..." - shukran yaa akhi atas perkongsian ^_^

    "semoga hani sentiasa mendapatkan keampunan-Nya...Aminn..." thanx for the doa.. aamiiin.. baarakallahu fiik.. =)

    ReplyDelete
  7. er.. er.. takut plak baca entry ni harap cukup amalan saya klu bala tentera tu dtg nnt... amin...

    ReplyDelete
  8. to NICK IRFAN:

    mudah2an termaqbul doa nick.. aamiiin...

    nick bace je pn dh takut, apetah lg akak yg publishkan post ni, lg2 la terase takut.. tp bgs jugakla de rase takut tu, supaya lebih beringat dan sentiasa berusaha lakukan kebaikan demi menambahkan bekalan amalan utk hari kemudian, inshaAllah..

    ReplyDelete
  9. salam hani....

    terasa laaa pulak bila baca n3 niii...memang terasa...

    **kita adalah bakal mayat...tapi minta dijauhkan dari menjadi mayat yang bodoh lagi hodoh**

    ReplyDelete
  10. salam kak liza..

    semoga kita x menjadi mayat sedemikian rupa.. nauzubillah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails