Wednesday, October 14, 2009

APA YANG KITA TAKUT: MAYAT ATAU MATI??


Pengalaman sebenar seorang rakan memandikan jenazah...


Baru-baru ini surau kawasan saya ada menganjurkan kursus pengurusan jenazah untuk penduduk setempat. Saya turut mendaftar dengan niat untuk belajar dan mendapatkan ilmu. Selama ni, tengok orang2 tua je ambil kursus ni, tapi sedar tak sedar, kita pun dah tua... kenalah juga ambil tahu pasal FARDU KIFAYAH ni...

Ingatkan kursus tu dengar ceramah dan buat demo je... masa tu tak rasa apa2 pun... sebab yg kena bungkus tu pun kawan-kawan sendiri... Tapi bila dah tamat kursus tu, tak sangka pula Ustazah mempelawa sesiapa yg berminat untuk menguruskan jenazah sebenar (tanpa waris) di hospital tertentu.

Ramai yg tak sanggup... sbb kita sendiri tak tahu macam mana dan siapa yg akan kita uruskan... semuanya bagi komen negatif... Tengok kawan-kawan yg bagi nama.... Saya berada di persimpangan... nak ke?? Suara2 negatif terus kedengaran... ish, macam2 dia orang dok mengomel...

Sanggup ke?? Ish... seumur hidup saya tak pernah mengadap atau membantu kerja2 kematian. Kalau ada kematian ahli keluarga pun, saya tiba selepas semuanya selesai... maklumlah, kampung kita nun jauh di sana.... jadi macam mana ek... Nak bagi nama ke tak ni.. serba salah dibuatnya...

Akhirnya saya buat keputusan... ah, pedulilah orang nak cakap apa... ikut gerak hati lebih baik... bagi je lah nama... genap seminggu jiran saya terima call, peluang untuk menguruskan jenazah tanpa waris di sebuah hospital. Saya tak mahu fikir yg bukan2, jadi saya terus bagi jawapan YA....

“Ya Allah... kuatkanlah hatiku... aku ini sangat lemah... aku sangat takut...”, tak putus-putus doa ini saya mohon hanya kepada-Nya. Dalam masa yg sama, sempat juga saya minta tip dan pantang-larang dalam menguruskan jenazah dari kawan-kawan senior... alhamdulillah, ada juga kawan-kawan yg berpengalaman bagi sokongan.

Hari yg ditunggu akhirnya tiba. Sebelum keluar meninggalkan rumah, saya kerjakan solat hajat 2 rakaat, memohon semoga Allah berikan kekuatan dan ketenangan pada saya...

Tiba di lokasi, ada 3 orang dari jabatan agama sudah menanti. Pertama kali memasuki bilik persiapan jenazah, fikiran saya kosong... yg saya nampak hanyalah kain kapan yg sudah siap dipotong, surah yaasin, dan juga tempat pemandian jenazah yg masih kosong. Saya minta izin ke bilik air sebentar...

...dan apabila kembali ke tersebut, jenazah sudah pun berada di depan mata! Saya menggigil kerana itulah pertama kali melihat jenazah berbalut kain putih di hadapan mata dan mencium bau mayat buat pertama kalinya... apa lagi mayat yg entah berapa lama disimpan... maklumlah, tiada waris yg menuntut dan kita pun tidak diberitahu macam mana dia meninggal atau dijumpai...

Perasaan takut mula menerpa... serba salah dibuatnya... terfikir-fikir kenapalah saya berada di sini... suasana terasa amat asing... Sebelah kaki melangkah ke depan, sebelah lagi mahu lari jauh-jauh... tapi bila melihat semuanya memulakan tugas dengan senyuman, sedikit demi sedikit perasaan gementar hilang...

Tak dapat saya bayangkan bagaimana rupa jenazah itu apabila kain putih yg membalutinya dibuka nanti... tiada tempat lagi untuk saya melarikan pandangan... “Ya Allah, kuatkanlah hatiku sehingga selesai tugasan ini....”

Apabila kerja memandikan jenazah dimulakan, saya berdiri di belakang sedikit... dan mula melihat ke arah hujung kaki jenazah... dari situ saya mula mengumpul kekuatan untuk membantu... dan kuatkan hati untuk menatap wajah jenazah.... ALHAMDULILLAH, apabila saat mengiring dan membasuh muka jenazah, perasaan gementar saya sudah hilang... saya hanya berselawat dan berdoa semoga dosa-dosa si mati diampunkan... selesai dimandikan, jenazah diwudhu’kan, kemudian dikapankan sebaik mungkin... dan setelah itu selesailah tugas saya...

# PERINGATAN PENTING: SEPANJANG MEMANDIKAN JENAZAH, SELURUH BADANNYA DITUTUP DENGAN KAIN PUTIH (KAIN MANDI JENAZAH)... HANYA SEORANG SAHAJA YANG MENGURUSKAN TEMPAT2 SENSITIF... JADI JANGAN INGAT KITA BOLEH SESUKA HATI NAK TENGOK PRIVATE PARTS! INGAT... MENJAGA AURAT/ AIB SI MATI SAMALAH KETIKA MEREKA HIDUP DI ATAS DUNIA INI...

Sekembalinya saya ke rumah, segera saya menunaikan solat sunat tanda bersyukur kepada Allah kerana menguatkan hati sepanjang tugasan tadi. Namun ketika di malam harinya, perasaan takut menerpa lagi... takut diganggu mimpi atau bayangan yg bukan2... tapi syukur selepas beberapa hari, semuanya selamat.

Selepas peristiwa itu, persepsi saya terhadap kematian sudah berubah... saya mula berfikir, kenapa takut sangat dengan mayat?? Sebenarnya kita bukannya takut dengan mayat, tapi kita mula mengasingkan orang yg pernah kita sayangi, sanjungi dan hormati... apabila kematian menjemput! Kita anggap orang yg mati akan bertukar menjadi hantu yg akan menganggu hidup kita, lalu wajah si mati pun kita tak sanggup tengok. Pada kita, wajah orang mati menakutkan dan mengerikan.

Kasihanlah pada orang yg mati tu... hormatilah jenazahnya sebagaimana kita menghormatinya ketika hidupnya. Orang yg mati tidak memberi mudharat kepada kita yg masih hidup. Yg banyak terjadi ialah gangguan syaitan, lebih2 ketika saat kematian dan selepasnya. Bacalah ayat kursi sebagai pendinding dari gangguan syaitan ini.

Janganlah kita menghina cacat cela atau bau yg kurang enak pada si mati. Kita sendiri pun tak pasti bagaimana keadaan kita apabila mati nanti... mati sakit ke?? Mati tua ke?? Mati kemalangan ke?? Mati lemas ke?? WALLAHU A3LAM. Yg pasti, walau bagaimana cara pun kita dimatikan, hanya amalan yg menjadi bekalan... bukan paras rupa dan harta benda yg dibawa... tetapi hanyalah kain putih yg membaluti tubuh ...

Orang yg mati pun punya maruah dan aurat untuk dijaga. Jangan sekali-kali membuka aurat si mati jika tidak diperlukan, apa lagi bercerita tentang cacat cela semasa hidup atau matinya... Sebaliknya sementara masih hidup, hiasilah wajah kita dengan wudhu’ yg sempurna sepanjang masa, basahilah lidah kita dengan zikirullah... ikhlaskan hati ketika membuat perkara2 yg baik... Rajin-rajinlah menunaikan solat malam untuk menerangi alam kubur nanti... Saya berpesan untuk diri saya sendiri dan kawan-kawan yg disayangi..

Yg pasti... APA YANG SEBENARNYA KITA TAKUTKAN IALAH KEMATIAN, DAN BUKANLAH MAYAT! Sebabnya, apabila kita mati nanti, kita pun akan jadi mayat... kita pun perlukan orang yg masih hidup untuk menguruskan kita hingga ke tanah perkuburan... Apa perasaan kita kalau tak ada orang yg mahu uruskan jenazah ahli keluarga kita, kononnya takut terkena badi mayat, atau tak tahu langsung cara-cara menguruskan jenazah?? Fikir-fikirkanlah...



Semoga kisah yg dikongsikan ini dapat memberi keinsafan dan kesedaran buat kita yg masih hidup. Syukur kepada Allah kerana masih memanjangkan umur kita hingga ke hari ini... bertaubatlah... beramallah sebanyak dan sebaik mungkin, untuk bekalan di hari yg tiada lagi jual beli dan tebusan, hari yg merupakan satu kepastian buat semua...

5 comments:

  1. Salam...

    N3 yg "mengerunkan"

    Sebenarnye kak liza ada 3 pengalaman (tanpa p kursus)tolong mandikan jenazah...
    1 nenek (pertama kali, masa tuuu umoq 20 thn.)2 org depan umah (sepasang suami isteri yg tiada anak)
    3 tok saudara (ini layan2 jee coz cucunya dah ramai)

    Tahun 2004 baru laa p kursus, "boleh tahan" dan kak liza betul2 bercita2 dlm waktu terdekat nak p sekali lagi...

    "orang yang paling pintar dikalangan umatku, yang paling banyak ingat mati dan yang paling bersedia menghadapinya" (H.R.Abdullah Ibn Umar)

    ReplyDelete
  2. salam to u too kak liza =)

    mungkin benar kata akak, ni n3 yg "menggerunkan".. tp harapan saya, moga kisah "gerun" ini dapat buat kita sedar dan insaf, sekaligus mempersiapkan diri mempertingkatkan amalan utk dijadikan bekalan ke akhirat kelak..

    banyak juga pengalaman akak ye.. saya sekali pn x pernah alami lagi.. blm berkesempatan.. inshaAllah, moga 1 hari nnt saya juga akan beroleh pengalaman tersebut, smda melalui kursus ataupun secara realiti.

    thanx for the hadith.. semoga kita semua sentiasa beringat akan mati.. sesungguhnya mati itu pasti, dan setiap yang bernyawa pastinya akan mati...

    ReplyDelete
  3. sy pengalaman menguruskan jenazah xde lak... apatah lagi melihat mayat last sy tgk mayat masa umo 12 masa 2 tok nek meninggal... masa 2 hmpir2 nk kena mandikan jenazah! tp sy lari takut masa 2 bdk2 lagi... eh! aku dlm entry ni kak hani sendiri ker??? atau kwn?

    ReplyDelete
  4. hehe dik, leh lak lari takut~ er, jap2.. dalam entri ni mane de "aku"?? "saya" adela =D
    mm, kan akak dh mention awal2 tu.. "pengalaman sebenar seorang rakan..", so ini bukanlah kisah diri akak sendiri..
    akak pun xde pengalaman uruskan jenazah..
    arwah datuk n nenek, baik belah mak mahupun ayah, ntah kenapa, ditaqdirkan semuanya kitorg lmbt dpt tau... makanya time sampai kg pun, mesti dah siap kebumikan.. x danla tgk segala pengurusan jenazah tu..
    tp akak pernah tgk "mayat".. arwah adik kwn kepada rumet akak dulu. wajah arwah saat tu tersenyum walaupun badan kaku.. mungkin dah nampak syurga.. wallahu a3lam.. tp arwah mmg budak baik, mudah2an ditempatkan di syurga bersama glgn org2 yg beriman dan para syuhada'.. aamiiin...
    ha, tp time tu bile imam nk stat uruskan jenazah.. mksd akak time nk kafan, mandi, etc.. semua perempuan x dibenarkan tgk (arwah adalah seorang lelaki).. jd pn x berkesempatan jugakla.. hinggalah ke saat ini...

    ReplyDelete
  5. semoga kisah tuan memberi semangat untuk kita sama-sama menguruskan jenazah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails