Thursday, December 3, 2009

KISAH SEORANG ANAK PALESTIN


Jika sebelum ni saya kongsikan gambar2 yg menceritakan cabaran dan halangan yg perlu dihadapi anak2 Palestin demi menuntut ilmu, dalam entri kali ni pula, saya ingin kongsikan di sini sebuah kisah tentang kehidupan seorang anak Palestin. Mungkin ada yg pernah membacanya sebelum ni, mungkin ada juga yg belum pernah baca. Apapun, semoga kisah yg agak panjang ini memberikan keinsafan yg mendalam buat kita semua… Hayatilah kisahnya…



Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid (istilah Arab yang bermaksud ayah) yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi.

Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk, walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik.

Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain- lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad s.a.w. pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini.

Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid, kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul- betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk, adik rukuk. Walid sujud, adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.

Tiba-tiba ketenangan itu diragut.

Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata.

Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik.

Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!" Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan.

Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid dihantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi.

Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid, abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.

Adik tanya ummi, mana perginya walid. Ummi diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk."Adik nak ikut walid". Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja.

Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek.

Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid, mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah.

Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang, cium abang berkali- kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik, usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya", pesan abang. "Abang nak pergi mana?", tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.

Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi, ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra.. Israfil. " terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfil kan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangkakala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat.

Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah.

Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi.

Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh. "Ummi, Kenapa kita hidup susah?", adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik", ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?", adik tanya lagi.

Ummi senyum. "Nabi Muhammad S.A.W. pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar, nabi tak cepat putus asa", sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad S.A.W. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad S.A.W.

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Qur’an. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang- kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al- Qur’an. "Bismillaahirrahmaanirrahiim..”

Adik baca Al-Qur’an dengan bersungguh- sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Qur’an. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Al-Qur’an dengan rajin kalau hendak khatam Al-Qur’an cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Qur’anlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Qur’an hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Qur’an.

Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar.

"Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid", muncul Mak Cik Fatima di depan rumah.

"Anakmu, anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak", terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil... Bukan... Israel disebut lagi. Adik benci dengar nama tu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang.

Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu, Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik.

Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian abang dan akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut.

Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tak putus2 menyebut satu kalimah keramat.. Ahad.. Ahad. Mata adik merah. Adik tahan marah. Adik tak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi hadapinya dgn tenang. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di wajah ummi.

Ketika peluru dilepaskan, tiba- tiba... "Muhammad!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik.

Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuh adik untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa.

Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit. "Ummi, adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid, adik nak ikut walid dan abang", terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran. Adik pejam mata... Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik...


***************************
Notakaki: Kisah yang cukup menyayat hati. Membacanya serta menghayatinya membuatkan hati merasa sayu dan sedih. Air mata bergenang lalu menitis. Pilu, sebak... semuanya ada. Biarpun berkali-kali membaca kisah ni, tidak akan pernah merasa jemu, bahkan sebaliknya semakin menginsafi diri. Semoga Muslimin & Muslimat di Palestin semuanya sentiasa cekal & tabah menghadapi dugaan dlm mempertahankan negara mereka demi menegakkan agama Islam...



p/s: Kisah di atas ni pernah saya baca 3-4 tahun yang lalu, dikirim seorang teman melalui yahoo messenger. Namun disebabkan terdapat sedikit masalah Internet ketika itu, maka tidak sempat untuk saya save. Tetapi alhamdulillah baru2 ini ketemu semula di laman iluvislam.com, maka dapatlah saya kongsikan bersama di sini kisah yg cukup menyentuh hati & perasaan ini.

10 comments:

  1. salam ya ukhti kareemah..=)

    Ya Allah..
    sdehnya ble adk bce post kli ini..=(
    zalimnya tentera ISRAEL!!
    ISRAEL LAKNATULLAH!!!
    kagum dgn smangat anak kcil..
    mereka sdah ad smangat juang yg tnggi..
    mreka jge sudah ad tmpat yg psti di akhirat kelak..

    ble adk fikir balik..
    ke mana agknya destinasi adk di akhirat nnti??
    di syrga??atau sbaliknya..??
    lyakkah adk utk mnjadi pghuni Taman Firdausi??
    Ya Allah kak...
    gerun ble memikirkannya...

    ReplyDelete
  2. Subhanallah..
    Kisah ni buat tubir mata ana bergenang dengan air. Tambahan lagi pada bahagian ini terakhir , dimana adik melindungi umminya dan mengatakan dia mahu tidur dan ikut walid dan abgnya.

    Sungguh , sedih ana baca kisah ini.
    (T_T)

    Kisah tentang kekejaman israel ni sebenarnya mmg tidak akan pernah abis jika kita selaku saudara seislam sendiri hanya sekdar duduk dan melihat dan melakukan apa2.

    Kalau dilihat,hnya sekejap sj isu palestine ni digmbr-gemburkan, kemudian ia akan senyap seperti itu sj. Seakan tidak bersungguh.
    Bukan jga dgn isu boikot brg2 mereka,hnya sekejap sja. Kini , brg2 mereka kmbali kita beli dan ana mengaku , kdg kala ana juga kalah dgn perkara2 seperti itu. Lemah betul iman ana.

    W/mcmmana pun, pejuang2 Islam di sana, pasti akan peroleh ganjaran yg terhebat dr Allah swt.Mereka itulah pejuang agama yang sebenar , penyambung perjuangan Kekasih Allah swt.

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Apih baca cerita nih dah banyak kali. Tapi setiap kali baca memang sedih. Doa kita untuk mereka.

    ReplyDelete
  4. to mujahidah:

    salam dik =) awwalan, shukran sudi ziarah n drop komen lagi. kisah ni agak panjang, akak fikir2 gak, ade ke yg nk bace.. tp akak letak jugak kat sini.. sbb akak yakin pasti ade hati2 yg terbuka mahu baca kisah yg pnjg lebar ni, n ternyata adikla org pertama yg bace skaligus drop komen. shukran jaziilan ya ukhti. terharu -_-

    ha'ah, kisah ni mmg agak sedih kalau kita baca serta memahaminya dgn sebenar2nya. menginsafi kelemahan serta kekurangan diri. timbul juga rasa malu dan kagum dgn "adik" atas semangat juangnya yang tinggi utk membela agama Islam tercinta lalu berhadapan melawan musuh2 Allah sdgkan diri baru berusia 3 tahun. betapa semangat juang dan syahid tertanam kuat dalam hati anak2 Palestin... semoga Allah memberikan kemudahan buat mereka.. aamiiin...

    ReplyDelete
  5. to Syauqah Mujahidah:

    samela.. biarpun ni bukanlah kali pertama baca kisah ni, dan biarpun walau berapa banyak kali pun membacanya, pasti airmata bergenang.. airmata yang mudah2an mendatangkan keinsafan kepada diri (T_T)

    kisah ni mmg sad ending.. "adik" akhirnya gugur syahid mengikut jejak walidnya, abangnya Yassin dan juga rakannya Jamal ke suatu tempat yg sgt cantik, dan perginya mereka adalah buat selamanya; tidak akan kembali lagi.. adik merelakan dirinya menerima peluru demi menyelamatkan umminya.. (T_T)

    yup, sokong kata2 ukhti.. kisah penindasan dan kezaliman Israel di bumi Palestin hanya digembar-gemburkan buat seketika. mcm musim berkempen semata2. habis berkempen, trus jadi lupa dan terleka semula. kempen boikot pun spt x berkesan mana. tp apapun, sbnrnye tu bergantung pd diri kita sndiri. sejauh mana kita merasakan kesengsaraan hidup saudara seagama kita di sana. tepuk dada tanyalah iman masing2~

    n hakikatnya, anak2 bumi Palestin semuanya mujahid yang sebenar2nya! mujahidin yang x pernah gentar untuk syahid demi mempertahankan negara memperjuangkan agama Islam yg tercinta... sesungguhnya Allah sentiasa bersama mereka.. maka pastinya mereka akan peroleh ganjaran setimpal atas pengorbanan mereka demi menegakkan agama Allah ini...

    ReplyDelete
  6. to Apih:

    salam Apih =) yup, kisah ni walau berapa banyak kali pun kita baca, pasti akan rasa sedih jika kita benar2 hayati semangat juang dan perngorbanan "adik". semoga kesedihan kita ni mendatangkan keinsafan lalu memberi semangat kpd kita untuk mencontohi semangat juang yg tinggi spt "adik" dalam menegakkan syiar Islam di mukabumi ini, inshaAllah...

    p/s: akak leh agak apih akan drop komen utk n3 ni =D thanx ye sbb berikan url tu pd akak, yg akhirnya dptlah akak publishkan kisah ni kat sini. scr x langsung, apih juga turut menyumbang kpd perkongsian ni. shukran jaziilan ya akhi. baarakallahu fiik ^_^

    ReplyDelete
  7. salam dik Hani ^_^

    waaahh... ini kali ke 3 akak masuk 'umah' Hani, baru leh tinggalkan komen...mcm ada masalah bila nak masuk kat ruang komen nii...tp masih ingin mencuba ^_^

    Cerita nii baru petama kali baca...memang ada suatu perasaan lepas baca kisah nii...
    Semangat juang dan syahid tertanam kuat dalam hati mereka semua...SubhanaALLAH...

    ReplyDelete
  8. salam kak liza ^_^

    la.. sampai 3 kali akak cube drop komen, ni baru lepas? alahai. kesian pulak. bersungguh2 akak ye. terharu rase -_- asif jiddan ya ukhti, saya pn xtau kenapa jd gitu..

    owh, pertama kali ye akak baca? kali pertama baca n hayatinya, mesti lagi2 memberi "rasa" kepada pembaca. sungguh, sy pun terharu n kagum sgt2 dgn semangat juang yg tinggi n smngt syahid yg mendalam yg ada pd diri mereka... same2la kita mendoakan mereka..

    ReplyDelete
  9. xde ape nk komen sy tetiba menitis air mata.... sory...

    ReplyDelete
  10. to NICK IRFAN:

    erk.. adik nanges ke? tapi nape perlu minta maaf? bukan salah pun kalau lelaki menanges, rite? lagipun kisah ni mmg menyedihkan bila kita baca dan hayatinya dgn sepenuh hati. semoga tangisan tersebut membuatkan kita insaf dan bersyukur...

    akak pn tiap kali bace kisah ni, mesti ngalir airmata (T_T)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails