Thursday, November 12, 2009

BERITAHU PADA MUSLIMAH ITU…


Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan apapun,
biar orang kenal, dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian daripada iman...


CaNTik WaNitA kERaNa KeJeRNiHaN WaJaH,
MaNiS WaNitA kERaNa sENyuMaN yANg iNdaH,
AyU WaNitA kERaNa keSeDeRHaNaaN LaHiRiaH,
HeBaT WaNitA kERaNa KeiMaNaN kePaDa ALLAH!

6 comments:

  1. hani, ble sy copy ayat hani ni. nak juga letakkn kat blog sy. ble tak?

    ReplyDelete
  2. hakikatnya tu bukanla ayat2 karangan saya sendiri..
    makanya, hak cipta adalah tidak terpelihara.. hehe
    jadi nk copy tu leh je.. tiada halangan..
    silakan.. =)

    ReplyDelete
  3. salam dik ^_^

    ayat-ayat yg bagus untuk difahami sebagai WANITA...tq hani...

    "muslimah yang sejati adalah yang menjaga dirinya di luar dan juga didalam"

    **jaga diri**

    ReplyDelete
  4. salam kak ^_^

    la shukran ala wajib =)
    saya pun bila perhatikan bait kata2 kat atas tu, terusik juga hati dan jiwa wanita (lebih tepat lagi, MUSLIMAH) ni..

    betapa Islam memelihara wanita.. diajarnya segalanya supaya dapat malahirkan wanita bergelar muslimah sepertimana yang sepatutnya. wanita umumnya, muslimah khususnya.

    Islam sayangkan wanita. Saya juga wanita, dan saya juga sayangkan wanita.. sebab tula saya rasakan ada baiknya andai saya kongsikan ayat2 ni buat pengunjung yang datang melawat sambil membaca bahan2 di blog saya :)

    betul kata akak, "muslimah yang sejati adalah yang menjaga dirinya di luar dan juga di dalam".. terima kasih ye kak atas nasihat serta peringatan yang akak berikan tu.. inshaAllah saya akan jaga diri saya sebaiknya.. akak pun samela ye.. jaga diri baik2 (^_^)

    ReplyDelete
  5. huyo!! ayat2 dlm ni mmg puitis la.... eh!sapa pensipta sajak ni? sy tabik la... apa2 pun sy sokong tentang wanita dlm sajak ni..

    ReplyDelete
  6. puitis dan penuh makna ^_^
    sebab xtau sape penulis asal la maka x diletakkan nama penulis asal =D
    apepun, semoga penulis asalnya mendapat pahala atas kebaikan (ilmu dan pesanan yg baik) yg disebarluaskan ni.. smga dpt diambil manfaat darinya..

    buat lelaki, sebarkanlah kepada kerabat muslimah anda mahupun rakan2 muslimah anda..
    dan buat mereka yang bergelar muslimah, semoga dgn perkongsian ini, kita (termasuklah diri ni) menjadi lebih sedar dan insaf serta mempraktikkan apa yg seharusnya sebagaimana yang diajar dalam Islam :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails