Monday, December 28, 2009

BENGKOKNYA WANITA…


"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"


"Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak dtg kerja. Susahlah mcm ni. Kerja pejabat akan terganggu."


"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok*? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."

"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"

"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."

"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, mmg org perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."

"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."

"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."

"Apa maksud sebenar Hadis tu?"


"Orang perempun yg diibaratkan seperti tulang rusuk yg bengkok itu bkn bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yg berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yg diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yg bengkok itu."

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"

"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. "

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."


"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."

"Hmm, betul tu Naim."

"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."

"Baru aku sedar, akulah yg bengkok. Asyik marah2 dan tidak sabar."

"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "


*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)


Sumber: iluvislam.com


Notakaki: Sifat sempurna adalah milik Allah semata-mata, dan kita sebagai makhluq ciptaan-Nya adalah bersifat tidak sempurna. Disebabkan sifat-Nya yang Maha Mengetahui, maka pastinya Allah tahu akan kebaikan di sebalik ‘kekurangan’ yang ditentukan ke atas kita. Sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu itu tanpa sebab, dan begitulah juga dengan hakikat kejadian wanita yg diciptakan-Nya dari tulang rusuk yang bengkok…

~insan yang “bengkok”, lemah, dan sensitif~

10 comments:

  1. salam ziarah.. =)
    hmM..benGkok ke, b0ngkok ke.. kita masing2 ada kelebihan trsendiri..berbeza fungsi & peranan bukan satu kekurangan tapi sumber kekuatan..kerna kita bisa saling melenGkapi..
    dalam rajuk ada pujuk..
    tika memujuk mungkin baru disedari silap masinG2

    ReplyDelete
  2. terasa diri ni pon masih banyak kekurangan dan dosa...

    ReplyDelete
  3. to Azrai Ahmad Zamri:

    salam. thanx rajin ziarah n drop comment =)
    betul3x.. masing2 ada kelebihan tersendiri. cuma pandangan aqal manusia yg terbatas ni, sering dinilai dgn pandangan mata kasar yg zahirnya lbh mudah nmpk kekurangan n kelemahan berbanding kelebihan..
    yup, Allah dah ciptakan manusia dalam sebaik2 kejadian. lelaki dan perempuan masing2 punya peranan berbeza yg membawa kpd saling melengkapi..
    "tika memujuk mungkin baru disedari silap masinG2" >> ini pun kalau ingin memujuk. tp kalau x? jwbnya x sedar2 la silap n salah yg dilakukan.. merasakan dirinya sentiasa betul x pernah wat silap~

    apepun, sama2lah muhasabah diri :)

    ReplyDelete
  4. to glacius_25150:

    maaf dipinta.. hakikatnya x terniat langsung berkata sesuatu yg menyinggung perasaan mana2 pihak. segala yg terkandung dalam blog ni lbh pd mengingatkan diri sndiri khususnya. sama2lah muhasabah diri, sekaligus berusaha menjadi insan yg lebih baik dari hari sebelumnya :)

    thanx sudi ziarah n drop comment di sini..

    ReplyDelete
  5. yup! sy sokong wlpn pmpuan di buat dr tulang rusuk kiri yg bengkok kan? xde beza ape2 pun bg sy pd pandangan saya pmpuan lebih bagus sbb kita tgk jer kat IPTA atau IPTS smua dikuasi pmpuan jd jgn pertikaikan kemampuan pmpuan.. eh bkn sy kutuk laki tp laki pun ade kebolehan masing2 macam laki kita fizikal kuat... jd nobody perfect! setiap laki dan pmpuan ade kelebihan dan kelemahan masing x kira tua atau muda smua Allah jdkan sama jer mcm merajuk tu? laki bohong la klu x pnh majuk smua kan ade perasaan majuk tu normal la apa la Fuad ni kita smua sdara sbb datuk kita nabi adam dan hawa jd xde perbezaan kat sini... ingat slogan ni "1 Malysia" x kira bangsa agama tetap harus tolong menolong...kpd fuad jgn menilai seseorang dr luaran silap2 org yang ko kutuk 2 masuk surga ko masuk neraka... ingat 2 FUAD...!! -DAH MACAM DOKTOR MOTIVASI LAK AKU NI LEH GANTI DR FADZILAH KAMSAH LA NMPKNYA-

    ReplyDelete
  6. herm setuju ngan dr.nick.heheh.semua manusai mempunyai kekurgn dn klebihan msing2..dan kte xde hak nk m'kritik sseorg 2 sesuja hati kte jek sebb kte buknnye perfect sgt pn..yg psl mrajuk 2 ade jugk laki yg lbeh truk mrajuknye dri pmpuan..smpai xtau nk buat mcmne lg.herm sush nk m'hadapi org yg mcmni..sbr jela...

    ReplyDelete
  7. to NICK IRFAN:

    hehe dik. semangat kemain ^_^
    siap promote "1 malaysia" lagi ek =D
    er, name Fuad tu skdr nama je rasenye.. tp nick marah tu dh mcm specific kt insan bernama fuad lak.. kesianla sape2 name fuad.. mereka x bersalah.. hehe.
    tp apepun.. yup, akak sokong kate2 adik nick irfan tu. masing2 ada kelebihan n kekurangan. dan setiap kekurangan tu adalah pelengkapnya.. jadi xperlulah nk mengate kelemahan mane2 pihak :)

    ReplyDelete
  8. to khairiyah:

    wah nick, siap dpt title "Dr.".. hehe.
    samela, sokong jugak ttg ketidaksempurnaan setiap insan tu.. sebab tula juga kita bisa saling melengkapi.. yela kan, kalau masing2 dah perfect, makanya x perlu dahla nk dilengkapkan.. so kat situ nmpk cm x perfect dahla.. sedangkan penentuan Allah itu dah cukup baik dan cantik :)

    yg pasal laki merajuk mengalahkan perempuan, hehe, no komen. tp yang pasti, laki juga manusia, punya perasaan.. x mustahil mereka pun de rasa nk merajuk. cuma rasanya cara mereka merajuk tu x la sama cm cara perempuan merajuk. apepun, merajuk tetaplah merajuk.. =D

    ReplyDelete
  9. This post is also nice! keep it up......

    ReplyDelete
  10. to Wildlife Photography:

    thanx for ur support ^_^

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails