Friday, December 25, 2009

POTONG KUKU MENGIKUT HARI2 TERTENTU??


Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Barangsiapa yang memotong kukunya pada ;

* Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Pernah dapat forward email sebegini atau terbaca pada mana2 entri rakan bloggers anda? Bagi yang pernah membacanya, apa pula tindakan kalian? Menerimanya lalu mengamalkannya? Atau mungkin juga anda “berniat baik”, berterima kasih atas “ilmu” yang disampaikan, lalu mengforwardkannya atau copy-paste untuk disebarkan kepada rakan-rakan yang lain?

Saya tidak menyalahkan sesiapa yang berbuat sedemikian. Tetapi maaf sebab saya ingin mempersoalkannya. Bukanlah berniat mahu tunjuk lagak pandai. Saya juga hanya insan biasa, masih banyak ilmu agama yang saya belum tahu.

Namun suatu perkara yang tidak seharusnya kita pandang ringan, ialah apabila kita menyampaikan sesuatu yang disandarkan kepada Nabi SAW, maka pastikanlah ianya mempunyai sanad yang lengkap serta berstatus sahih, atau sekurang-kurangnya hasan. Janganlah dengan mudahnya declare sesuatu itu “hadith” tanpa mengkaji sanad dan matannya terlebih dahulu.

Saya masih ingat lecture untuk kelas Sciences of Hadith yang saya ambil 2 tahun yang lalu. Selain daripada melihat kepada sanad (perawi), cara mudah untuk detect kepalsuan sesuatu hadith ialah apabila matannya (isi kandungannya) kedengaran pelik dan janggal.

Justeru, itulah yang saya rasakan tatkala saya membaca “hadith” tentang hari-hari untuk memotong kuku ini. Timbul pelbagai persoalan di benak fikiran saya... Mana sanadnya? Andai benar itu hadith, siapa perawinya? Dan saya juga tertanya-tanya tentang matannya yang menurut saya, agak mengelirukan.

Memotong kuku adalah sebahagian daripada menjaga kebersihan diri. Dan Islam sendiri mengutamakan kebersihan. Lalu mengapa ada hari-hari yang dikatakan mendatangkan keburukan andai kita potong kuku pada hari-hari tersebut (Sabtu, Ahad, Selasa, dan Rabu), sebagaimana yang terdapat dalam “hadith” tersebut?

Dan yang lebih saya musykil... Bila saya perhatikan, tiap-tiap hari tersebut ada baik dan buruknya. Sama ada keluar yg buruk lalu digantikan dengan yg baik, ataupun sebaliknya. Mahu kedua-duanya, atau menolak kedua-duanya. Tapi kenapa untuk hari Rabu, dikatakan “Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan”? “Keluar daripadanya was-was” adalah sesuatu yg baik, kerana was-was itu datangnya daripada syaitan, sedangkan “masuk kepadanya kepapaan” adalah sesuatu yg tidak diingini setiap insan. See... bercanggah, kan? Lalu bagaimana? Tak kan lah kalau nak keluarkan was-was, kita kena “ambil risiko” kepapaan? Hmm.. betapa tidak logik..

Namun seperti yang saya nyatakan pada awalnya, saya bukanlah insan yang luas ilmu agama. Masih banyak yang saya belum tahu. Lalu atas kesedaran ini juga, saya merujuk kepada yang lebih arif
[Boleh rujuk SINI dan SINI]. Dan apa yang saya dapati, kedua-duanya menyatakan bahawa ini BUKANLAH HADITH SAHIH!

Jadi kesimpulannya di sini, ingin saya mengingatkan diri sendiri dan teman-teman seIslam yang lainnya, agar berhati-hati dalam mendeclarekan sesuatu itu sebagai “hadith”! Janganlah sesekali kita sandarkan sesuatu itu kpd Nabi SAW dgn sewenang-wenangnya tanpa mengkaji selidik sanad dan matan sesuatu hadith itu, dan lebih “parah” andai kita menyebarkannya pula kpd orang lain... Ingatlah,
ancaman menyebarkah hadith palsu adalah sangat berat!

"Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka." - Hadith Sahih (Mutawattir): Dikeluarkan Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi dan lain-lain. Lihat Sahih al-Bukhari, hadith no.109 (Kitab al-Ilm, Bab dosa berdusta ke atas Nabi SAW). Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim, hadith no. 3 dan 4 (Muqaddimah - Bab berdusta ke atas Rasulullah SAW).

Maka berhati-hatilah dalam setiap tindakan kita. Janganlah menyebarkan sesuatu atas nama “hadith” andai tidak mengetahui dengan pasti akan status kesahihannya. Semoga kita semua tidak disiapkan Allah dengan api neraka atas kelalaian kita... Aamiiin...

~saya yang masih jahil... dan bersedia menerima teguran andai diri di pihak yang salah~

WALLAHU A3LAM...

# lagi tentang penyebaran hadith palsu:
Puasa diabaikan jika tidak memohon maaf terlebih dahulu

6 comments:

  1. Salam...
    Sy amat menyokong...'hadis' yang tidak masuk akal...mmg ramai sebahagian daripada kita yang bt gitu..atas niat untuk membuat kebaikkan,maka segala benda difowardkan kepada kwn2 dan org ramai atas anggapan ia adalah anjuran nabi...
    lebih2 lagi klo bulan ramadhan,,maka akan bertebaranlah segala fadhilat2 palsu solat tarawikh,contoh solat qiam ramadhan pada mlm k-12 maka pahalanya seperti 70ribu syuhada...xpyh pergi berperang pun dapat pahala syuhada senang2...klo rakyat palestin bt g2,maka tak ade yg akan pertahankan negara mereka dan al-aqsa,,ssh2 je serang israel,,klo syahid dapat satu pahala syuhada..klo pose trus dpt 70 ribu pahala syuhada...what is this?? rubbish....
    bertarawikh pada mlm 17 ramadhan pahala seperti sekalian nabi...ni lagi dahsyat pemalsuan nye...klo la benar,,maksudnya martabat kita tinggi lagi pada nabi Muhammad,baginda baru pahala satu nabi..klo yg dah hidup 20thn,,dah dpt 20X pahala sekalian nabi...na'uzubillah...

    Kadang2 akal diperlukan untuk menilai sesuatu yg bersifat agama...
    bersama2 utk kita menjaga diri drpd mendapat 'share' dosa terhadap penyebaran hadis palsu...
    nnt org berkata "saya xtahu plak yg itu hadis palsu"..
    hakikatnya kesalahan terletak pada dirinya kerana menyebarkan sesuatu yg tidak diketahui..
    Sabda Nabi:
    "Sesungguhnya berdusata ke atasku, tidak sama seperti berdusta ke atas seseorang. Barangsiapa berdusta ke atasku dengan sengaja, maka sedialah tempatnya dalam neraka"..

    ReplyDelete
  2. salam Hadi..

    thanx sudi singgah baca n drop komen dgn pnjgnya. terima kasih atas sokongan n perkongsian saudara di sini :)

    pasal fadhilat2 solat tarawih tu, mmg agak tersebar luas. sering diperkatakan dan dihebahkan.. tula kan, kalau kita perhatikan betul2, kalau dah matannya tu nampak pelik n janggal, plus x leh diterima logik aqal manusia, mmg nmpk sgtla ketidakbenaran hadith tu.. sedangkan yg matannya nampak logik pun masih belum tentu sahih (kecacatan pd perawi2nya), inikan pula kalau yg matannya terang2 nampak x masuk aqal. tp ni pun hanya orang2 yg berfikir jela yg leh dapat bezakan, dgn diberikan petunjuk dari-Nya jua...

    berkaitan potong kuku ikut hari2 tertentu ni, byk juga terjumpa kat blog muslimin dan muslimat lainnya. pernah juga saya drop komen menegur, dgn harapan dia delete entri tu drpd trus menyebarkannya. tp malangnya, sy lihat ramai plak yg drop komen kt situ duk support dia, berterima kasih atas info tu. pdhl hakikatnya scr x langsung, dia patut bertanggungjwb atas penyebaran hal yg dusta tu. bila saya persoalkan, boleh plak dia jwb, "ntahla, sy pun x tahu (status kesahihannya), sy amek dr blog org lain. bende yg baik, rasenye patutla disebarkan".. hmm.. sedih, sedih.. sendiri x dpt nk pastikan, leh plak disebarkan2.. kalau benda baik yg x disandarkan kpd Nabi SAW, x kesah manela.. tp ni sbb disandarkan kepada Nabi, maka tidak seharusnya dipandang ringan.. nnt x pasal2 disediakan tempat dalam api neraka.. nauzubillaahi min dzaalik...

    ReplyDelete
  3. eh! potong kuku pun ade jgk ker peraturan dia/ ingatkan biasa2 jer... ape2 pun thnkz 4 this information! :-D

    ReplyDelete
  4. ikut peraturan hari2 tertentu gini? ha, tula.. adik x pernah jumpe ek? tryla search, byk jugak yg post pasal ni. tp tula, sygnya sbb mereka hanye tau post, dgn niat sebarkan perkara yg disangkakan baik, nak2 plak disandarkan kepada Nabi. walhal ianya bukanlah sahih.

    x perlu berterima kasih dik. akak skdr menyampaikan :) mg ada manfaatnya.. mg lepas ni kita lebih berhati2.. jgnla dgn mudahnya terima pe yg orglain sampaikan, nak2 bab hadith. kena kaji selidik dulu sejauh mane kebenarannya,k! =)

    ReplyDelete
  5. semasa sy brada di asrama,kwn2 slalu tgor tntang hari2 yg perlu patut potong kuku..
    Kebanyakkanya amt mmpercayai tntng ini..
    sy mmg xprcya suma ni..
    terima kasih kakak ats mklumat ini

    ReplyDelete
  6. kalau bab perlu patut potong xpe lg..tp bab keburukan kalau potong kuku pd hari2 tertentu tu yg agak pelik, sedangkan islam amat pentingkan kebersihan..n penjagaan kuku pn termasuklah atr kebersihan yg perlu kita jaga..
    apepun, jgn mudah mempercayai sesuatu andai kesahihannya belum terbukti :)
    thanx kembali sbb sudi singgah bace n drop komen ^_^

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails