Sepertimana yang kita sedia maklum, Islam melarang keras umatnya mengamalkan cara hidup membazir dalam semua urusan samada urusan yang berkaitan dengan perbelanjaan harta, pengurusan masa, dan penggunaan tenaga. Perbuatan membazir merupakan satu sifat tercela, buruk lagi keji, sehinggakan Allah mengatakan pembazir itu adalah saudara syaitan.
“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, dan syaitan itu pula adalah makhluq yang sangat kufur kepada Tuhannya” (Al-Isra’, 17: 27)
Berdasarkan ayat di atas, kita dapat lihat betapa kita dilarang daripada membazir. Kenapa? Kerana tabiat buruk ini hanya akan terjadi apabila manusia tidak mensyukuri segala ni3mat yang telah Allah berikan kepada mereka. Mereka sebaliknya menggunakan rezeki dan ni3mat tersebut secara tidak wajar dan bukan pada tempat yang sepatutnya. Mereka seolah-olah terlupa bahawa segalanya adalah milik Allah yg hanya dipinjamkan kepada mereka.
Selain daripada membazir harta, masa dan tenaga, terdapat banyak lagi pembaziran yang sering dilakukan manusia tanpa mereka sedari. Hakikatnya, apa sahaja perbuatan yang mengarah kepada pengurusan atau pekerjaan yang merugikan, maka ianya juga termasuk dalam erti kata melakukan pembaziran.
Dalam hal ini, Ibnu Al-Qayum Al-Jauziah mengatakan, terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia, iaitu pembaziran:
(1) Ilmu pengetahuan – membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.
(2) Amalan – membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas.
(3) Kekayaan – membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah SWT.
(4) Hati – membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.
(5) Tubuh badan – membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.
(6) Cinta – membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
(7) Masa – membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.
(8) Aqal – membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
(9) Dzikir – membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Maka kesimpulannya di sini, pembaziran boleh terjadi dalam apa jua bentuk. Tanpa kita sedari, mungkin kita juga tidak terlepas daripada melakukan pembaziran-pembaziran sebagaimana yang dinyatakan di atas. Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing… Semoga perkongsian ini dapat menyedarkan kita sekaligus membuatkan kita lebih berhati-hati dalam setiap perbuatan kita supaya terhindar daripada melakukan segala pembaziran tersebut.

Salam Hani ^_^
ReplyDelete9 bentuk pembaziran niii tak terfikir pun akan membazir juga...sebab kita tak nampak...
TQ sudi berkongsi...
Begitu 'laju' sekali n3 Hani, untuk n3 bawah akak tak tinggal komen coz tak sempat nak baca lagi (panjang tuuu) InsyaALLAH akak ada masa akan baca (nampak cam best)
'umah' akak pun utk dec baru 1 n3 (sedihnyee)
0512 (tahriri) n 1812 (syafawi)akak exam n akhir thn hingga awai thn nii bz ngan keje (audit akaun)kena pandai2 'mengintai' laaa...
salam kak liza ^_^
ReplyDeleteha'ah, sokong kata2 akak. saya sendiri akui, kadang2 x sedar diri turut melakukan pembaziran dalam bentuk2 yg dinyatakan di atas. semuanya tak nampak dgn pandangan mata kasar. masa dan kekayaan yang boleh dirasai tu pun kdg2 kita boleh terleka, inikan pula bentuk2 yg lain tu... -_-
laju ek? hehe, x sedar pulak. duk kat uia tu, awal2 lagi, minggu pertama xde keje sgt, jadi bykla mase utk mengarang. tp sbb x dpt nk access internet, jd simpan jela dulu. nk pergi cari spot utk dptkan wireless connection, x bape rajin, makanya tangguh jela dulu. balik umah, de internet, tu yg leh je post berderet2. dh sedia tersimpan dalam laptop =D
ala kak.. byk ke sket, xde beza manela. akak jgnla cedih ek. yang penting, jgn sampai terus henti dr menyebarkan segala yg bermanfaat. sambil mengingatkan diri sndiri, juga ingatkan muslimin n muslimat yg lain, inshaAllah :)
saya pun lepas berderet post entri2, terhenti jap seketika. sebabnya de keje lain plak nk kena buat. ni balas komen pn lmbt. hehe. saya x kesah mane akak lmbt nk bace n komen, sbb sy tau akak sentiasa setia dtg ziarah bace2 smbl drop komen, kan? =D
owh, akak de exam ek? gud luck! sama2lah kita mendoakan kejayaan satu sama lain, moga beroleh kejayaan hidup, dunia n akhirat, inshaAllah.. aamiiin..
huih! x sangke benda2 2 dikira pembaziran ker? hehehe alamak! byk la pembaziran sy lakukan... hehehe
ReplyDeleteto NICK IRFAN:
ReplyDeletetula kan.. sbnrnya banyak pembaziran yg kita lakukan dalam kehidupan seharian kita, tanpa kita sedar. manusia.. sering leka dan alpa.. ni3mat Allah berikan terlalu byk.. jd, andai kita x gunakan sebaik mungkin, maka itulah yg dikira membazir..
erk dik.. akak pun same je.. trase byk betul pembaziran yg dah (n mgkn jg sedang n masih) akak buat.. sbb tula akak letak n3 ni.. supaya akak jadi beringat dan berhati2 agar x terus melakukan pembaziran yg x nmpk dgn mata kasar ni...