Friday, December 18, 2009

AYUH, KITA BERHIJRAH!


Berkumandangnya azan Maghrib malam semalam, maka selangkah kaki kita telah pun bertapak memasuki kehidupan yang baru, pada tahun yang baru, juga dengan keazaman yang baru. SALAAM MAAL HIJRAH 1431H buat semua pengunjung yang sudi ziarah ke blog “KONGSI BERSAMA” (^_^)

Kebiasaannya, tahun baru disambut dengan penuh kegembiraan dan keseronokan. Masing2 tanamkan azam yang mendalam dan semangat yang tinggi untuk memulakan kehidupan di tahun baru. Bagus! Jadikanlah ia sebagai motivasi untuk teruskan hidup agar menjadi insan yang lebih cemerlang di masa akan datang.. cemerlang di dunia, juga di akhirat, inshaAllah.

Namun sejenak, marilah sama2 renungkan kembali… Tahun 1430 Hijrah telah pun berlalu. Bagaimanalah catatan amalan kita dlm buku amalan tahun lalu.. Di ruang manakah yg lebih banyak tercatat? Kanan atau kiri? Amalan kebaikan atau sebaliknya amalan kejahatan? Semuanya bergantung kepada amalan seseorang individu tersebut..

Walau apapun jawapannya, semuanya telah berlalu. Segala yg tercatat sama sekali tak kan dpt kita minta utk dipadamkan. Apa yg boleh kita lakukan, hanyalah dgn memperbanyakkan istighfar serta bertaubat memohon keampunan Allah atas segala dosa yg kita lakukan. Seterusnya, tanamkanlah azam yg bersungguh2 utk menghijrahkan diri ke arah menjadi insan yg lebih baik.

PENGERTIAN HIJRAH

Sebut tentang hijrah, tahukah kalian apa itu “hijrah”? Rasanya ramai yang boleh memberikan definasinya dengan tepat, kan? Hijrah dari sudut bahasanya ialah
berpindah dari satu tempat ke satu tempat, atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain.

Dari sudut istilahnya pula, hijrah bermaksud meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadith daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (HR Abu Dawud)

Dalam makna yang lebih luas, hijrah difahami sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Seseorang itu dikatakan telah melakukan hijrah apabila meninggalkan ajaran yang bertentangan dengan Islam, lalu kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

AZAM TAHUN BARU 1431H

Bersempena dgn Tahun Baru 1431H ini, marilah sama-sama kita perbaiki segala kesilapan dan kesalahan kita yg lalu, dengan memperbanyakkan lagi amalan2 yg dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah, menuju mardhotillah. Selalulah bermuhasabah diri, serta menginsafi segala dosa yang telah kita lakukan dahulu. Bertaubatlah. Berubahlah. Atau sekuran2nya pasanglah niat dan berusahalah untuk berubah. Tiada siapa yg akan dpt mengubah diri kita, melainkan diri kita sendiri, dan pastinya dengan izin Allah. InshaAllah, andai kita punya niat baik yg seterusnya diusahakan dengan bersungguh2, pastinya Allah akan membantu memudahkan kita ke arah mendapatkan keberkatan-Nya.

Ayuh semua! Kita masih belum terlambat! Selagi kita masih bernafas di muka bumi yg dipinjamkan Allah ini, pastikanlah setiap detik kita diisi dgn segala perkara yg membawa kebaikan dan manfaat, samaada buat diri sendiri, ataupun buat sekalian manusia umumnya.

UNTUNG, RUGI, atau CELAKA??

Ingatlah, Allah tidak pernah memaksa kita untuk menjadi hamba-Nya yg sentiasa berbuat baik dalam rangka pengabdian kepada-Nya. Hakikatnya, Allah hanya menciptakan kita, lalu dibekalkan kita dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah sebagai garis panduan dan bimbingan untuk menjalani kehidupan seharian berlandaskan syariah. Melalui kalaamullah dan ahadith jugalah kita dapat tahu mana yg baik dan mana yg tidak baik.

Kita juga turut dianugerahkan aqal fikiran, dua mata, dua telinga, dan dua bibir untuk dapat memilih salah satu jalan dari dua jalan yang ditawarkan, yang akhirnya menjadi penentu kediaman kita kelak. Ke Syurga kah kita? (Mudah2an.. aamiiin..) Atau ke Neraka kah kita? Na3uzubillaahi min dzaalik..

Apapun, semuanya bergantung kepada amalan kita. Bekalan yg kita bawa utk kehidupan yg tiada pengakhirannya nanti. Justeru itu, pertimbangan untung dan rugi adalah sangat bermanfaat dlm menentukan pilihan yg terbaik dan terbijak utk kita pilih jalan mana yg akan ditempuh, dlm menuju kehidupan yg pasti di sana nanti.

Dalam hal ini juga, Rasulullah SAW ada memberikan tiga pilihan buat kita, iaitu untung, rugi dan celaka. Kita dikatakan UNTUNG apabila (amalan) kita pada hari ini lebih baik berbanding semalam, RUGI apabila (amalan) kita hari ini kita sama sahaja dengan semalam, dan CELAKA apabila (amalan) kita hari ini lebih sedikit daripada semalam.

Oleh itu, marilah sama-sama kita tingkatkan amalan dengan sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga amalan kita pada hari ini adalah lebih baik berbanding semalam, dan semoga amalan kita esoknya akan lebih baik berbanding hari ini. Semoga kita tidak termasuk dalam kategori orang2 yang rugi apalagi celaka. Na3uzubulillah… Ayuh, berhijrahlah dan lakukanlah kebaikan! Semoga Allah redha pada kita dan kita pun redha pada Allah.. Kullu 3amin Wa Antum Bi Khair.. Aamiiin…

6 comments:

  1. salam hani..pekaba?moga sentiasa dlm rahmat ilahi..

    salam maal hijrah buat hani..moga azam tahun lalu tercapai seperti yg diimpikan..

    dan thn ni insyaAllah azam yg lebih khair akan tercapai..amin.

    Salam penuh mahabbah dr akak..

    ReplyDelete
  2. salam kak.. saya x berapa sihat kebelakangan ni. ni pn tgh demam selsema teruk hingga sakit tekak hilang suara.. sejak kelmarin lg -_-

    and sebab tu jugak x dpt nk ziarah blog akak utk bace2 sambil drop komen. sebab kat blog akak, segala coretan akak mmg besh n bermanfaat.. jdnya saya kena bace betol2, dgn mata hati.. tp diri plak x berapa sihat.. maafkan saye ye kak -_-

    tp apepun, terima kasih ye kak sebab akak tetap rajin singgah bace2 di sini sambil drop comment :)

    salam maal hijrah buat akak juga. smoga kita sama2 berazam utk menjadi insan yg lebih baik dr hari sebelumnya... saya juga doakan semoga segala azam and impian akak utk tahun ni tercapai hendak-Nya, inshaAllah.. aamiiin...

    terima kasih sgt2 ye kak.. salam penuh mahabbah dr saye juga buat akak ^_^

    ReplyDelete
  3. salam maal hijrah kak... ape2 pun smoga thn bru ni kita akan jd lebih baik dr sebelum2 ni... isyaallah....

    ReplyDelete
  4. to NICK IRFAN:

    salam maal hijrah buat adik NICK IRFAN juga :)
    yup.. semoga kita sentiasa berusaha memperbaiki diri dan amalan kita agar menjadi insan yang lebih baik dari hari sebelumnya.. aamiiin...

    ReplyDelete
  5. salam maal hijrah untuk hani sekeluarga
    semoga dirahmati oleh ALLAH...
    semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  6. salam maal hijrah buat kak liza sekeluarga juga ^_^
    aamiiin... thanx for the doa..
    semoga hidup akak juga sentiasa diberkati dan dirahmati-Nya..
    saya x berapa sihat lg ni.. hari isnin tu ade pergi health centre kt uia tu, ingt nk minta ubat batuk n sakit tekak je, nah, sekali doktor kasi sampai 6 jenis ubat, siap dengan MC. hehe. apepun, biarpun masih blm sihat sepenuhnya, tp alhamdulillah beransur baik.. mungkin berkat doa akak juga.. terima kasih ye kak atas doa akak.. baarakallahu fiik ya ukhti :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails