Thursday, August 6, 2009

SIAPA SANGGUP MATI KERANA ALLAH??



Seperti biasa, setiap hari Jumaat, para muslimin akan ke masjid untuk menunaikan kewajiban solat Jumaat. Jika hari-hari yg lainnya masjid kelihatan sedikit sunyi dan lengang kerana tidak dipenuhi dengan orang-orang yg solat di masjid, tetapi pada hari Jumaat, setelah masuknya waktu solat Jumaat, pastinya masjid-masjid dipenuhi dengan ribuan jemaah.

Ada yg datang awal setelah kedengaran azan pertama, ada yg datang di pertengahan waktu ketika sedang dibacakan khutbah, dan ada juga yg datangnya hanya ketika tiba waktunya untuk menunaikan solat Jumaat. Yang pasti, mereka tetap akan datang ke masjid untuk melaksanakan kewajiban tersebut.

Tetapi adakah kedatangan mereka dengan niat baik itu benar-benar disertakan dengan Iman kepada Allah SWT??
Mari kita hayati kisah di bawah ini…




Suatu hari, lebih kurang 1,000 orang jemaah hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Selesai dibacakan khutbah, Imam bergerak menuju ke tempatnya untuk mengimamkan solat. Namun belum sempat Imam sampai di tempatnya, tiba-tiba masuk dua orang lelaki yg berpakaian serba hitam menutupi seluruh tubuhnya (tidak kelihatan apa-apa pun, melainkan dua biji mata mereka) sambil membawa machine gun.

Sambil mengajukan machine gun tersebut kepada para jemaah, salah seorang daripada dua lelaki itu bertempik dengan suara yg keras dan lantang, "Sesiapa yg sanggup MATI kerana ALLAH SWT, silalah kekal berdiri di tempat kamu!".

Mendengar amaran keras lelaki itu, ditambah dengan machine gun yg diajukan mengarah kepada mereka, maka ramailah di kalangan jemaah yg merasa takut, lalu segera bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yg 1,000 tadi, hanya tinggal sedikit sahaja yg masih kekal di tempatnya, termasuklah si Imam.

Setelah keadaan kembali reda, lelaki yg bertempik tadi segera membuka balutan yg menutupi mukanya, lalu melihat ke arah Imam sambil berkata: Ok Pak Imam, saya sudah pun menghalau semua yg hipokrit, maka sekarang bolehlah Pak Imam mulakan solat Jumaat"....




Adakah anda merasa lawak dengan cerita di atas? Mungkin ada yg terhibur lalu tertawa. Tidak mengapa. Tetapi tidakkah kalian terfikir, betapa “lawaknya” cerita ini, yg mana dari 1,000 orang jemaah yg mengaku diri mereka itu Islam, hanya sedikit sahaja bilangan mereka yg betul-betul beriman kepada Allah...

Tetapi itu jugalah hakikat yg harus kita akui. Kebanyakan manusia mudah melupakan ALLAH SWT apabila berhadapan dengan saat genting dan bahaya... Jika kita perhatikan dengan teliti jalan cerita di atas, kedua-dua lelaki itu hanya mengugut dan menakut-nakutkan jemaah dengan mengajukan machine gun ke arah mereka, tetapi langsung tidak menyebut untuk membunuh. Tapi itulah generasi sekarang... iman amatlah lemah.. baru kena ugut begitu, terus lari lintang-pukang.. lupa yg diri belum lagi melaksanakan kewajiban solat Jumaat...




Renung-renungkanlah... apakah tindakan yg akan kita ambil jika perkara sebegini benar-benar terjadi pada kita? Adakah kita memilih untuk lari menyelamatkan diri, ataupun kita akan kekal di tempat kita? Fikir-fikirkanlah...adakah kita sanggup mati kerana Allah SWT?? Semoga diri kita tergolong dalam golongan mereka yg sedikit itu....Aamiiin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails