LELAKI:
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh, manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya…
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yg belum berkahwin, dan dosa anak lelaki yg belum baligh. Sedangkan perempuan berkahwin tidak perlu menanggung dosa-dosa ini semua.
Berat, kan?
Hukum menjelaskan bahawa anak lelaki harus bertanggungjawab ke atas ibunya, dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya itu, maka dosa baginya, terutama bagi anak lelaki yg tua (sudah cukup dewasa), manakala perempuan tidak dibebani dengan tanggungjawab begini. Perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri yg berbuat baik, ganjaran pahala dapat kepadanya, dan kalau berbuat yg tidak baik, maka dosanya ditanggung oleh suaminya. Berat, kan??
Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri, tetapi isteri tidak dikenakan kewajiban tersebut. Walaubagaimanapun, isteri dibolehkan membantu suami dalam urusan mencari rezeki. Tetapi harus diingat, HARAM bagi seorang suami bertanyakan pendapatan isterinya, apatah lagi jika suami tersebut menggunakan pendapatan isterinya tanpa izin!
Ada banyak lagi yg lelaki (lebih-lebih lagi yg bergelar suami) perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yg ditanggungnya, boleh diumpamakan seperti gunung dengan semut. Justeru itu, tidak hairanlah apabila mengikut kajian yg dibuat, nyawa orang perempuan dikatakan lebih panjang berbanding lelaki. Ini kerana mengikut kajian, lelaki dipercayai mati cepat kerana tidak tahan lagi dengan beratnya dosa-dosa yg ditanggungnya.
Tetapi ingatlah dan yakinilah, setiap yg diciptakan Allah SWT pastinya ada kelebihannya tersendiri. Orang lelaki juga pastinya ada keistimewaannya yg dianugerah oleh Allah SWT.
WANITA:
>> Auratnya lebih susah dijaga jika dibandingkan dengan aurat lelaki.
>> Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah, tetapi tidak sebaliknya (suami tidak perlu meminta izin isteri apabila mahu keluar rumah).
>> Saksinya kurang berbanding lelaki.
>> Menerima pusaka kurang dari lelaki.
>> Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
>> Wajib taat kpd suami, sedang suami tidak perlu taat kpd isteri.
>> Kurang dlm beribadat ekoran haid & nifas yg tidak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Secara zahirnya, senarai di atas menunjukkan seolah-olah wanita merupakan golongan yg kurang bernasib baik jika dibandingkan dengan lelaki. Tetapi pernahkah kita melihat serta menilai perkara ini dengan pandangan dan pemikiran yg positif?
Kita sedia maklum, benda yg mahal harganya pastinya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersembunyi dan selamat. Maka sudah pastilah intan permata tidak akan dibiarkan bersepah-sepah, kan? Begitulah juga bandingannya dgn seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi suami wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu juga merupakan seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki, itulah hakikatnya. Tapi harus diingat, harta pusaka yg diterima cuma sedikit itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sedangkan lelaki yg menerima pusaka yg banyak itu perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak, dan ini sama sekali tidak dialami oleh lelaki. Tetapi ketahuilah, di sebalik kepayahan tersebut, setiap saat dirinya didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah SWT di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan, merupakan syahid kecil, dan dosanya (dosa kecil) diampun oleh Allah SWT.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita: (1) isterinya, (2) ibunya, (3) anak perempuannya, dan (4) saudara perempuannya. Manakala bagi seorang wanita pula, tanggungjawab terhadap dirinya ditanggung oleh empat orang lelaki: (1) suaminya, (2) ayahnya, (3) anak lelakinya, dan (4) saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan empat syarat sahaja: (1) tidak meninggalkan solat lima waktu, (2) berpuasa di bulan Ramadhan, (3) taat kepada suaminya, dan (4) menjaga kehormatannya.
Jika difikir-fikirkan, seorang lelaki perlu pergi berjihad fii sabiilillah, tetapi bagi seorang wanita, jika dia taat kepada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka dia akan turut menerima pahala yg sama seperti pahala orang pergi berperang fii sabiilillah walaupun tanpa perlu mengangkat senjata.
MaashaALLAH... betapa sayangnya ALLAH SWT kepada wanita...
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...dirimu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah, maka dengan sebab itulah DIA mengangkat dirimu menjadi pemimpin, dan sesungguhnya kuasa talaq juga ada di tanganmu... Dengan keistimewaan yg diberikan ini, maka JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya... supaya kelak masing2 (baik lelaki mahupun wanita) dapat pulang menghadap Allah SWT dalam keadaan istimewa di sisi-Nya…
No comments:
Post a Comment