Friday, February 26, 2010

KEHIDUPAN RASULLAH SAW SEBAGAI PEDOMAN BUAT SEMUA


Kehidupan Nabi Muhammad SAW adalah lapangan yg cukup luas utk dijadikan tauladan bagi sesiapa sahaja. Baginda merupakan sebaik-baik contoh tauladan buat seluruh manusia, ikutan sepanjang zaman. Telah terbukti orang kafir zaman Rasulullah SAW juga tidak dapat menafikan hakikat betapa mulia dan terpujinya akhlaq baginda.

“Demi sesungguhnya untuk ikutan kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu satu ikutan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan Mardhatillah dan balasan baik di Akhirat kelak.” (Al-Ahzab: 21)

Mari kita perhatikan dari setiap aspek mengenai peranan-peranan yang harus Rasulullah SAW pikul sepanjang hayatnya, mudah-mudahan semua orang akan bisa memperoleh manfaat darinya serta mencontohi apa yang telah dilakukan oleh baginda.




1) Anak muda boleh mendapat pedoman kerana Nabi Muhammad SAW pernah menjalani kehidupan sebagai anak muda yang rajin bekerja dan memerah keringat tanpa bergantung kepada keturunannya yang mulia dan kedudukannya yang istimewa.

2) Seorang yang masih bujang juga boleh mengambil pedoman dari hidup Nabi Muhammad SAW kerana baginda tidak berkahwin kecuali selepas berumur 25 tahun.

3) Si Suami yang mempunyai seorang isteri boleh menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan kerana baginda hanya bersama dengan seorang isteri, Khadijah sehingga umur baginda 50 tahun.

4) Mereka yang berpoligami juga boleh menjadikan Rasulullah SAW sebagai panduan dalam 10 tahun terakhir baginda mempunyai ramai isteri – seorang anak dara dan lainnya adalah janda, ada yang muda dan ada pula yang tua, ada yang dari bangsa Arab dan ada pula yang dari Bani Israil. Jelaslah di sini perkahwinan Rasulullah adalah demi memenuhi tuntutan agama, dan bukanlah berlandaskan nafsu.

5) Seorang bapa boleh melihat kehidupan Nabi SAW ketika memiliki anak dan ketika kematian anak-anaknya, memerhatikan bagaimana Rasulullah melayan anak-anak, serta bagaimana pula baginda menerima kematian anak-anak baginda dengan redha dan tabah.

6) Seorang datuk dapat menghayati pedoman hidup Rasulullah SAW ketika baginda melayan dua cucunya, Hasan dan Husain.

7) Seorang pejuang dapat melihat Rasulullah SAW sebagai pejuang, yakni dengan melihat bagaimana berlangsungnya peperangan, apakah adab dan disiplinnya, bagaimana halnya ketika menerima kemenangan atau kekalahan seperti dalam perang Uhud.

8) Seorang penguasa, pemerintah, raja, presiden atau ketua kerajaan boleh menerima pedoman dari hidup Rasulullah SAW ketikamana baginda memiliki kekuasaan lalu baginda berlaku adil dan menegakkan hak dan kebenaran. Baginda SAW telah meninggalkan untuk kita warisan agung dalam lapangan ini. Sebenarnya samada pemerintah atau yang diperintah, semua boleh melihat kehidupan baginda. Baginda hidup sebagai rakyat biasa dalam pemerintahan orang lain di Mekah dan sebagai pemerintah di Madinah. Begitu juga bagi orang kaya atau miskin. Baginda pernah merasai kefaqiran dan kemiskinan sehingga terpaksa mengikut perut dengan batu bahkan dua biji batu. Baginda juga pernah menerima habuan dua yang banyak apabila diberi kemenangan dan mendapat ghanimah (rampasan perang) yang banyak sehingga akhir keseluruhan Arab dan semenanjung Arab tunduk di bawah kekuasaannya.


Demikianlah serba-sedikit tentang kehidupan Rasulullah SAW, yang mana sesiapa pun jua dapat mengambil pedoman dari kehidupan baginda. Siapa pun diri anda, status apakah yang disandang, contohilah Rasulullah dalam melaksanakan peranan anda sebaik mungkin. Sentiasalah jadikan Al-Qur’an dan As-Sunnah sebagai rujukan utama dalam segala hal dan tindakan yang dilakukan.

Baginda saw telah melalui semua pengalaman-pengalaman ini. Siapa lagi antara para Nabi dan Rasul yang merasai segala pengalaman ini? Inilah dia Muhammad SAW yang telah diberi keistimewaan dengan semua ini, sekaligus ditugaskan membawa dan menyebarkan agama agung ini sehingga masih kekal hingga ke hari ini biarpun baginda telah wafat meninggalkan kita umatnya... Justeru itu sama-samalah kita beramal dengan mencontohi segala sunnah Nabi Muhammad SAW selagi kita mampu melakukannya...

7 comments:

  1. Salam!
    Sunah Rasulullah saw yg perlu dikuti adalah AlQuran itu sendiri krn ada Sunnah Rasulullah yg tidak wajib kita ikuti seperti wisol (berpuasa berturut2 selama 2 hari), tahajjud (wajib bagi Rasulullah dan tidak bagi kita)dsb. Begitu juga soal berkahwin, syariat menetapkan dzon mengenainya (Surah AlBaqarah:230)sebab itu Imam Syafie, Imam Nawawi dan ramai Imam Mujtahid yg tak kahwin bkn sbb tak ikut sunnah nabi tetapi syariat menetapkan demekian. Banyak perkara2 Sunnah Rasulullah perlu kita belajar dlm bab Amruddin (perintah2 dlm Agama) spt ternyata dlm hadis ,`Dari Abu Hurairah ra bhwa Rasulullah saw telah bersabda,`Sunnahku ada dua jenis sunnah, Sunnah yg wajib/fardhu dan sunnah yg bukan fardhu. Sunnah yg fardhu asalnya dlm kitab Allah Taala, mengambilnya berpetunjuk dan meninggalkannya sesat, dan Sunnah yg bkn dr kitab Allah, mengambilnya berpahala manakala meninggalkannya tiada kesalahan/dosa`. Riwata AtTabbrani dlm Kitab Kembali kpd AlQuraan dan Sunnah m/s 73.
    Wallahualam

    ReplyDelete
  2. rasullullah...
    ikutan terbaik sepanjang masa & ketika...
    :

    ReplyDelete
  3. Hal ini tidak benar-benar bagian musik dan mudah-mudahan Anda tidak akan memperoleh respons atas pertanyaan Anda di sini, coba di Indonesia untuk bagian yang besar terbaik..

    ReplyDelete
  4. to tajnur:

    salam saudara. shukran sbb mengingatkan diri ini. yup, x semua yg dilakukan Nabi perlu kita contohi. ada yang difardhukan, ada yang tidak mengapa andai ditinggalkan. benar spt kata saudara, sunnah Rasulullah SAW yg perlu kita ikuti adalah Al-Qur'an itu sendiri..
    baarakallahu fiik :)

    ReplyDelete
  5. to iznie:

    yup, btol kata iznie tu.. sememangnya bagindalah contoh tauladan ikutan terbaik sepanjang zaman.. jd sbg umatnya, sama2lah kita contohi akhlaq dan sifat baginda ^_^

    ReplyDelete
  6. to Wildlife Photography:

    saya ga ngerti apa maksud kamu itu. kamu ngomong apa sih? maaf, sepertinya ga ada kaitan sama sekali ma apa yg saya publishkan di n3 ni..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails