Saturday, February 13, 2010

JOHAN, BUATLAH KEBAIKAN SETIAP HARI…



Usianya sudah menjangkau belasan tahun. Kebiasaannya ketika usia begini, seseorang itu telah mampu berfikir dengan baik, namun tidak bagi Johan. Disebabkan sedikit ketidaksempurnaan di bahagian otaknya, Johan hanya memiliki kemampuan berfikir seperti budak yang berusia 7 tahun.

Namun demikian, Johan bernasib baik kerana memiliki seorang ibu yang penyayang. Ibunya itu tidak peduli dengan kekurangan anaknya. Wanita berhati mulia itu memelihara dan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang. Harapannya cuma satu; biarlah Johan mampu berdikari pada suatu hari nanti.


********************

Johan sangat menyayangi ibunya. Sebolehnya dia mahu membahagiakan ibunya. Suatu hari Johan mendampingi ibu yang disayanginya itu…

"Ibu, saya suka melihat ibu tertawa. Wajah ibu cantik sekali apabila ibu tertawa. Bagaimana caranya untuk saya membuatkan ibu tertawa setiap hari?" tanya Johan.

"Johan, buatlah kebaikan setiap hari, maka ibu akan tertawa setiap hari" jawab ibunya.

"Bagaimana caranya untuk berbuat kebaikan setiap hari, ibu?" tanya Johan lagi.

"Buatlah kebaikan dengan bekerja bersungguh-sungguh. Bantulah orang lain terutama orang-orang yang perlukan bantuan seperti orang susah, orang tua, orang sakit, orang cacat dan sebagainya. Johan boleh membantu meringankan pekerjaan mereka atau boleh menemani mereka dengan berbual-bual. Perlakukan orang-orang tua itu sama seperti Johan membantu ibu. Jangan sesekali mengharapkan upah. Selepas selesai membantu, mintalah sekeping kad yang bertulis tarikh untuk hari itu daripada orang yang dibantu. Jika tarikh itu berturutan, bermakna Johan telah berbuat baik setiap hari, dan sudah tentu ibu akan merasa senang dan tertawa." jawab si ibu dgn penuh kasih sayang.

********************

Pesanan ibunya itu terpahat kemas di dalam ingatan Johan. Walaupun ibunya kini telah tiada, namun Johan tetap ingin melihat ibunya tertawa.

Maka, setiap hari dia akan berjalan ke sekeliling kampung untuk membantu orang-orang yang memerlukan bantuan. Upah yang dimintanya hanyalah sekeping kad yang bertulis tarikh untuk hari tersebut. Ramai orang merasa hairan dengan upah yang diminta oleh Johan itu, tetapi mereka tetap memberi apa yang dimintanya.


"Kenapa kamu meminta sekeping kad yang bertulis tarikh sebagai upah kamu?" tanya seorang nenek kepada Johan pada suatu hari.

"Kerana setiap hari, sebaik sahaja pulang ke rumah, saya akan menyusun kad itu mengikut turutan tarikhnya. Dgn itu saya dapat pastikan bahawa saya telah berbuat kebaikan pada setiap hari. Dan yang lebih penting lagi, dgn cara itu juga, saya tahu ibu saya sedang tertawa bahagia memerhatikan saya dari atas sana. Saya senang hati membayangkan ibu saya sedang tertawa kerana wajahnya sangat cantik ketika dia tertawa." jawab Johan dgn ikhlas.

********************

Kini, Johan dikenali oleh hampir semua penduduk di kampung tersebut disebabkan kebaikan yang dilakukannya dengan ikhlas walaupun otaknya tidak berapa sempurna dan lambat berfikir. Kebanyakan penduduk di situ menjadi sahabatnya.

Kebaikan dan keikhlasannya itu juga mendapat perhatian Tok Penghulu. Semampu mungkin, Tok Penghulu berusaha membantu memudahkan kehidupan Johan. Johan diberi elaun setiap bulan bagi menampung kehidupannya yang tinggal sebatang kara.


********************


Notakaki: Adalah menjadi keperluan bagi manusia untuk hidup saling membantu dan dibantu, menolong dan ditolong, kerana keupayaan kita amatlah terbatas. Kita tidak akan dapat membuat semua perkara dan memerlukan pertolongan dari orang lain. Apabila kita ikhlas berbuat baik dan membantu orang lain sesuai dengan keperluannya tanpa mengharapkan sebarang upah dan balasan, maka ketahuilah sesungguhnya perbuatan mulia itu pastinya akan menerbitkan rasa ni‘mat sekali. Kita tidak akan rugi sedikit pun dengan menolong orang lain, malah hati dan jiwa kita akan menjadi aman dan tenteram. Justeru itu berbuat baiklah selalu kepada sesiapa pun dengan hati yang ikhlas… inshaAllah hidup akan sentiasa diberkati-Nya…


Kata hati: Biarpun dirinya sedikit bermasalah, namun Johan sangat menghargai dan menyayangi ibunya. Diturutinya permintaan ibunya demi membuatkan ibunya tertawa bahagia, biarpun tanpa melihatnya dengan mata kasar. Johan anak yang baik, sentiasa berusaha menggembirakan ibunya. Terlalu jujur orangnya… Sedangkan diri ni?? (T_T) Wallahua‘lam… Namun jauh di sudut hati, turut tertanam keinginan dan azam untuk sentiasa membahagiakan insan tersayang yang telah melahirkan diri ini ke dunia ini.. sayang sangat2 kat mak! (^_^)

7 comments:

  1. Salam!
    Rasulullah saw pernah bersabda,`Almukminu qoi`isson fattinon` iaitu Org2 mukmin mesti sentiasa bijak dan waspada`. Bijak dlm ertikata mempelajari AlQuran dan tahu menyelesaikan masalah hidup diri, masyarakat dan negara. Waspada dlm ertikata sentiasa tahu pergerakan sahabat (bithonah), kawan, teman muamalah, teman pergaulan dan musuh2nya lebih2 lagi setelah kita tidak hidup lagi dibawah kerajaan Islam. Wallahualam

    ReplyDelete
  2. wah! baik btol johan ni... sy pun ade kwn rapat jgk dia pun mcm johan wlpn dh 20thn tp permikiran dia macam bdk2 jer... tp diantara semua kwn2 sy dia paling baik.... selalu org yg mcm ni semua baik2... ape2 pun mmg best buat org ketawa.. jd sy pn nk buat akak ketawa nk komen byk entry kali ni.. hehe

    ReplyDelete
  3. to tajnur:

    Salam buat tajnur :)

    "Org2 mukmin mesti sentiasa bijak dan waspada" >> thanx atas perkongsian. sama2 kita perbaiki kekurangan dan kelemahan diri, dalam usaha mempertingkat amalan menjadi insan yang lebih baik di kemudian hari, inshaAllah. semoga dua ciri orang mu'min ini (bijak dan waspada) ada dalam diri kita.. aamiiin..

    ReplyDelete
  4. to NICK IRFAN:

    yup, baik kan johan ni. walaupun dirinya OKU, namun selagi namanya manusia, dia juga punya perasaan.. rasa sygnya pd ibunya terlalu mendalam hingga sungguh2 dia lakukan apa yg dipesan kpdnya demi menggembirakn hati ibunya.

    owh ye ke? nick ade ek kawan mcm johan? akak xde pulak. mm, tp yela, biasenye orang mcm ni memang baik je dengan sesiapa pun. cuma awas, kita kena berhati2 bila melibatkan perasaan, sbb mereka agak sensitif :)

    p/s: hehe nick, tq ye sbb rajin ziarah n drop komen. so far, nick still maintain sbg top commentor kt blog akak (^_~)

    ReplyDelete
  5. Salam hani...

    Slalu citer sedih jer...hehe...sedih plak ttg bhgian johan bt baek stiap ari utk pstikan ibunya ketawa setiap hari wlaupun ibunya dah tiada...ibunya jg pst sorg yg solehah...jg anak die pn soleh wlaupn krg smpurna...

    Nak kawan ngn Johan...=)

    ReplyDelete
  6. to HaDi:

    salam hadi...

    erk, ha'ah ek, cam berderet2 lak letak cite cedih kat sini (ade jugak yg perasan, sy sndiri leh x perasan pn) hehe. xpela.. moga cite2 cedih yg dikongsikan kat sini semuanya dpt bg manfaat, wat kita beringat dan insaf..

    ha'ah, part tu mmg agak cedih.. yela, ketidaksempurnaan johan tu kan dekat bahagian otak die, tp as a human being, die tetap punye perasaan. perasaan die x cacat. jd die masih tau menyayangi n menghargai ibu die. sbb syg kat ibu die sgt2, die sentiasa nk bahagiakan ibu die.. yup, mgkn sbb didikan yg btol dr si ibu yg solehah juga, maka si anak tu pn dgn mudahnya mengikut kata2 si ibu, menjadi anak yg soleh dan taat..

    erk.. nk kwn ngan johan ek... mm, tp camne ye.. sy sendiri x kenal sape johan ni.. jd xdptla nk tlg kenalkan hadi ngan die =D

    p/s:
    -lepas dh berderet2 letak cite/artikel cedih, berikutnye sy letak pasal friendship plak. rasenye xde part yg menyedihkan kot. harapnye gitulah.. kalau x, cian gak hadi asek duk kena layan mud cedih je bile jenguk bace kt blog sy ni.. hehe.
    -thanx sbb rajin ziarah, bace, n drop komen. komen kt atas tu br je kate nick irfan still maintain jd top commentor, tp ni skrg tgk2 hadi dh berjaya merampas takhta, mendahului yg lain2, berada di puncak teratas. tahniah! (tp sori xde hadiah) hehe.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails