Thursday, February 18, 2010

KENAPA KAMU TAK BERITAHU PADA CIKGU?



Pengalaman seorang guru…

Saya merupakan seorang guru yang ditugaskan mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang.

Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya pula selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya, dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya, saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata apa-apa kecuali menganggukkan kepalanya yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua, saya memberi amaran, dia masih juga menganggukkan kepala, tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga, saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau dia masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. Airmata sahaja yang jatuh tanpa sepatah kata pun keluar dari mulutnya.

Keesokan harinya, dia masih juga lambat, dan seperti yang telah dijanjikan, saya memukulnya lagi. Namun anak murid saya ini masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat seperti hari-hari sebelumnya juga.

Saya semakin tidak faham dan tertanya-tanya. Namun tiap kali ditanya, anak murid saya ini akan diam tanpa berkata-kata. Suatu hari, saya bercadang untuk ke rumahnya untuk mengintipnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya.

Saya berjaya menjejaki rumahnya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak anak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya turut kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30pm, seorang anak lelaki kelihatan sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari, dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah, baju dan kasutnya diserahkan pula kepada anak murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, anak murid saya itu sudah segera berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula bergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"

Dia kelihatan agak terkejut dan wajahnya tiba-tiba berubah.

"Itu abang saya. Kami berkongsi baju dan kasut sebab tak ada baju dan kasut yang lain. Itu sajalah baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawab anak murid saya dengan penuh jujur.

"Kenapa kamu tak beritahu pada cikgu? …Dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

"Mak saya pesan, jangan meminta-minta pada orang, dan jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul, serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran, saya memeluk erat anak itu.

"Maafkan cikgu..."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Sejak itu saya cuba membantunya setakat yang mampu…



Notakaki: Janganlah kita terlalu cepat menjatuhkan hukuman kepada seseorang, tambah-tambah lagi kepada seorang yang masih kecil, andai kita tidak mengetahui hal sebenar kenapa dia melakukan hal tersebut. Siasatlah dan kajilah sebab-musabab di sebaliknya agar kita tidak menyesal melakukan kesilapan menghukum seseorang yang tidak sepatutnya dikenakan hukuman.

11 comments:

  1. salam hani..

    big hugs for u! hee..

    emm, sblm ni dh pnah bace kisah ni..first time bace tu mmg sedih la..xtau nk ckp mcmane..

    bila bace balik kisah ni..pon same gak..sedehh..

    teringin nk jumpa budak tu,kak nk belikan baju skolah... :(

    ReplyDelete
  2. sALAM!
    Dewasa ini mmg sukar nak cari keadaan mcm ini, krn hampir setiap sekolah sudah ada unit HEM yg memantau keadaan setiap pelajar. Kalau ada, mmg sekolah tidak memainkan peranan atau diluar pengetahuan mrk. Sekolah mmg bukan tmpt kebajikan tetapi sbg saluran mendapatkan bantuan. Sumber bantuan mmg byk cuma kita perlu kerjasama dan kejujuran dari keluarga itu sendiri. Dari segi perspektif umum, kita sudah hilang sifat ,`masyarakat penyayang` dan bantuan fizikal dan kaunseling. Jadi tidak hairanlah apabila turunnya Surah AlMaaun yg mencela masyarakat yg tidak mahu ambiltahu hal2 kemasyarakatan dan digelarsebagai pendusta agama! Wallahualam

    ReplyDelete
  3. salam kak hanie...sorry da lame tak singgah sini...da lama tak online...huhu


    betul, kita tak bley hukum seseorang tanpa usul perikse jer...
    cikgu2 kat sekolah kne maen peranan yg betul...
    kaji selidik dulu pelajar2 niey.... :)

    ReplyDelete
  4. salam hani...

    artikel ni mmg sdih...sdih...sdih....
    x sama dgn bdk2 skrg,,bajut kedut skit je xnk pkai,,trus xnk g skolah...
    sy pn nk blikn dia pkaian jgk...(T_T)

    ReplyDelete
  5. to deena farhana:

    salam kak intan..

    big hugs for u too! ^_^

    samela kak, biarpun ni bukan kali pertama bace kisah ni, tp rase sedih tu tetap ada tiap kali baca (T_T)

    tula kan kak.. kalaula saya pun leh jumpa budak tu, mmg de gak niat nak belikan baju sekolah lengkap ngan kasut sekali untuk dia.. tp apekan daya.. saya x dpt jejak budak tu :(

    ReplyDelete
  6. to tajnur:

    salam :)

    yup, ade betulnya ape yg saudara/i katakan tu.. mmg zmn skrg ni hmpr setiap sek ada HEM, tp sejauh mana mereka mainkan peranan memantau keadaan setiap pelajar, itu tak dpt sy nk komen pape. mgkn ni kisah lame, sy pun x dpt nk pastikan...aasif..

    apepun, sgt2 hargai perkongsian ilmu dan pendapat saudara/i di sini.. shukran =)

    ReplyDelete
  7. to Iznie:

    salam iznie ^_^ ha tula, rindu jugak dh lame x nampak komen dr iznie.. tp xpe, akak sndiri pn kblkgn ni jarang2 de mase utk blogging..ni pn curi2 mase je. hehe

    mm, tula.. mmgla btol budak tu dtg lmbt, dah tu plak dgn baju n kasut yg kotor.. tp napela cikgu tu tak siasat btol2 dulu.. cian budak tu kena pukul.. bile dh tau, br cam nyesal.. sbb tu patutnya awal2 lg kenala periksa n kaji selidik dulu sebelum kenakan hukuman.. spy xla menyesal di kemudian hari :)

    ReplyDelete
  8. to HaDi:

    salam hadi...

    yup, cedih kan bace kisah ni (T_T)
    ha, btol kate hadi tu.. budak2 skrg ni de je yg gitu..senang2 je jadikan alasan untuk nk ponteng sekolah...
    sdgkan budak dlm cite kat atas ni, biarpun terpakse berkongsi, n dah pn kotor, tetap gak pakai n pi sekolah..
    betapa berbezanya dua keadaaan ni kan.. :(

    tula.. saya pn rase nak belikan gak.. tp masalahnya x kenal n x dpt jejak budak ni.. kalau x, lehla ramai2 kita belikan dia pakaian baru kan.. :/

    ReplyDelete
  9. salam hani...

    org yg susah, tak ada pakaian, nak beli buku tak cukup duit, bersusah payah nk belajar tapi ada org yg berkemampuan letih ibupaba suruh ke sekolah, ada yg cikgu datang ke rumah tapi tetap tak mahu ke sekolah...

    ReplyDelete
  10. to cun09:

    salam kak liza..

    ha, btol2.. sokong kata2 akak.. mmg ade je yang gitu... tula kan, masing2 punya kesedaran akan kepentingan ilmu.. mereka yg susah biasanya akan menjadi semangat utk blaja sbb mereka sdr dgn ilmulah mereka bisa berusaha mengubah nasib mereka di masa akn dtg.. sdgkan yg berada lg berkemampuan, mereka dh biasa hidup senang n dpt ape yg mereka mahukan dgn mudah, mgkn sbb tula mereka 'kurang menghargai' kepentingan ilmu di alam persekolahan..

    ReplyDelete
  11. hmm ! Class room seen and teacher teach the manner to his student..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails