Tuesday, February 16, 2010

PELIKNYA UMAT INI…



Peliknya umat ini...
Bola punya hal, pukul 3 pagi pun boleh bersengkang mata.
Bola punya hal, ringan aje tubuh untuk bangun
di waktu ayam pun tak bangun lagi.

Tapi, pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat untuk bangun
jika disuruh tahajjud 2 rakaat,
dan di waktu hendak bangun sahur
juga cukup menyeksakan baginya.


Peliknya umat ini...
Menangis teresak-esak sebab penyanyi pujaan
terkeluar dari Akademi Fantasia.
Air mata sungguh murah melimpah
apabila artis pujaan turut menangis.

Namun, berapa sangatlah umat ini yang sudi
melinangkan air matanya sebagai taubat kepada yang Esa?
Berapa sangatlah umat ini yang menangisi
kerana kematian seseorang ulama dan solehin?


Peliknya umat ini...
SMS berpuluh ringgit dengan senang hati dihantar,
janji penyanyi pujaan terpilih.
Jari-jemari begitu ringan menaip
nama penyanyi pilihan dan nombor undian.

Tapi, jari-jemari begitu berat untuk mengambil RM1
untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid.
Tangan begitu kaku untuk
menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.


Peliknya umat ini...
Gembira ibubapa sebab anak mereka
pandai menyanyi dan pandai main piano.
Sedih sekali ibubapa apabila anak mereka
tidak dapat masuk Akademi Fantasia.

Namun, tidak ramai umat ini yang sedih
jika zuriat mereka buta al-Qur’an.
Tidak ramai umat ini yang resah
jika anaknya tidak tahu sujud kepada yang Esa.


Peliknya umat ini...
Sanggup bersesak-sesak dan berhimpit-himpit
di padang konsert hiburan.
Sanggup memberi komitmen
memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan.

Namun sedihnya, 'program' Allah 5 kali sehari di Masjid
tidak pula mendapat sambutan meriah dari umat ini.
Mereka tidak sanggup untuk berdiri dalam saf
walaupun sekadar untuk 5 minit cuma.


Peliknya umat ini...
Setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Qur’an
tak cukup peringkat kebangsaan,
dibuat pula peringkat antarabangsa.
Tapi, dengan al- Qur’an, masih lagi bersikap
ikut selera mana rasa elok, barulah diamalkan,
mana rasa tak elok untuk nafsu, sekadar baca sajalah.


Peliknya umat ini...
Setiap tahun mereka sanggup
menjadi penunggu setia kepada jam 12 malam
pada hari merdeka dan tahun baru.
Detik saat jam 12, saat yang ditunggu-tunggu
tanpa berkedip mata melihat jam besar.
Tepat jam 12, mereka akan bersorak ramai-ramai
tak kira lelaki mahupun perempuan.

Namun sedihnya, tidak ramai yang mampu dan mahu
menunggu waktu solat lebih awal di masjid.


Peliknya umat ini...
Setiap kali baca fakta dan kenyataan yang benar
tentang bangsa dan saudara seIslam,
pasti ada suara-suara sumbang dan lantang
yang cuba mempertikaikannya
umpama menegakkan benang yang basah.

Namun tidak ramai pula umat ini
yang mahu memikirkan kebenarannya
serta berazam mengubah sikap diri dan bangsa
sekaligus mempertahankan agama.




Sama-samalah kita renungkannya… Apakah kita juga termasuk dalam golongan 'umat ini' yang begitu pelik sikap dan tindakannya?? Bermuhasabahlah, dan berazamlahlah dengan bersungguh-sungguh untuk berubah ke arah kehidupan yang lebih baik dan diredhai-Nya… (peringatan buat diri sendiri terutamanya)

6 comments:

  1. Salam!
    Setelah runtuhnya Daulah Uthmaniah di Turki pada thn 1925, ijmak ulamak bersepakat dlm tempoh 3 hari jika tidak terlantiknya khalifah, maka semua org tertanggung dosa dan boleh jadi murtad. Ini berdsrkan Surah AlMaaidah:54 krn hukum Islam tak berjln. Setelah jatuh tugas semua org Islam berusaha merebut kembali dgn kekuatan mempelajari AlQuraan terlebih dahulu spt yg dilakukan oleh Rasulullah saw dizmn Mekah (Surah AlQasas:85). Rasulullah berusaha bersungguh2 dgn kekuatan diri, harta (w/pun sedikit) dan keluarga mempelajari AlQuraan (Surah AlFurqaan:52)sehingga suatu ketika pernah Allah menegur Rasulullah agak jgn terlalu cepat spt ternyata dlm Surah AlQiaamah:16 kerana Allahlah yg menghimpunkan dan pebacaannya. Dari situlah terbina kekuatan seperti bijibenih yg subur ( Surah AlFath:29) dan boleh dipindah2 mcm `tissue culture` sehingga mampu melahirkan sahabat2 sanggup melebarkan membuka sempadan negeri keantarabangsa. Wallahualam

    ReplyDelete
  2. Salam hani...

    Artikel ni mmg banyak kebenaran...bukan byk,,ttp semua btul...sedih....
    Itulah realitinya umat Islam,,dan umat Islam di Malaysia khususnya,,,tgk bola jam 3pg sggup bgn,,klo bgn buat tahajud 2 rakaat pas2 tgk bola blh la tahan jgk...Begitu juga rancangan TV yang menjahanamkan remaja Islam malah retua Islam juga...Bile remaja dan org tua dah rosak dgn hiburan yg lalai ni..sape lg yg tggal...

    Semoga kita terus memberikan kesedaran kpd sape yg disekeliling,,,moga kita trmasuk dlm golongn 'khairul ummah'...Ameennn...

    ReplyDelete
  3. to tajnur:

    salam.. yup, paling penting, kena pastikan hukum Islam berjalan dan diamalkan. as a muslim, kena pastikan hidup kita mengikut garis panduan sptmana yg Islam ajarkan.. inshaAllah selamat dunia akhirat :)

    terima kasih atas perkongsian ilmu =)

    ReplyDelete
  4. to HaDi:

    Salam hadi...

    Mm, yup.. mmg betul kan ape yg digambarkan tu?? Samela, sedih jugak rasenye bile fikirkan betapa umat Islam akhir zaman ni ramai dh macam tersasar sket plak dari jalan lurus yang spttnya kita lalui (T_T)

    Ha'ah, btol tu.. nak tgk bola jam 3pg, tgk jela, xde sape pn nak halang, tp lg bgs kalau sebelum tu wat tahajjud dulu.. ni tak, bola sanggup je bgn n ngadap selama hampir 2 jam tu ha, tp untuk bangun solat 2 rakaat, alahai kemainla liat n duk bg alasan.. ntahla..

    yup, rancangan2 TV pn dah makin banyak yg melalaikan n macam merosakkan masa depan je.. program realiti semakin mendapat sambutan..bkn je dr glgn remaja sendiri, tp ibu2 yg merupakan surirumah pn ade je yg duk melayan same gak. pikir nk kan dunia glamour dgn cepat, plus jd kaya cepat, lagi2la ilmu dah x jadi keutamaan.. hmm.. xtaula ape nk jadi..semakin rosakla jadinya...

    ntahla hadi.. ntah siapa jela kan yang akan tinggal mempertahankan gaya hidup yang sepatutnya.. dunia akhir zaman ni, sket sgt org yg masih tau beringat.. moga2 kita juga termasuk dalam golongan yg sedikit ni.. aamiiin..

    ReplyDelete
  5. salam hani...

    diakhir zaman ini mereka rasakan tidak pelik lagi perbuatan ini...dan ada ketikanya bila kita tidak seperti mereka, mereka akan kata kita ketinggalan zaman...

    moga dijauhkan dari perkara pelik ini...

    ReplyDelete
  6. to cun09:

    salam kak liza..

    ha'ah, btol kate akak.. mungkin sebab mereka rasakan perbuatan2 tu x pelik, sbb tula mereka bersikap demikian..

    ketinggalan zaman? hehe kak.. saya pernah je dikatakan gitu, baik scr sindiran mahupun terang2an..

    xpela.. biarlah dikatakan ketinggalan zaman pn, asalkan kita tau kita buat bende yg btol n masih mengikut garis panduan hidup seorang muslim.. lbh baik jd ketinggalan zaman tp di pihak benar drpd advance n moden tp 'pelik'.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails