Monday, February 15, 2010

10 NASIHAT UNTUK ORANG BERCINTA


Berikut adalah nasihat2 berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1) Janganlah kamu membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum kamu berkahwin dengan 'si dia'.

2) Bercintalah kamu dengannya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' bukan jodoh untukmu.

3) Jika kamu ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kamu berhak menjadi milik 'si dia'.

4) Jika kamu menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariat-Nya.

5) Kebahagiaan yang kamu lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kamu diijabqabulkan.

6) Jikalau kamu inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka kamulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7) Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar kamu tahu apa yang perlu kamu tahu.

8) Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9) Jika kamu masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10) Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagian darimu.

p/s: Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang, namun ada kemungkinannya ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

Sumber: iluvislam.com

***************************************


Sahabat-sahabat sekalian, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri… tanyalah diri masing-masing… Cintakah kita kepada si dia? Apakah kita sudah layak dianggap sudah mencintai-Nya dan Rasul-Nya? Sebesar manakah cinta kita kepada Dia dan Rasul-Nya? Adakah kita sudah layak mengakui bahawa kita amat cintakn Dia dan Rasul-Nya? Kalau kita masih belum layak, maka sedarilah hakikat bahawa kita juga masih belum boleh mengakui cinta kita kepada si dia…

Tidak dinafikan, soal perasaan memang agak sukar nak ditahan. Semakin kuat kita menahannya, semakin banyak dugaan yang datang. Sentiasalah ingatkan diri, mana mungkin mencintai orang lain sebelum mencintai diri sendiri, dan mana mungkin mencintai diri sendiri andai belum mendapat cinta Ilahi… Semoga kita semua dijauhkan daripada cinta yang palsu… Carilah cinta Allah, kerana dengan mencintai Allah, kita akan dapat mencintai makhluq-Nya juga. InshaAllah…

Sahabatku… ALLAH memujukmu, at-toyyibaat littoyibiin (an-Nuur:26)... Wanita yang baik dijanjikan untuk lelaki yang baik, dan begitulah sebaliknya… Telah tercatat seungkap nama lelaki/ perempuan di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan sejauh mana ketinggian peribadimu. Oleh itu jika kamu thabat di atas jalan ALLAH, inshaALLAH, si dia turut di jalan yang sama.. Lupakanlah segala kegundahan, teguhkanlah diri kepada cinta hakiki, nescaya cinta lelaki/perempuan soleh/solehah akan turut kamu miliki... Ingatlah.. ALLAH menyayangimu… senyum dan bersabarlah kamu pada sinar yang menantimu di masa hadapan...

Oleh itu sahabat-sahabat sekalian, janganlah sibukkan diri kita dengan hal-hal yang sudah pasti (jodoh pertemuan ajal maut)… tetapi sebaliknya sibukkanlah diri kita dengan hal yang masih belum pasti (akhirat)… Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan-Nya… aamiiiin…

14 comments:

  1. Salam!
    Yalah kalau orang dah bercinta, nak buat macamana. Kata Rasulullah saw,`Cinta sesuatu membutalan pandangan`. Buka sekadar pada kekasihnya malah kepada kerjaya, pemimpin, idola artis, penghidupan yang sedia ada dsb. Apa jua sekalipun, yg penting kesemuanya boleh menjaga batas2 dan menegakkan hukum Allah! Wallahualam

    ReplyDelete
  2. salam hani,

    trm ksh ats pkongsian ni.kak bangga hani masih blh menulis sesuatu yg bererti di blog hani.

    teruskan..kak akan selalu menyokong tulisan2 ilmiah dr sesiapa shj.

    moga semua dpt iktibar dan bolh memikirkn sesuatu dr entri ini.

    nice,keep it up..

    ReplyDelete
  3. Subhanallah..

    Terima kasih atas posting ni...

    *menyedarkan....

    ReplyDelete
  4. salam hani....

    emm,,artikel yg bermanfaat...=)
    bt peringatan diri nie....
    selamat berholiday..=D

    ReplyDelete
  5. to tajnur:

    Salam :) btol gak tu.. bercinta x semestinya kepada kekasih, tp ade org yg "cinta"nya kepada yang lain spt yg saudara/i sebutkan tp. tp dalam konteks yg disebutkan dlm n3 ni, fokusnya mmg kepada pasangan kekasih yg bercinta, sbb ade disebutkan tentang perlunya perancangan perkahwinan.

    "Apa jua sekalipun, yg penting kesemuanya boleh menjaga batas2 dan menegakkan hukum Allah!" >> ha'ah, btol3x.. sokong ape yg saudara/i katakan ni ^_^

    terima kasih rajin ziarah n drop komen =)

    ReplyDelete
  6. to deena farhana:

    salam kak intan ^_^

    tiada apa yg perlu dibanggakan. sy skdr berkongsi segala yg saya rasakan inshaAllah dpt dimanfaatkan bersama, khususnya sbg peringatan buat diri saya sendiri :)

    thanx for ur support, sis ^_^ yup, harapnya begitulah.. itulah juga tujuan sy kongsikannya di sini, moga sama2 kita manfaatkannya dengan mengambil iktibar dan memikirkan sesuatu di sebalik apa yg disampaikan di sini, inshaAllah.

    p/s: saat akak drop komen ni kt blog saye, saye plak tgh duk drop komen kat n3 kat blog akak =D

    ReplyDelete
  7. to Apih:

    la shukran ala wajib yaa akhi :)
    sama2 kita beringat..

    ReplyDelete
  8. to HaDi:

    salam hadi..

    harapnya begitulah.. moga perkongsiannya di sini dapat dimanfaatkan bersama, supaya sama2 kita beringat dan berhati2 dalam setiap apa yang kita lakukan =)

    p/s: holiday yg setakat 5 hr ni dh berakhir.. hehe. jam 8 pg nanti inshaAllah balik uia semula. org kat sane tu besh la ek masih lagi cuti. hehe. selamat berholiday wat hadi =D

    ReplyDelete
  9. emm,,sy pn nk blik utm smula dah...
    risau duk umah keje x jln lgsg...hehe
    abes la,,igt blik ni nk wt final year projek,xsentuh pape lg...risau btul...
    rsau tp tgn x grak2 jgk...hehe..truk btul..

    dah blik,,,skrg nie mst dlm perjalanan k uia,skrg 9 lbih,,jd mst nk smpai uia dah kn?hehe
    wish u happy studying back...=D

    ReplyDelete
  10. to HaDi:

    biasela tu.. blk umah mmg susah sketla nk fokus pd keje (ckp dr pengalaman sndiri gak ni.hehe).. cm sy ni dahla tiap2 hjg minggu blk umah, lg2 la kena pandai2 beringat. kalau tak, mmg x jalan la semua keje saya. hehe.

    sy gerak dari umah biasenye jam 8 lbh.. kul 9 tu dalam perjalanan lg la. bkn drive pn ke uia, naik public transports (komuter, LRT Putra, bus rapid), tu yg makan mase nk sampai ke uia. kelas jam 11.30am.. tu yg leh je balik awal pg tu.. as late as possible (ish3).. hehe

    thanx.. selamat kembali wat hadi juga.. blaja rajin2, jangan nakal2, k! =D

    ReplyDelete
  11. salam hani

    tq kongsi nasihat niiii...

    ** suka baca buku - Pemilik Cintaku Setelah ALLAH dan Rasul- Fatimah Syarha**

    ReplyDelete
  12. this song relate about loving someone who is already in love with someone else. even though she love him , she had enough....

    ReplyDelete
  13. but later he appear broken hearted but its wrong timing to love her coz she dont want to love ever again coz she had enough ....

    ReplyDelete
  14. to cun09:

    salam kak liza.. la shukran ala wajib ;)

    Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul? mm, ramai juga kata menarik lagi bermanfaat. tgk tajuknye pn boleh agak,kan? saya nk juga baca, tp belum berkesempatan lg. adik tgh bace skrg ni.. =D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails