Friday, October 30, 2009

PERJUANGAN DI MEDAN PEPERIKSAAN


Assalamualaikum buat Muslimin dan Muslimat semua…


Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini. Tetapi maaf kerana saya sudah lama tidak update blog ni (lama ke? Lama la jugak berbanding dulunya yang kerap update). Kalau tengok pada arkib blog ni pun.. semakin lama, semakin berkurangan perkongsian saya di sini…


Namun apalah daya saya… Harus saya akui keterbasan waktu saya kebelakangan ni, ditambah pula dengan kesukaran untuk wireless, begitu menyukarkan saya untuk meletakkan entri2 yang baru dengan kadar segera. Assignment yang bertimbun yang harus disiapkan dalam masa yang singkat, juga presentation yang secara tiba-tiba sahaja diadakan oleh lecturer pada saat-saat akhir, benar2 membuatkan saya tidak punya waktu untuk update blog ni.


Baru sahaja selesai assignment dan presentation, tidak sempat untuk berehat lama, ahad ni bermulalah final exam buat saya. Jadi di sini saya minta maaf kepada mereka yang rajin berkunjung ke sini dan sering nantikan n3 terbaru saya.. Hakikatnya, saya harus mendiamkan diri buat seketika daripada dunia blogging, demi menumpukan perhatian kepada final exam…


Buat semua penuntut IPT yang bakal/ sedang menghadapi final exam, khususnya pelajar2 Universiti Islam Antarabangsa, di kampus Gombak mahupun Kuantan, walau apa jua kuliyyah kalian, saya ucapkan SELAMAT BERJUANG! Berjihadlah, dan berjuanglah habis-habisan di medan peperiksaan yang ditempuhi , selagi masih diberi kekuatan fizikal dan mental. Kita masih belum terlambat!




Sedikit perkongsian buat semua yang bakal/ sedang menempuh alam peperiksaan, ingatlah kata2 Khalifah Umar Abdul Aziz, “Pertolongan Allah kepada hamba-Nya adalah berdasarkan kadar niat hamba-Nya, maka barangsiapa yang suci niatnya, maka sempurnalah pertolongan Allah padanya”.


Oleh itu sahabat2 semua, marilah sama kita sucikan niat kita dalam menghadapi peperiksaan ini, mudah2an pertolongan Allah SWT sentiasa bersama kita. Perbetulkan niat, berusaha semaksima mungkin, banyakkan berdoa, dan akhirnya bertawakkallah kepada Allah. Yakinlah, Allah itu Maha Adil. Dia melihat kepada usaha hamba-Nya, dan Dia akan membalasnya sesuai dengan apa yang diusahakan hamba-Nya, inshaAllah.



Akhirul kalam,
SELAMAT MENEMPUH FATRAH IMTIHAAN!!


Ya Allah ya tuhan kami,
Kami memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir.

Ya Allah Ya Haq,

Jadikanlah lidah kami ini basah dengan zikir kepadaMu, hati kami dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.

Ya Allah Ya Rahim,
Sesungguhnya kami menitip apa yang kami baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepada kami ketika kami memerlukannya. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Ya Allah Ya Azim,

Lapangkanlah bagi kami dada kami. Dan mudahkanlah bagi kami tugas kami. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidah kami, supaya mereka faham perkataan2 kami.

Ya Allah Ya Sobur,

Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang Engkau jadikan kesenangan padanya. Dan Engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.

Ya Allah ya tuhan kami,

Permudahkan segala urusan kami dan jadikanlah kejayaan itu MILIK KAMI!


Aamiiin….



Notakaki: Exam berderet 1hb,3hb,4hb,5hb.. (2hb tu leh lak de kelas, siap kena present), then gap 13 hari, last paper 18hb… yang gap 13 hari tu bolehla nak update dengan n3 baru =D apapun, tolong doakan saya ye, semoga semuanya dipermudahkan... Aamiiin…


11 comments:

  1. Aslmualaikum ya sadiqaty fillah..
    Selamat menempuh ftrah imtihan ya..
    Semoga najah..ana doakan yang terbaik buat anti..

    Btw,mcm kenal la doa tu..hehehe

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam ya sadiqaty fillaah ^_^

    shukran ala ad-doa.. aamiiin..
    same2la kita berjuang di medan peperiksaan ni ek.. bittaufeeq wannajah fii imtihaan =)

    mcm kenal? bukan mmg kenal ke? hehe

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Selamat menempuh peperiksaan,
    semoga berjaya... InsyaALLAH...^_^

    ReplyDelete
  4. Salam kak liza =)

    terima kasih kak atas doanya ^_^ Aamiiin...

    ReplyDelete
  5. salam Hani :) semoga berjaya di dalam peperiksaan dengan cemerlangnya amin amin. Do ur best! jkk for sharing. masa ni ana tengah berjihad buat coursework.. it's a bit difficult than usual. Mungkin niat ana juga kot. dah lupa niat asal belajar kerana Allah dan bukannya nak pass modules. terima kasih kerana mengingatkan untuk memperbetulkan niat :)semoga sentiasa di dalam rahmat Allah jua amin.

    ReplyDelete
  6. salam my Honeyz~~

    Kefhaluki?? atamaana laki bittaufiq wannajah fil imtihan..

    ~~NuR KaSiH~~berharap sangat dapat ketemu Honeyz after exam nanti..sebab nanti nak buLi Honeyz belanje makan..yeahhh..hehee(^_^)v

    ReplyDelete
  7. salam buat semua yang memberi komen di sini..
    ni skrg baru de kesempatan nk balas komen2 yg x sempat nk bls =D


    to Nur:

    salam Nur ^_^
    terima kasih ye atas doanya.. Aamiiin..
    alhamdulillah dah pun selesai exam berderet2 tu.. ni gap 13 hari, baru la de mase nk bls.. gap lame kemain ni risau gak nnt x pasal2 terus terlupa 1 lagi exam terkahir tu.. hehe..

    Nur final year student jugak kan? biaselah makin lama makin mencabar, makin terasa susah.
    tula, kdg2 niat pun cam lari tersasar kan..
    pesanan utk perbetolkan niat tu lebih pd mengingatkan diri sendiri yg seringkali leka dan alpa..alhamdulillah kalau dpt dimanfaatkan jugak oleh oranglain =)

    akhirul kalam.. selamat berjihad ye utk buat coursework tu.. smoga dipermudahkan-Nya.. Aamiiin..


    to arnamee:

    salam Anem.. terima kasih sudi singgah beri komen di sini, n thanx jugak atas salam perjuangan yang diucapkan =)

    ReplyDelete
  8. to ~~NuR KaSiH~~

    salam to u too ^_^
    ni awatla duk panggil Honeyz lak ni.. siap "my" Honeyz lak tu.. hehe..
    ha,kite tau.. ni mesti nk kite panggil gune name pena ~~NuR KaSiH~~ la tu kan =D
    xmau.. nk panggil name sbnr..hehe~

    alhamdulillah ana bikhoir.. wa ant ya sodiqaty, keif hal?
    aamiiin.. shukran ala ad-doa.. atamanna laki bittaufeeq wannajah fil imtihaan aidhon =)
    kite tgh gap 13 hari ni... jgn jeles ek.. hehe

    la..np x ckp awal2? kite dh kat umah dh pn ni.. nnt kite xm 18hb tu pn, awak dh xde xm dah pn kan mase tu? alahai.. bilela leh jumpe lagi.. hr tu pn jumpe jap je kt luar hall sblm exam LOP tu.. x dan nk sembang lame2..

    aik..sejak bile lak duk reti nk buli kite? hehe.. ala, stkt blanje makan, xde masalah.. tp tula, nak jumpe nye pn ntahkan bile.. sem depan la jwbnye =(

    p/s: thanx ye sebab jd sahabat setia yang sentiasa ada di saat kite perlukan teman.. suka duka kite, awak selalu ade dgn kite..
    baarakallahu fiik ya ukhty =)

    ReplyDelete
  9. salam...
    semoga berjaya ya ukhti... =)

    ReplyDelete
  10. to Fakhrul Islami:

    salam 3alaik..
    aamiiin... shukran ala ad-doa ya akhi =)
    semoga Fakhrul juga beroleh kejayaan hidup dunia dan akhirat ^_^

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails