# Pandangan Islam terhadap Cinta
Cinta, menurut pandangan Islam, merupakan satu perasaan yang suci. Islam adalah agama fitrah, sedang cinta itu sendiri pula adalah fitrah manusiawi. Allah SWT yang menciptakan manusia, maka Dia jugalah yang mewujudkan perasaan cinta di hati manusia. Islam tidak pula melarang seseorang untuk dicintai dan mencintai, bahkan Rasulullah SAW menganjurkan agar cinta tersebut diutarakan.
"Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu bahawa dia mencintainya."
(HR Abu Daud dan At-Tirmidzi)
Pandangan yang mengatakan bercinta ditegah sama sekali dalam Islam adalah tidak tepat. Hakikatnya, muslim dan muslimah tidak dilarang untuk saling mencintai, bahkan dianjurkan agar mendapat keutamaan-keutamaannya. Islam sama sekali tidak membelenggu cinta, kerana itu Islam menyediakan saluran terbaik untuk itu, tidak lain tidak bukan, melalui ikatan pernikahan, yang mana sepasang manusia lelaki dan perempuan diberikan kebebasan untuk bercinta.
Ayat di atas merupakan jaminan bahawa cinta dan kasih sayang akan Allah tumbuhkan dalam hati pasangan yang bersatu kerana Allah (setelah menikah). Janji Allah adalah jelas dan pasti, jadi tidak perlulah diberikan alasan untuk jatuh cinta dahulu barulah berani menikah, atau bercouple dahulu baru menikah, sehingga yang menyatukan pasangan ini adalah si syaitan durjana (na3udzubillaahi min dzaalik). Di sini jelas bahawa Islam membenarkan cinta, tetapi haruslah mengikut batasan yang ditetapkan, supaya nanti tidak timbul fenomena kerosakan pergaulan dalam masyarakat.
# Enam Peringkat Cinta
Cinta itu amatlah luas. Satu perasaan yang boleh diberikan kepada sesiapa/ apa-apa sahaja. Justeru itu, Islam memberikan garis panduan mengenai peringkat-peringkat cinta, kepada siapa/ apa cinta harus didahulukan dan diutamakan, dan kepada siapa/ apa pula cinta itu harus diakhirkan. Tidak wajarlah bagi kita untuk menyetarakan kesemuanya.
"(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)." (Al-Baqarah: 165)
Menurut Syaikh Ibn Al-Qayyim, seorang ulama di abad ke-7, ada enam peringkat cinta (maratibul-mahabah), iaitu:
1) Peringkat 1 (paling tinggi/ agung): tatayyum, yang merupakan hak Allah semata-mata.
"Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam." (Al-An'am: 162)
"…Sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah…" (Al-Baqarah: 165)
Jadi, ungkapan-ungkapan seperti "Dikaulah yang sentiasa bertakhta di hatiku, bersemi di dalam qalbuku", "Ku sebut namamu di setiap degup jantungku", "Cintaku hanya untukmu," dan sebagainya seharusnya ditujukan kepada Allah SWT semata-mata. Ini adalah kerana Dia lah yang memberikan kita segala nikmat serta kebaikan sejak kita dilahirkan, bahkan sejak dari dalam rahim ibu lagi.
Jangan pula dilakukan sesama manusia! Baru sahaja diberi sekelumit cinta dan kenikmatan dari buah hati, terus hanyut lalu membuat keputusan menyerahkan jiwa raga kepadanya, sedangkan itu merupakan hak Allah! Lupa kepada Pemberi Nikmat…
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir."
(Al-Baqarah: 164)
2) Peringkat ke-2: 'isyk, yang hanya merupakan hak Rasulullah SAW. Cinta terhadap Rasulullah SAW bermaksud cinta yang melahirkan rasa hormat, patuh, ingin selalu membelanya, ingin mengikutinya, mencontohinya, dan sebagainya, namun bukanlah untuk menghambakan diri kepadanya.
"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihimu serta mengampunkan dosamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Aali Imran: 31)
3) Peringkat ke-3: syauq, iaitu cinta antara mukmin dengan mukmin yang lainnya. Ini termasuklah cinta yang wujud antara hubungan suami isteri dan juga hubungan ibubapa dan anak, yang mana ianya akan membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.
4) Peringkat ke-4: shababah, iaitu cinta sesama muslim yang melahirkan ukhuwah Islamiah. Cinta yang membuatkan kita ingin selalu mendampingi sahabat seagama kita demi memartabatkan lagi agama Islam melalui perkongsian ilmu serta dakwah.
5) Peringkat ke-5: 'ithf (simpati), yang ditujukan kepada sesama manusia secara keseluruhannya, baik sesama Muslim mahupun dengan yang bukan Muslim. Rasa simpati ini melahirkan kecenderungan untuk menyelamatkan manusia, berdakwah, dan sebagainya.
6) Peringkat ke-6 adalah cinta yang paling rendah dan sederhana, iaitu cinta/ keinginan kepada selain dari manusia (cinta kepada harta benda umpamanya). Namun demikian, keinginan ini sebatas intifa' (pendayagunaan/pemanfaatan).
# Hubungan Cinta dan Keimanan
Dalam Islam, cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan iman akan membawa seseorang itu kepada kemuliaan; sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan iman akan menjatuhkan seseorang itu ke jurang kehinaan.
Cinta dan keimanan laksana sepasang sayap burung. Imam Hasan Al-Banna mengatakan bahawa "dengan dua sayap inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan." Bagaimana tidak, jikalau iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan begitulah juga sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa iman.
"Barangsiapa ingin memperoleh kelazatan iman, hendaklah dia mencintai seseorang hanya kerana Allah SWT." (HR Imam Ahmad, dari Abu Hurairah)
Menyingkap kembali kisah para sahabat, tidak hairanlah apabila kita mengetahui 'Uqbah bin Al Harits telah bercerai dengan isteri yang sangat dicintainya Ummu Yahya, atas persetujuan Rasulullah SAW hanya kerana pengakuan seorang wanita tua bahawa dia telah menyusukan pasangan suami isteri itu di saat mereka masih bayi (Allah mengharamkan pernikahan saudara sesusuan).
Demikian pula kecintaan Abdullah bin Abu Bakar kepada isterinya, yang terkenal kecantikannya, keluhuran budinya dan keagungan akhlaknya. Ketika mengamati bahawa kecintaannya anaknya itu telah melalaikan Abdullah dalam berjihad di jalan Allah, Abu Bakar memerintahkannya untuk menceraikan isterinya, lalu Abdullah memandang perintah tersebut dengan kacamata iman, sehingga dia rela menceraikan belahan jiwanya itu demi mempererat kembali cintanya kepada Allah SWT.
Subhanallah, pasangan-pasangan tersebut telah bersatu kerana Allah, saling mencintai kerana Allah, bahkan telah bercinta kerana Allah, namun mereka juga rela berpisah kerana Allah! Bagi mereka, cinta kepada Allah adalah segala-galanya dan harus diutamakan.
Lalu bagaimana pula halnya dengan pasangan yang terlanjur jatuh cinta dan bercouple sedangkan mereka ini belum bernikah? Bagi mereka ini, hanya ada dua jalan penyelesaian: (i) bersegeralah bernikah, ataupun (ii) berpisah kerana Allah, nescaya akan terasa lazat dan manisnya iman. Dan janganlah mencintai 'si dia' lebih daripada cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.
Demikian pula kecintaan Abdullah bin Abu Bakar kepada isterinya, yang terkenal kecantikannya, keluhuran budinya dan keagungan akhlaknya. Ketika mengamati bahawa kecintaannya anaknya itu telah melalaikan Abdullah dalam berjihad di jalan Allah, Abu Bakar memerintahkannya untuk menceraikan isterinya, lalu Abdullah memandang perintah tersebut dengan kacamata iman, sehingga dia rela menceraikan belahan jiwanya itu demi mempererat kembali cintanya kepada Allah SWT.
Subhanallah, pasangan-pasangan tersebut telah bersatu kerana Allah, saling mencintai kerana Allah, bahkan telah bercinta kerana Allah, namun mereka juga rela berpisah kerana Allah! Bagi mereka, cinta kepada Allah adalah segala-galanya dan harus diutamakan.
Lalu bagaimana pula halnya dengan pasangan yang terlanjur jatuh cinta dan bercouple sedangkan mereka ini belum bernikah? Bagi mereka ini, hanya ada dua jalan penyelesaian: (i) bersegeralah bernikah, ataupun (ii) berpisah kerana Allah, nescaya akan terasa lazat dan manisnya iman. Dan janganlah mencintai 'si dia' lebih daripada cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.
Dari Anas RA, Nabi SAW bersabda (maksudnya): "Ada tiga perkara dimana orang yang memilikinya akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan rasul-Nya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya kalau dilempar ke dalam api." (HR Bukhari dan Muslim)
Kesimpulannya di sini, Islam tidak melarang umatnya untuk saling mencintai serta berkasih sayang sesama manusia, namun ianya haruslah berpandukan Shariah dengan mematuhi batasan serta mengikut saluran yang betul. Dan untuk bercinta, Islam mengajar kita supaya melalui peringkat cinta yang sebenarnya dengan sentiasa mengutamakan cinta kepada Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua beroleh nikmat cinta yang sebenar dari-Nya... Aamiiin..
aih, bila da bercouple ni. amat susah ntuk berpisah. klu bercouple n xda wat pa2 yg ble cnderung kpd zina, dan sama2 saling berjanji ntuk stia slamanya? ble x?
ReplyDelete"klu bercouple n xda wat pa2 yg ble cnderung kpd zina" - ketahuilah bhwa setiap anggota tubuh bdn kita boleh membawa kpd zina..
ReplyDeletemgkn dlm bercouple tu,psgn x wat zina melalui tgn (x bersentuh kulit dgn yg bukan mahram) umpamanya, tp harus diingat, dalam hal couple ni, part yg paling susah nk jage ialah hati.. bila duk teringat n fikirkan si dia selalu, melebihi ingatan kita pd Pencipta, itu dah tersasar gak tu.. jadi sebaiknye elakkanlah diri dr hidup bercouple..
nk couple leh.. tp biar dgn pasangan yg mmg dah halal.. married couple.. bercinta n bercouple dgn yg halal ni inshaAllah akan lebih diberkati.. jiwa pn tenang je.. sebab yg kita duk rindu n ingat selalu tu mmg pasangan halal wat kita (^_^)
saling berjanji utk setia selamanya? setia sbg apa? kalau setia sbg bf-gf tanpa adanya ikatan sah, rasanya x ke mana.. hati pn x tenang.. dan yg "hepi"nye pastilah yg "ke-3" (paham2 jela)sbb berjaya kawal hati n perasaan supaya hanyut dalam keseronokan yg x ke mana tu.. jd kalau boleh, adalah lebih baik andainya lafaz janji akan setia tu dibuat setelah adanya akad nikah bg pasangan tersebut =)
# tambahan..
ReplyDeletedalam n3 ni jugak, dekat2 akhir tu, ade juga saye letakkan dua cdgn jalan penyelesaian bg mereka yg terlanjur jatuh cinta n bercouple sdgkan belum bernikah.. samada segera bernikah, ataupn berpisah kerana Allah..
saudara kata, bila dh bercouple, susah nk berpisah, kan? mungkin ada benarnya.. tp kuatkan semangat, n ikhlaskanlah hati.. bertemu n berpisah kerana Allah.. ada jodoh, xkan ke mana, inshaAllah tetap bersama jua kembali bila tiba saatnya nnt.
dan andai kata dia jd milik org lain, redhakanlah pemergiannya..doakanlah kebahagian dia.. yg penting ikhlaskan hati, n yakinlah akan ade jodoh yg telah Allah tetapkan buat kita yg sememangnya sesuai buat kita.. sesungguhnya Allah yg menciptakan kita, maka pastilah Dia tahu apa n siapa yg terbaik buat hamba2-Nya =)
mm.. btul jgk. klu bg honeyz cmna plak dlm bab2 percintaan ni? honeyz prefer cinta slepas kawin? juz nak tau pndngn honeyz.
ReplyDeletefirst of all, u can call me Hani, that's my real name.. cm pelik je rase dipanggil Honeyz.. ni umpama nama pena je.. sbb suka hrf z, xtau nape =D
ReplyDeletemm, nk tau pndgn saye ek? agk personal ni.. hehe.. tp xpe, saye jwb gakla kat sini..
pernah gak saya terfikir bercinta lepas kahwin.. tp yela.. manusia kan.. takut pd yg x pasti.. bukan tau pn mase depan, tp duk takut mcm2.. kononnya berisiko tinggi la bile khwn sdgkan x btol2 kenal lg psgn kita tu..
tp cepat2 saya pujuk hati, ingatkn diri ni.. jgn mudah tewas dgn bisikan2 halus camtu! itu adalah gangguan dr "makhluk" yg sentiasa cuba untuk hanyutkan manusia.. sbg Muslim/ah, kita kena yakin 100% pada Allah.. kalaupun kita xde jodoh di dunia ni, inshaAllah jodoh kita sedia menunggu di akhirat kelak.. jadinya x perlulah difikirkan sgt bab cr pasangan hidup ni..
tgk org2 tua zaman dulu2, ramai je khwn dgn pilihan parents, sdg diri masing2 x kenal pn.. tp alhamdulillah boleh je bertahan lama, bahkan sampai ke akhir hayat..
mgkn de yg kata, x praktikal dh nk kenen2 kan anak2 zaman skrg ni.. pilih sendiri jela sbb kita yg akan hidup dgn org tu nnt.. pd pndgn saya, mgkn ada benarnya.. parents saya sndiri bila sbt pasal kenen2kan ni, cm x bape kenan gak.. masing2 punye pendapat sndiri..
pd saya, cm yg saya sbtkan sblm ni,saya serahkan pd Allah sebab saya yakin, Allah yg menciptakan saya, jadi pastilah Dia tahu apa n siapa yg terbaik buat saya..
soalan saudara, adakah saya prefer cinta slepas kahwin? mm.. ape yg leh saya katakan..
iye, saya lebih senang kalau bercinta selepas kahwin.. bercinta dgn suami sndiri, psgn yg halal buat saya..tp kalau boleh biarlah kenal serba sedikit latar belakang laki tu.. xla redah je kahwin tanpa kenal bakal suami.. (x berani gak rasenye.. hehe)
sekiranya cinta itu hadir sebelum berkahwin, biarlah disegerakan bernikah.. lepas tu bercintalah puas2 dgn suami sndiri.. tapi selagi x bersedia untuk berkahwin, sebolehnya saya akan elak daripada wujudkan rasa cinta tu pada mana2 laki ajnabi..
apepun, penting juga untuk kita ingatkan diri kita selalu.. untuk dapatkan pasangan yg baik, diri sndiri terlebih dahulu pn kenalah jd insan yg baik =)
hahaha... jawapan yang sungguh panjang dan bernas. klu gni suma muslimah kta, alngkh indah nya dunia. hahaha...
ReplyDeletehani, sy da musykil lg ni. ble sy btnya lg kn? hrp hani sudi mnjwbnya. hani, sperti yang kita tau, dunia mkn menganjak ke hadapan dan peradaban semakin berubh. jd, mengenai hal tu, hani yakin hani or parent hani dapat suami yang sesuai dan tidak mengamalkan dasar hipokrasi?
maaflah, hakikatnye ni la kelemahan diri.. x reti taip pendek2.. tgk arkib blog ni pn, hmpr semua entri mesti pnjg berjela2.. hehe..
ReplyDeleteyup, x dinafikan, dunia skrg dh makin menganjak ke hadapan n peradaban semakin berubah. tapi harus diingat, sekalipn dunia semakin maju, Islam x harus dipandang mundur.. dan sekalipn peradaban semakin berubah, Islam tetaplah Islam sepertimana yg disebarkan pada zaman Rasulullah SAW dahulu..
apabila dunia semakin menganjak ke hadapan dan peradaban semakin berubah, tidak dinafikan juga sedikit sebanyak manusia sndiri turut terpengaruh dan berubah. tidak salah untuk berubah, tetapi biarlah berubah itu ke arah yg lebih baik..
soalan saudara mengenai hipokrasi, kenapa perlu hipokrit? kan lebih bagus jadi diri sndiri.. kdg2 nk hipokrit ni pn.. cm x tahan lame je.. mcm org selalu ckp, mase mula2 kenal kemainla control itu ini, jage penampilan n akhlaq sebaik mungkin.. tp lepas kahwin, hbslah terbongkar segala hakikat.. kan susah jdnye tu.. timbul masalah lak..
berkaitan dgn isu pemilihan psgn hidup, spt yg saya katakan sblm ni.. untuk dptkan psgn yg baik, kita terlebih dahulu hendaklah jd org yg baik.. pastinya kita dambakan psgn yg baik,kan? maka kita harus pastikan terlebih dahulu kita juga baik.. jd di sini inshaAllah tidak timbul isu hipokrasi..
mgkn ada yg mengatakan di zaman skrg agak sukar utk cari psgn yg benar2 memenuhi ciri2 sptmana yg digariskan dalam Islam (dan spt saudara katakan, mengamalkan dasar hipokrasi). namun demikian, sukar bukanlah bererti langsung tiada. yakinlah, pasti ada, cuma bilangannya mgkn x ramai...
Di zaman Khalifah Umar al-khatab RA, satu ketika terdapat seorang pemuda sedang duduk beribadat dekat ka’bah dengan terus menerus berdoa ”Ya Allah, jadikanlah saya masuk ke dalam golongan orang yang sedikit”. Tatkala Amirul mukminim Umar Ibnu Khatab RA mendengar permohonan ini maka beliau menyapanya ”hai pemuda, kenapa anda memohon untuk dimasukkan ke dalam golongan yang sedikit? Bukankah kesemua orang berkehendak agar masuk ke dalam golongan yang terbanyak (majoriti) sebab pada umumnya golongan yang terbanyak itu mempunyai kedudukan yang lebih bermakna”. Pemuda itu menjawab, ”Bukankah anda pernah pernah membaca di dalam Al-quran surah Saba' ayat 13 (maksudnya), ”sedikit sekali hamba-hambaku yang bersyukur”. Maka selepas itu fahamlah akan Saidina Umar maksud doa pemuda tadi.
Dalam Al-Qur'an juga banyak disebutkan tentang "golongan org yg sedikit" (boleh rujuk QS 2:83, 2:88, 2:246, 2:249, 4:46, 4:66, 4;83).
Justeru itu, berbalik kepada soalan saudara.. mengapa perlu jadi hipokrit? jadilah diri sendiri... jadilah diri sendiri yg sentiasa ingin menjadi insan yg lebih baik di hari esoknya.. biarpun diri dikatakan agak ketinggalan dan x mengikut perubahan peradaban serta dunia yg semakin maju, namun itu bukanlah suatu masalah, bahkan sebaliknye bersyukurlah kerana diri (inshaAllah) tergolong dlm "golongan org yg sedikit" ini =)
tetibe terfikir, taip panjang2 ni sbnrnye menjawab soalan ke x? manela tau duk syok sendiri je menaip panjang2 tapi soalan saudara x terjawab lak..
ReplyDeleteringkasnye, jwpn saye.. ye, saye yakin di zaman dunia semakin menganjak ke hadapan dan peradaban juga semakin berubah ini, masih wujud insan sedemikian yg sebenar2nya dan bukanlah yg jenis hipokrit.. saya yakin pasti ada, cuma mungkin tidak ramai.. maka kenalah pandai mencari.. dan untuk mencari psgn yg baik, saya harus menjadi insan yg baik terlebih dahulu..
maaf sebab taip panjang2, makan masa saudara untuk membaca keseluruhannya..
apepun, saya hargai setiap komen n soalan yg saudara ajukan.. sebab sambil menjawabnye, saya juga bermuhasabah diri sndiri.. smga kita semua hari ini adalah lebih baik daripada semalam, dan hari esoknya adalah lebih baik daripada hari ini.. aamiiin..
Hmm awak pernah terfikir tak tentang cinta adam dan hawa? manusia dari azalinya memang hendak rasa disayangi dan menyayangi...awak juga pernah terfikir tak? knp ada falsafah cinta pandang pertama? semua itu dikurniakan allah kepada kita melalui hati supaya kita mengenal erti cinta sebenarnya...mahukah anda terus berkahwin tanpa mengenal bakal orang yang akan sehidup semati dgan anda?
ReplyDeleteto Anonymous:
ReplyDeleteawwalan, terima kasih kerana sudi ziarah n tinggalkan komen di sini =)
sebenarnya saya xtau nk jawab ape pd semua soalan yg anda ajukan. bukan sebab xde jawapan, tp saya jadi keliru dengan soalan anda.. saya terfikir, ada baca x keseluruhan n3 ni serta komen2 yg de pd n3 ni? sebab rasenye kalau dh baca semuanya.. maka semua persoalan anda juga hakikatnya dah pn terjawab..
tp x mengapa, saya akan jwb juga soalan2 anda biarpun ayat2 saya mcm ulang semula apayg dh dikatakan sblm ni.. hrp anda berpuas hati =D
iye, saya akui mmg menjadi fitrah manusia dikurniakan perasaan dan keinginan utk disayangi dan menyayangi.. sbb tu jugak awal2 n3 ni saya letakkan ttg pandangan Islam terhadap cinta..
Islam x pernah melarang kita untuk bercinta.. bahkan diajarkan kepada kita batasan2nya serta peringkat2 cinta tersebut, yg mana harus didahulukan, dan yg mana harus diakhirkan.. begitu juga Islam turut mengajar kita apakah yg seharusnya kita lakukan andai hati sudah mula berputik rasa cinta pd mereka yg ajnabi..
mmg benar kata anda, perasaan sedemikian dikurniakan Allah kpd kita untuk mengenal erti cinta sebenarnya.. tp bukanlah bercinta yg tanpa adanya ikatan yg sah bersama pasangan yg tidak halal buat kita..
soalan terakhir saudara, "mahukah anda terus berkahwin tanpa mengenal bakal orang yang akan sehidup semati dgan anda?"..sebenarnya saya dah ada sebut pasal ni dlm balas komen di atas.. saya quote kan semula.. ini jwpn saya: "mm.. ape yg leh saya katakan.. iye, saya lebih senang kalau bercinta selepas kahwin..bercinta dgn suami sndiri, psgn yg halal buat saya..tp kalau boleh biarlah kenal serba sedikit latar belakang laki tu.. xla redah je kahwin tanpa kenal bakal suami.."- kan hjg ayat ni saya ade cakap.. kalau boleh biarlah saya kenal terlebih dahulu serba sedikit latar belakang laki tu..
namun hakikatnya, x salah juga kalau berkahwin tnpa mengenal bakal org yg akan sehidup semati dgn kita.. bukan x pernah dibuat org.. cuma ianya agak berisiko.. dan bg mnjwb soalan anda, scr peribadinya, sy lbh senang kalau saya kenal si dia terlebih dahulu.. kemudian setelah buat solat istikharah dan hati yakin, serta bersedia fizikal n mental, inshaAllah akan disegerakan dgn akad nikah tanpa perlu bercinta dgnnya yg ketika itu masih lagi belum halal buat saya..
WALLAHU A3LAM..
wah? topik makin panas d cni. saya makin berminat nak bertanya lagi ni. hehehe...
ReplyDeletehani, nak tanya lg, klu ikut pndngn hani, bagaimana seseorang muslimah tu hendak mengenali bakal suami nya?
panas? x jugak.. saudara je kot yg banyak tanye.. hehe.. tp xpe.. x kesah mane..
ReplyDeletetp kan.. utk soalan terbaru ni lak kan, rasenye xnakla jwb kat sini.. n xnk jawab ikut pandangan sendiri..leh x? xleh pn nasibla ye..boleh2kanla ek.. sebab mmg xnak jwb kat sini.. hehe
inshaAllah nnt saya cari info nye, saya jwb secara general utk soalan "bagaimana seseorang muslimah itu hendak mengenali bakal suaminya" tu ye? kemudian saya wat satu n3 yg lain pulak spy bolehla dikongsi bersama pembaca lain juga..
apepun, terima kasih sebab bertanya =)
boleh hani. sy ikut tuan tanah jak. nanti hani post la n3 tu ya. boleh sy baca nnti. sy betnya bnyk ni pun koz sy da adik pompuan dan satu2 nya adik pompuan yang sy ada. jadi, mn2 ilmu yg sy peroleh dari hani dan muslimah yg len, ble sy kongsi bersama dengan adik sy tu.
ReplyDeletetrima kasih bnyk2. hehehe...
saya sekadar menyampaikan sambil mengingatkan diri sendiri terutamanya..
ReplyDeletemana2 yang baik dan bermanfaat, ambillah, dan sebar2kanlah =)
x wat pn lagi n3 tu, dah awal2 ucap terima kasih? =D mm, inshaAllah nnt saya wat n3 yg menjawab soalan tu ye.. tp mungkin bukan dalam masa terdekat ni.. sebab dah nk final xm ni.. hehe.. apepun, inshaAllah benda baik akan disegerakan.. moga dalam kesibukan, diri ini tetap diberikan kelapangan waktu..
bagi sy cinta ni x dilarang kan? cuma kalu nk bercinta kna la jaga batas2 pergaulan... ape2 pun bg sy kwin dlu bru bercinta lbih baik... sbb msti kekal lama.... hehe (hmm..bila diri ni nk bercinta dan rasa dicintai mngkin xde jodoh lagi kot? hehe)
ReplyDeleteyup, cinta sama sekali x dilarang dalam Islam. Islam membenarkan kita bercinta, dan Islam juga ajar dan bimbing kita bagaimana bercinta yang seharusnya, dan ditunjukkan juga jalan yang boleh membuatkan cinta tersebut diberkati, yakni melalui ikatan perkahwinan yg sah..
ReplyDeletesamela Nick, akak pn rase lbh baik berkahwin dulu barulah bercinta.. sbb mase tu cinta kita tu mmg pd yg halal dan selayaknya ^_^
hehe dik, persoalan terakhir tu akak pn xtau nk jwb camne.. xpela.. tunggu jela ye.. inshaAllah tiba masanya pasti Nick akan bertemu jodoh juga suatu hari nanti =)