Friday, July 17, 2009

TERLALU PANASKAH API DI DUNIA INI??


“Kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan” – itulah api. Semakin marak api, semakin dihindari. Semuanya merasa takut apabila api mulai marak kerana ia mampu membunuh segala yg di sekitarnya, termasuklah manusia. Malah berada di kedudukan berhampiran dengan api juga, kita sudah dapat rasakan bahang panasnya. Tetapi tahukah kalian sejarah tentang asal-usul kejadian api di dunia ini? Mari kita hayati bersama kisah di bawah ini…



Setelah Nabi Adam AS dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan, Allah SWT memerintahkan Jibril AS supaya mengambil api dari neraka dan menghantarkannya ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam. Maka Jibril pun diperintahkan untuk meminta api tersebut dari malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril: Wahai Zabaniah, aku diperintahkan untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam AS.

Zabaniah: Sebanyak manakah sedikit yg dimaksudkan itu?

Jibril: Hanya sebesar kurma.

Zabaniah: Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa, nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.

Jibril: Kalau begitu, berikanlah aku sebesar separuh dari buah kurma.

Zabaniah: Kalau sebesar separuh dari buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia, nescaya tidak akan turun walau setitik hujan pun dari langit dan tidak akan ada satu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.

Memandangkan keadaan yg agak rumit, maka Jibril menghadap Allah SWT untuk mendapatkan ukuran saiz (jumlah) api yg perlu dihantar ke dunia. Lalu Allah memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia.

Maka Jibril pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah. Tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan, api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan terlebih dahulu dengan mencelupnya ke dalam 70 buah sungai di syurga, dan setiap sungai itu haruslah dicelup sebanyak 70 kali (70 x 70).

Selepas itu, Jibril pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan di atas sebuah bukit yg tinggi. Walaubagaimanapun, sejurus setelah diletakkan, secara tiba-tiba, bukit itu terus meleleh cair. Melihatkan keadaan tersebut, Jibril dengan segera mengambil semula api tersebut dan dihantar pulang semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sahaja yg terdapat di dunia sekarang ini. Api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dan lain-lain lagi, sesungguhnya semua itu hanyalah merupakan sisa-sisa yg tertinggal sejak persitiwa tersebut.


Bayangkanlah… kepanasan api neraka yg sebesar zarah, yg terpaksa disejukkan terlebih dahulu di dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celupan di setiap sungai, dan hanya sisanya sahaja yg ada di dunia ini, itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya… jadi, bagaimana pula kalau harus bertahan dengan api di neraka itu sendiri? Mampukah bertahan? Terlalu jauh nilai kepanasan itu jika dibandingkan dengan SEBESAR ZARAH SAHAJA… Semoga kita semua terhindar daripada menjadi penghuni api neraka.. Na3uzubillaahi min dzaalik…

Sunday, July 12, 2009

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. KEPADA SAIDINA ALI R.A.



Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.



Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.



Wahai Ali, bagi org yg TAQWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.



Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T.



Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar apabila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil apabila kita bawa ke pusat membeli-belah… Masa 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir, tetapi betapa waktu 45 minit itu terasa terlalu sekejap untuk pertandingan bola sepak… Semua insan ingin memasuki syurga, tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya… Renung2kanlah…

Friday, July 10, 2009

UMUR: PERGINYA TAKKAN KEMBALI LAGI!

Setiap detik umur kita pergi
Pergi tidak akan kembali lagi
Setiap nafas turun naik mengurangkan lagi

Dari detik ke minit, dari minit ke saat
Ia bertambah laju pergi
Dihakis lagi umur kita, tanpa kita sedari

Dari saat ke hari, tahap kelajuannya bertambah lagi
Lagi cepat umur kita yang pergi

Dari hari ke minggu, makin jauh umur kita pergi
Yang pergi itu tidak berganti
Yang pergi tetap pergi, yang datang mengurangkan lagi

Dari minggu ke bulan, bertambah laju umur kita lari
Lari tidak akan bertemu lagi
Yang lari tetap lari, tidak kembali

Dari bulan ke tahun,
Oh makin jauh ia pergi

Dari tahun ke tahun, pacuannya terlalu laju
Begitulah umur kita pergi, setiap detik ia luak
Kita merasa umur kita bertambah lagi
Luak, terus luak, kurang terus kurang

Kita merasa umur kita bertambah panjang
Kita pun berangan-angan panjang
Kerana merasakan hidup panjang lagi

Tiba -tiba MAUT datang menjemput kita...
Di waktu itu terbeliaklah biji mata
Bekalan yang dibawa tiada bersama
Menyesal sepanjang masa, tidak berkesudahannya…



Marilah sama-sama kita renungkan.. setiap detik itu amatlah berharga.. Setiap waktu yg pergi tidak akan kembali lagi. Begitu jugalah dengan umur kita. Kita tidak tahu bilakah kita akan dijemput panggil oleh Allah. Justeru itu, hargailah setiak detik umur kita di dunia ini dengan sentiasa melakukan amal kebaikan selagi kita masih bernafas dan berpeluang melakukannya di mukabumi ini…

GAMBAR2 YG MEMENINGKAN KEPALA

Tidak ada apa2 yg nak ditulis di entri ni... sekadar mahu berkongsi gambar2 menarik je... Eh jap.. menarik ke?? Ntahla. Tp yg lebih tepat lagi, gambar2 yg memeningkan kepala untuk difahami. Hehe. Tp xpela ek… tgk jela ye gambar2 yg agak pelik ni…


Botol ni sebenarnya di tempat yg tinggi atau rendah??

Macam mana ya nk pahamkan gambar ni…

Yg ni pun agak memeningkan kepala nk paham…


Orang yg dalam gambar melukis? Gambar yg sama pula tu…



Mana sebenarnya kaki2 gajah ni??


Perempuan ni dalam gambar atau bukan??


Kapal layar atau apa ni??


Dan gambar yg terakhir ni pula…



Memang betul2 memeningkan kepala!

Thursday, July 9, 2009

PUNCA - PUNCA ROSAKNYA OTAK


Otak merupakan nikmat yang cukup besar buat kita. Justeru itu, kita haruslah sentiasa menjaga nikmat otak ini sebaik mungkin sekaligus mengelakkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan otak kita menjadi rosak.

Tahukah anda apakah faktor2 yg menyebabkan rosaknya otak seseorang? Mungkin ada banyak lagi, tetapi cukuplah dinyatakan 12 faktor utama untuk dikongsi bersama di sini:



(1) Mengabaikan pengambilan sarapan pagi

Individu yg sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko tinggi mengalami kekurangan gula dalam darah. Ini akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak dan seterusnya ini akan menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan.

(2) Terlalu banyak makan

Mengamalkan makan secara berlebihan melebihi keperluan akan menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagian arteri otak, lalu memperlahankan kuasa mental.

(3) Merokok

Merokok akan menyumbang kepada pengecutan otak yg mana ianya juga merupakan penyebab kepada penyakit Alzheimer.

(4) Pengambilan gula yg tinggi

Pengambilan gula yg berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrient, seterusnya akan menyebabkan gangguan kepada perkembangan otak.

(5) Pencemaran udara

Otak merupakan penerima oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Justeru itu, pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan sekaligus menggangu keaktifan otak.

(6) Kurang tidur

Mengabaikan kualiti tidur yg sempurna, akan menjejaskan sel otak dan akan mendatangkan risiko tinggi kepada berlakunya kegagalan otak untuk berfungsi.

(7) Menutup muka ketika tidur

Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

(8) Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

Bekerja semasa diri kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

(9) Berfikiran sempit

Berfikir merupakan latihan terbaik untuk merangsang otak. Namun, jika seseorang sering berfikiran sempit, ia boleh menyebabkan berlakunya pengecutan di bahagian otak.

(10) Kurang berkomunikasi

Komunikasi intelektual mampu merangsang perkembangan otak. Jika seseorang itu jarang berkomunikasi, lama-kelamaan fungsi otak akan mengalami kemunduran.

(11) Kurang membaca

Apabila seseorang itu kurang membaca, maka secara tidak langsung keupayaannya berfikir akan menjadi tidak meluas dan sempit. Keupayaannya berbahasa juga mengurang. Ini juga lama-kelamaan akan mengakibatkan fungsi otak mengalami kemunduran.

(12) Mengabaikan Meditasi

Tiada ruang rehat untuk otak dan tubuh juga akan menjejaskan kemampuan otak dalam memproses maklumat. Bagi mereka yg bergelar Muslims, membaca al-Quran dan menunaikan solat merupakan meditasi terbaik, jika tidak dibuat dengan gopoh.


Sekarang cuba kita renungkan dan bermuhasabah diri… adakah kita juga turut melakukan perkara2 seperti yg dinyatakan di atas? Jika benar, sedarlah dan berubahlah demi kebaikan… Semoga kita sama2 dapat memelihara nikmat otak yg dianugerahkan oleh Allah ini sebaik mungkin dengan mempraktikkan apa yg seharusnya kita lakukan untuk mengelakkannya daripada menjadi rosak.

Notakaki: Ada juga beberapa perkara yg dinyatakan di atas ni yg x terlepas dr diri ni… Ntah dah berapa peratuslah otak ni rosak…Tp lepas dah dapat tahu info ni, bolehlah elakkan dan cuba untuk tinggalkan terus segala yg x patut dibuat ni dan berubah kpd yg sepatutnya demi menjaga nikmat otak yg diberikan-Nya.

Wednesday, July 8, 2009

JANGAN, JANGAN, JANGAN!



JANGAN sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

JANGAN masuk ke bilik
Tanpa memakai alas kaki (selipar)
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis
Mengotori seluruh rumah kita.

JANGAN makan dan minum
Dalam bekas yg pecah atau sumbing
Kerana ia membahayakan.

JANGAN biarkan pinggan mangkuk
Yg telah digunakan tidak berbasuh
Kerana itu tidak mencerminkan kebersihan.

JANGAN tidur selepas solat Subuh
Nanti tertutup pintu rezeki
Kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat.

JANGAN makan tanpa membaca Bismillah
Dan juga doa makan
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

JANGAN keluar rumah
Tanpa niat untuk membuat kebaikan
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

JANGAN biarkan mata kita
Liar di perjalanan
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

JANGAN menangguh untuk bertaubat
Apabila sedar diri telah berbuat dosa
Kerana ajal datang tidak mengira masa.

JANGAN ego untuk meminta maaf
Kepada ibubapa dan juga sesama manusia
Kalau memang kita yang bersalah.

JANGAN mengumpat sesama taulan
Nanti rosak persahabatan yg terjalin
Juga hilang rasa bahagia antara kita.

JANGAN lupa bergantung kepada Allah
Dalam setiap yg kita kerjakan
Nanti kita jadi sombong apabila berjaya
Dan kecewa apabila kita gagal.

JANGAN bakhil untuk bersedeqah
Sedeqah itu memanjangkan umur
Dan memurahkan rezeki kita.

JANGAN terlau banyak ketawa
Nanti mati jiwa.

JANGAN biasakan diri dengan berbohong
Kerana ia merupakan antara ciri2 org munafiq
Dan menghilangkan kasih org kepada kita.

JANGAN suka menganiya manusia atau haiwan
Doa makhluq yg teraniya
Cepat dimaqbulkan oleh Allah.

JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia
Akhirat itu lebih utama
Dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Dan yang paling penting…


JANGAN mempertikaikan kenapa Islam berkata “JANGAN”
Kerana itu semuanya untuk keselamatan kita
Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yg terbaik
Buat hamba-hamba ciptaan-Nya…


Tuesday, July 7, 2009

JANGAN BERSIKAP BAKHIL!


Diceritakan bahawa pada suatu ketika dahulu, pernah ada seorang gadis datang menemui Rasulullah SAW dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini kelihatan seperti sedang menanggung kesakitan yg amat sangat.

Lalu Rasulullah SAW menegurnya, "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan, dan apa yg kamu sorokkan di tanganmu?"

Demi menjawab soalan Rasulullah SAW, gadis malang ini pun menceritakan hal yg berlaku kepadanya: "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi, dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tersebut.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu kepadaku, wahai anakku,” Rasulullah SAW mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

Lalu si gadis pun menceritakan tentang mimpinya itu: "Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga disebabkan tidak tertahan dengan kepanasan api neraka itu sehingga peluh juga tidak sempat keluar disebabkan kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

Tidak lama kemudian si gadis menyambung ceritanya: "Kemudian aku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya pula ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya.

Lantas aku bertanya kepada ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yg patuh dengan ajaran Islam dan juga merupakan isteri yg taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu (seketul keju dan sehelai tuala kecil) sahaja yg pernah disedeqahkan kpd faqir secara ikhlas. Yg lainnya hanyalah utk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Kemudian aku terus pula mencari ayahku. Aku dapati ayahku berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dgn makanan yg lazat dan minuman dari telaga nabi. Ketika hayatnya, ayahku memang amat terkenal dgn sikapnya yg dermawan dan kuat beramal.

Aku menghampiri ayahku dan bertanya, "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia aku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama?”

Lalu ayahku menjelaskan bahawa sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga yg lainnya telah dilarang oleh Allah SWT daripada memberi walau setitik air sekalipun kepada isterinya kerana itu merupakan pembalasan untuk kebakhilan yg dilakukannya ketika hayatnya di dunia.

Oleh kerana kasihan dan tidak sanggup melihat azab yg diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air menggunakan tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka untuk diberikan kepada ibuku yg sedang kehausan. Tetapi belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku benar-benar melecur teruk! Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau, ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil air matanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah SAW kemudiannya meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan dan berdoa memohon petunjuk dari Allah SWT, “Jika mimpi gadis tersebut adalah benar, maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam keseluruhannya.” Lalu berkat kebesaran-Nya, tangan gadis tersebut serta-merta sembuh.

Rasulullah SAW lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Bykkan bersedeqah dan berzikir, dan pahalanya kau berikanlah kpd ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun, insyaAllah."


Kisah ini benar2 menyedarkan kita tentang betapa harusnya kita bersedeqah kpd mereka yg lebih memerlukan, kerana sesungguhnya sedeqah jariah juga merupakan salah satu drpd perkara2 yg akan tetap bersama kita sekalipun setelah kita pergi meninggalkan dunia ini kelak. Oleh itu, jgn sesekali kita bersikap bakhil sesama manusia, kerana nerakalah balasannya buat mereka yg bakhil ketika di dunia. Semoga kisah ini dijadikan sbg pedoman buat kita semua…
Related Posts with Thumbnails