Sunday, May 30, 2010

PEMBANTAIAN UMAT ISLAM DI GAZA : PEDULIKAH KITA??


Saban hari saban ketika, apabila aku menonton berita dan membaca akhbar mengenai pembantaian Ummat Islam di Gaza Palestin, hati menjadi sakit, perit dan pedih. Jiwaku meronta2 tidak keruan melihat penderitaan saudara-saudara kita di sana. Air mata mengalir apabila melihat jasad anak-anak kecil saudara kita yang sudah tidak bernyawa dipapah oleh bapa-bapa mereka. Hatiku hancur luluh melihat tubuh wanita saudara-saudara kita yang hancur terkena bedilan roket brutal rejim zionis la’natullah. Hati dan jiwaku terasa bergelodak sekali apabila melihat tangisan dan raungan anak-anak kecil yang menahan kesakitan, malah lebih menyedihkan apabila melihat wajah2 mereka yang begitu lemah dan lesu. Aduh, renungan dan pandangan mata mereka yang layu itu begitu menyentuh sanubariku.

Di saat saudara2 kita di sana menderita dibantai oleh yahudi celaka itu, ada di antara kita di Malaysia ini masih begitu selesa dan bergembira, langsung tidak merasa apa2, tidak peka malah ada yang tidak tahu apa2 tentang kezaliman yang berlaku di Gaza.

Di saat saudara-saudara kita di sana begitu huru-hura, diserang secara membabi-buta oleh Israel, kita masih bergelak ketawa riang gembira turut sama ikut merayakan perayaan ala mereka. Masih ramai yang begitu ceria dan seronok menyertai sambutan tahun baru malah ada yang turut sama ikut merayakan hari krismas yang telah diharamkan oleh para ulama kepada ummat Islam.

Hari berganti hari, masa terus berlalu, tapi serangan Israel celaka semakin brutal. Walau dikutuk dicerca dunia, namun Israel celaka begitu brutal membantai membunuh saudara kita ikut sedap mereka. Ratusan kanak2, wanita dan orang awam mati begitu saja dibom Israel yang jahanam.

Aduhai…murah sungguh nilai nyawa Ummat Islam…
Aduhai lemah dan hinanya Ummat Islam sekarang…

Di mana maruah kita sebagai Ummat Islam?
Hina sangatkah kita?

Di saat saudara2 kita di Palestin dibantai dihenyak diganyang sesuka hati oleh si Israel celaka, kita di Malaysia masih terus bergelak ketawa riang gembira seperti tiada apa2 yang terjadi.

Ahh, aku apa peduli, sini bukan Palestin…siapa peduli??

Begitukah sikap kita?? Apakah sikap kita?? Apa yang boleh kita buat??

Berikut disenaraikan beberapa usaha/ perkara/ tindakan yang mampu kita lakukan dalam membantu saudara2 kita di Palestin.


1) Bantuan tenaga dan diri
Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih hebat dari itu dari bantu dari segi fizikalnya…

2) Bantuan Harta
Bagi yang tidak mampu pergi, sumbanglah bantuan kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita.

3) Bantuan Doa
Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga mereka yang mampu, teruskanlah berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-
• Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut, kerana tentunya agak sukar untuk menghafal qunut Nazilah ini. Perbuata memegang kertas itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie, kerana anda tidak membuat pergerakan yang besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebentar kerana membaca, kemudian terus turun sujud, tiada pergerakan yang berturut-turut.
• Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
• Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
• Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat
Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman
Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan pula anda lupa untuk memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu yang lain.

6) Menulis
Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah, yahoogroup dan lain2nya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah
Anda mampu ceramah? Berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda. Anda tidak semestinya seorang ustaz/ustazah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan/orang biasa pun boleh.

8) Boikot
Boikotlah semua barangan Yahudi dan Amerika mulai sekarang. Hantarlah surat bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Kepada pelajar al-Azhar, kita harapkan agar anda dapat mengambil tindakan/usaha yang sesuai terhadap kerajaan Mesir.


Saya menyeru sekali lagi kepada anda semua agar, Marilah kita bersama-sama untuk ambil peduli tentang nasib saudara kita umat Islam di Palestin. Jangan dirasakan usaha kita ini sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taatinya. Sebagai sebuah hadith qudsi ertinya: Allah SWT menyebut: Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu.
Takbir!!! ALLAHU AKBAR!!!!


Sumber: PakarHowTo

3 comments:

  1. Penduduk Gaza diperlakukan Israel seperti binatang. Bukan hanya rumah mereka yang dihancurkan oleh Israel untuk pemukiman Yahudi, tapi juga penduduknya termasuk anak-anak dibantai oleh Israel..

    ReplyDelete
  2. Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara Salib itu segera membantai dan menghabisi umat Islam Spanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentara Salib terus membunuhi warga sipil yang sama sekali tidak berdaya.

    ReplyDelete
  3. Islam yang tidak mempercayai tentara Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Spanyol berkumpul di pelabuhan....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails