Saturday, March 20, 2010

FINAL EXAM FINAL SEMESTER (inshaAllah)



Assalamualaikum buat Muslimin dan Muslimat semua…

Terlebih dahulu. terima kasih saya ucapkan buat kalian yang sudi berkunjung ke sini. Namun maaf, kebelakangan ini saya tidak punya waktu untuk update blog ni…

Pejam celik pejam celik, tamatlah sudah sesi pengajian untuk semester 2 sesi 2009/2010 di UIA. Sekarang tibalah masanya untuk masing2 gigih mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi final exam. Berbeza dengan yang sebelum2 ini, bagi saya, final exam kali ini lagi2 memerlukan usaha yang lebih demi mendapatkan result yang “cantik” sebagai penutup di akhir full transcript saya nanti…

Sedar tak sedar, pengajian selama 4 tahun di UIA Gombak akhirnya sampai ke penghujungnya. InshaAllah, ini merupakan final exam yang terakhir akan saya hadapi sebelum grad untuk 1st degree. Semakin hari, terasa semakin dekat dengan hari terakhir saya di UIA. Namun itulah namanya kehidupan. Ada peringkat2nya. Kehidupan universiti juga ada penghujungnya. Terlalu banyak kenangan suka duka pahit manis selama saya menuntut di UIA… Tetapi bukan itu yang ingin saya bicarakan di sini…

Entri ini khas buat semua penuntut IPT yg bakal/ sedang menghadapi final exam, khususnya pelajar2 UIA, samada di kampus Gombak mahupun Kuantan, dan yg lebih utamanya, saya tujukan buat final year students… Tidak kiralah apa sekalipun course yg kalian ambil, saya ucapkan SALAM PERJUANGAN! Selagi masih diberikan kesihatan fizikal dan mental, maka berjihadlah, dan berjuanglah habis-habisan di medan peperiksaan yg ditempuhi… Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari!


Sedikit perkongsian buat semua yang bakal/ sedang menempuh alam peperiksaan, ingatlah kata2 Khalifah Umar Abdul Aziz, “Pertolongan Allah kepada hamba-Nya adalah berdasarkan kadar niat hamba-Nya, maka barangsiapa yang suci niatnya, maka sempurnalah pertolongan Allah padanya”.

Oleh tu sahabat2 semua, marilah sama kita sucikan niat kita dalam menghadapi peperiksaan ini, mudah2an pertolongan Allah SWT sentiasa bersama kita. Perbetulkan niat, berusaha semaksima mungkin, banyakkan berdoa, dan akhirnya betawakkallah kepada Allah. Yakinlah, Allah itu Maha Adil. Dia melihat kepada usaha hamba-Nya, dan Dia akan membalasnya sesuai dengan apa yang diusahakan hamba-Nya, inshaAllah.

Ya Allah ya tuhan kami,
Kami memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir.

Ya Allah Ya Haq,
Jadikanlah lidah kami ini basah dengan zikir kepadaMu, hati kami dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.

Ya Allah Ya Rahim,
Sesungguhnya kami menitip apa yang kami baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepada kami ketika kami memerlukannya. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Ya Allah Ya Azim,
Lapangkanlah bagi kami dada kami. Dan mudahkanlah bagi kami tugas kami. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidah kami, supaya mereka faham perkataan2 kami.

Ya Allah Ya Sobur, Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang Engkau jadikan kesenangan padanya. Dan Engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.

Ya Allah ya tuhan kami,
Permudahkan segala urusan kami dan jadikanlah kejayaan itu MILIK KAMI!



Aamiiin….


Akhirul Kalam,
SELAMAT MENEMPUH FATRAH IMTIHAAN!!


********************************************

Saat kejayaan ditagih, usaha itu menjadi taruhannya.
Saat kejayaan diharapkan, konsentrasi itu menjadi ukurannya.
Saat kejayaan diimpikan, angan2 itu menjadi perangsangnya.
Saat kejayaan didambakan, pada-Nya sahaja disandarkan segalanya.


Semoga kejayaan itu bisa kita miliki suatu masa nanti… (^_^)



~ Ada 5 subjek yang saya ambil untuk semester terakhir ini, dan cuma 4 subjek sahaja yang ada final exam. Satu subjek tu lagi, “final exam” nya adalah dengan menjalani practical training selama 10 weeks… tolong doakan saya ye, semoga dipermudahkan segalanya... Aamiiin…~


12 comments:

  1. Assalamualaikum,
    InsyaAllah atas nama Islam, kita doakan semoga sdri berjaya menempuh rintangan dlm semua jenis peperiksaan! Sebenarnya anda baru hendak melangkah ke perjalanan yg lebih jauh nanti apabila telah tamat pengajian....JazakaAllah

    ReplyDelete
  2. salam hani..

    bittaufiq wannajah fil imtihan..rabbuna yusahhil :)

    ReplyDelete
  3. salam dik...

    semoga dipermudahkan...insyaALLAH

    ReplyDelete
  4. mase pekse la mase yang tak lalu nak makan, tak de ati nak jalan2..tepu..haha..muka serius je

    ReplyDelete
  5. to tajnur:

    waalaikumussalam... aamiiin... shukran ala ad-doa.. :) and terima kasih juga atas nasihat serta peringatan yg diberikan..
    yup, begitulah hakikat kehidupan, lepas satu peringkat, kita melangkah pula ke peringkat yg lain.. perjalanan setelah tamat pengajian ini masih jauh, dan pastinya juga akan lebih mencabar.. semoga diri ini diberikan kekuatan fizikal, mental, dan spiritual.. aamiiin..

    ReplyDelete
  6. to deena farhana:

    salam kak intan ^_^

    aamiiin... shukran jaziilan ya ukhty fillah ;)

    ReplyDelete
  7. to cun09:

    salam kak liza...

    inshaAllah, mudah2an dipermudahkan segala urusan.. aamiiin.. thanx for the doa, sis ^_^

    ReplyDelete
  8. to ..::بشرى::.. :

    hehe, ckp dr pengalaman ke tu? sy xde plak gangguan bab makan tu... makin rajin nk mengunyah smbl baca notes adela =D

    bab jalan2.. kalau time bukan xm pn, smmgnya sy bukan jenis yg rajin nk kuar jalan2 pn.. melainkan holiday ngan family.. kalau yg tu, xm dh dekat sekalipn, tetap rajin gak nk ikut p jalan2.. hehe.

    ReplyDelete
  9. salam hani...

    nak abes blaja dah ek..
    chaiyok2...
    aah,,time exam kne cari bnd mengunyah...
    baru x boring stdudy...
    anyway,,slmt menempuh akhir alam pelajar...
    best of luck 4 ur 'final' exam...=)

    ReplyDelete
  10. to HaDi:

    salam hadi...
    yup.. nk habis dah..
    bertahun2 dah kat UIA tu ha.. hehe
    tq bagi semangat ^_^
    ha, btol3.. kena mengunyah sbg 'teman' utk x rase boring nk study =D
    adeh, duk tekankan 'final' tu trase takut lak..
    lps ni makin hebatla cabaran yg perlu hadapi..
    semoga diri ini sentiasa kuat dan tabah..
    thanx for the doa.. aamiiin =)

    ReplyDelete
  11. Clearly you need to study more for the one that's half your grade. Fail that one and you fail the class. You could probably zero the other one and still get a B.

    ReplyDelete
  12. I have heard mixed information from some who say I do not need to take the final state exam final. Is this true? This is for Florida. Can I use my manual/open book for final exam if I do have to take it?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails