Tuesday, March 30, 2010

ITULAH CINTA… ITULAH PERKAHWINAN…



Suatu pagi yang mendamaikan, seorang pelajar bertemu dengan cikgunya, lalu terjadilah perbualan di antara mereka …

Pelajar: Cikgu, apakah erti cinta? Bagaimana caranya untuk saya dapatkannya?

Cikgu: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Sepanjang perjalanan kamu itu, ambillah satu ranting yang menurut kamu, ranting itu sangat menakjubkan. Maka dengan itu, bererti kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalanlah menuju ke ladang gandum tersebut. Tidak berapa lama kemudian, dia pun kembali... namun dengan tangan yang kosong...

Cikgu: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?

Pelajar: Saya terpaksa memilih untuk mengambil hanya satu ranting sahaja, dan sewaktu berjalan, saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. Sebenarnya sepanjang perjalanan itu, saya ada berjumpa dengan satu ranting yang saya rasakan paling menakjubkan, tetapi saya tidak tahu apakah yang akan ada yang lebih menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu dengan harapan akan bertemu dengan ranting yang lebih menakjubkan di perjalanan yang seterusnya. Tetapi akhirnya saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi akhirnya saya tidak mengambil sebatang ranting pun…

Cikgu: Ya, itulah yang dinamakan cinta...


Di hari yang lainnya pula, pelajar tersebut bertanya lagi kepada cikgunya itu...

Pelajar: Cikgu, apa itu perkahwinan?

Cikgu: Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah kamu, tetapi sama seperti sebelumnya, kali ini juga kamu sama sekali tidak dibenarkan mengundur ke belakang. Di sepanjang perjalanan kamu itu, tebanglah sepohon pokok sahaja, yang kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar, dan tinggi. Maka dengan itu, kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalanlah menuju ke hutan yang dimaksudkan. Tidak berapa lama kemudian, dia pun datang semula dengan membawa sepohon kayu yang pada pandangan cikgunya, pohon tersebut tidaklah begitu cantik, segar, dan tinggi.

Cikgu: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?

Pelajar:
Sebabnya, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, kali ini saya buat keputusan untuk berjalan hanya separuh daripada hutan tersebut, dan saya tidak mahu kembali dengan tangan kosong seperti dahulu. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya, ia adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

Cikgu: Itulah yang dinamakan perkahwinan...


********************************************

Kesimpulannya, janganlah kita terlalu memilih dalam soal cinta, ditakuti kita akan terlepas dari mendapatkannya, dan jangan pula kita terlalu memilih jodoh, bahkan sebaliknya terimalah pasangan kita dengan seadanya. Sedarilah hakikat bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri....

1 comment:

  1. Salam!
    Pelajar: Cikgu, apakah erti jalan kebenaran? Bagaimana caranya untuk saya dapatkan jalan kebenarannya?

    Cikgu: Ada sebuah hamparan yang luas di depan sana dimana terdapat 73 jalan. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Sepanjang perjalanan kamu itu, ambillah satu jalan yang menurut kamu, jalan itu sangat lurus dimana jalan Rasulullah saw dan org yg mengikutinya dari jamaah islam. Maka dengan itu, bererti kamu telah menemui jalan yg lurus dan jangan ikuti 72 simpang siur yg lain kelak mrk seru kejalan neraka.

    Pelajar tersebut pun berjalanlah menuju ke jalan2 tersebut. Tidak berapa lama kemudian, dia pun kembali... namun dengan tangan yang kosong...

    Cikgu: Mengapa kamu tidak memilih sebarang jalan pun?

    Pelajar: Saya terpaksa memilih untuk mengambil hanya satu jalan sahaja, dan sewaktu berjalan, saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. Sebenarnya sepanjang perjalanan itu, saya ada berjumpa dengan satu jalan yang saya rasakan paling lurus, tetapi saya tidak tahu apakah yang akan ada yang lebih lurus di hadapan sana nanti, maka saya biarkan jalan itu dengan harapan akan bertemu dengan jalan yang lebih lurus di perjalanan yang seterusnya. Tetapi akhirnya saya dapati semua jalan2 yang lurus mengelirukan pemandangan saya tadi. Jadi akhirnya saya tidak mengambil sebarang jalan pun…

    Cikgu: Itulah diakhir zaman terdapat 73 milah (puak/jalan) dimana 72 puak telah mengecilkan Din Islam sehingga berpecah menjadi kumpulan2 kecil dimana masing2 bangga dgn pembawaannya (Surah AlMukminun:53) Dgn mempelajari Islam bersungguh, maka baru kita dpt mengenali jalan yg lurus krn Rasulullah telah bersabda,`Umatku berpecah kpada 73 milah (puak) dimana 72 puak masuk neraka manakala 1 puak saja dalam syurga dan itulah Jamaah (Islam). Wallahualam

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails