Saturday, March 13, 2010

5 PERKARA YG DISEGERAKAN BALASANNYA



Daripada Ibnu Omar R.A. berkata: Berhadap Rasulullah SAW kepada kami (pada suatu hari) kemudian baginda bersabda (maksudnya): “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah SWT semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:

1. Tiada terzahir (nampak) penzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang terdahulu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian dari pada apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Qur’an dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri.”

(Hadith riwayat Ibnu Majah)


Keterangan hadith:

1. Penyakit taun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlakunya penzinaan.

2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca drpd rakyat yg mengurangkan sukatan dan timbangan.

3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak mengeluarkan zakat.

4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-janji mereka kepada Allah SWT.

5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalah berpunca daripada mengenepikan hukum-hukum Allah SWT dan tidak mahu menjadikan Al-Qur’an sbg undang2 dalam kehidupan.


Kitab rujukan: 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjaria.



Notakaki: Gejala sosial serta penzinaan sememangnya agak berleluasa di akhir zaman ini. Rasa malu dan takut pd azab seksaan di neraka seolah-olah tidak wujud lagi dalam diri mereka ini... Begitu juga dengan permasalahan serta persengketaan yg wujud di kalangan Muslimin, sememangnya tidak dapat dinafikan, sedikit-sebanyak berpunca daripada sikap Muslimin itu sendiri yg lebih mengutamakan hukum-hukum duniawi ciptaan manusia berbanding mengikut sepenuhnya hukum-hukum yg telah ditetapkan Allah dalam kitab Al-Qur’an Al-Karim. Sama2lah kita renungkan, serta berusaha menghindari lima perkara ini, mudah2an hidup kita selamat dan terhindar drpd diturunkan bala oleh Allah SWT.

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Kelima2 perkara dicela yg disebutkan ada kena mengena dengan Surah AlMaaun dan Surah Muthaffifiin dimana Allah SWT melaknat. Tetapi apa yg nak difokuskan ialah apabila umat Islam tidak mengikut AlQuran dan Sunah naka tidak tertegaknya kekuasaan (Daulah)spt diMadinah, selagi itulah semua perkara2 kebaikan tidak dapat dilaksanakan malah perkara2 keji mengambilalih . Dalam Surah AlFath:20, sekiranya umatIslam mengikut mendirikan Daulah, maka Allah akan memberi hak2 kpd umat Islam dan menunjukkan jalan2 yg lurus spt mana terdapat juga dalam hadis Rasulullah saw yg diriwayatka ole Muslm,`Sentiasa kamu sebagai umat Islam yang ditolong oleh musuh2 kamu selagi kamu berpegangteguh kpd sunnahku, dan jika kamu meninggalkan sunnahku, Allah telah memberi kuasa kpd musuh2 kamu dimana mereka tidak takut dan tidak kasihan melanyak kamu sehingga kamu kembali kpd sunnahku` Wallahualam

    ReplyDelete
  2. to tajnur:

    waalaikumussalam wbt

    yup, benar kata saudara. semuanya bergantung kepada sejauh mana kita berpegang dan mengamalkan segala yg terkandung dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah... andai kita berpegang teguh serta mengamalkan segala kandungannya, inshaAllah hidup kita akan selamat dunia akhirat...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails