Friday, October 30, 2009

PERJUANGAN DI MEDAN PEPERIKSAAN


Assalamualaikum buat Muslimin dan Muslimat semua…


Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini. Tetapi maaf kerana saya sudah lama tidak update blog ni (lama ke? Lama la jugak berbanding dulunya yang kerap update). Kalau tengok pada arkib blog ni pun.. semakin lama, semakin berkurangan perkongsian saya di sini…


Namun apalah daya saya… Harus saya akui keterbasan waktu saya kebelakangan ni, ditambah pula dengan kesukaran untuk wireless, begitu menyukarkan saya untuk meletakkan entri2 yang baru dengan kadar segera. Assignment yang bertimbun yang harus disiapkan dalam masa yang singkat, juga presentation yang secara tiba-tiba sahaja diadakan oleh lecturer pada saat-saat akhir, benar2 membuatkan saya tidak punya waktu untuk update blog ni.


Baru sahaja selesai assignment dan presentation, tidak sempat untuk berehat lama, ahad ni bermulalah final exam buat saya. Jadi di sini saya minta maaf kepada mereka yang rajin berkunjung ke sini dan sering nantikan n3 terbaru saya.. Hakikatnya, saya harus mendiamkan diri buat seketika daripada dunia blogging, demi menumpukan perhatian kepada final exam…


Buat semua penuntut IPT yang bakal/ sedang menghadapi final exam, khususnya pelajar2 Universiti Islam Antarabangsa, di kampus Gombak mahupun Kuantan, walau apa jua kuliyyah kalian, saya ucapkan SELAMAT BERJUANG! Berjihadlah, dan berjuanglah habis-habisan di medan peperiksaan yang ditempuhi , selagi masih diberi kekuatan fizikal dan mental. Kita masih belum terlambat!




Sedikit perkongsian buat semua yang bakal/ sedang menempuh alam peperiksaan, ingatlah kata2 Khalifah Umar Abdul Aziz, “Pertolongan Allah kepada hamba-Nya adalah berdasarkan kadar niat hamba-Nya, maka barangsiapa yang suci niatnya, maka sempurnalah pertolongan Allah padanya”.


Oleh itu sahabat2 semua, marilah sama kita sucikan niat kita dalam menghadapi peperiksaan ini, mudah2an pertolongan Allah SWT sentiasa bersama kita. Perbetulkan niat, berusaha semaksima mungkin, banyakkan berdoa, dan akhirnya bertawakkallah kepada Allah. Yakinlah, Allah itu Maha Adil. Dia melihat kepada usaha hamba-Nya, dan Dia akan membalasnya sesuai dengan apa yang diusahakan hamba-Nya, inshaAllah.



Akhirul kalam,
SELAMAT MENEMPUH FATRAH IMTIHAAN!!


Ya Allah ya tuhan kami,
Kami memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir.

Ya Allah Ya Haq,

Jadikanlah lidah kami ini basah dengan zikir kepadaMu, hati kami dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.

Ya Allah Ya Rahim,
Sesungguhnya kami menitip apa yang kami baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepada kami ketika kami memerlukannya. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Ya Allah Ya Azim,

Lapangkanlah bagi kami dada kami. Dan mudahkanlah bagi kami tugas kami. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidah kami, supaya mereka faham perkataan2 kami.

Ya Allah Ya Sobur,

Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang Engkau jadikan kesenangan padanya. Dan Engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.

Ya Allah ya tuhan kami,

Permudahkan segala urusan kami dan jadikanlah kejayaan itu MILIK KAMI!


Aamiiin….



Notakaki: Exam berderet 1hb,3hb,4hb,5hb.. (2hb tu leh lak de kelas, siap kena present), then gap 13 hari, last paper 18hb… yang gap 13 hari tu bolehla nak update dengan n3 baru =D apapun, tolong doakan saya ye, semoga semuanya dipermudahkan... Aamiiin…


Sunday, October 25, 2009

PERIHAL IKHLAS


Firman Allah SWT bermaksud: "Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar" (Al-Bayyinah: 5)

Menerusi ayat di atas, Allah SWT memerintahkan supaya setiap orang mengikhlaskan hidupnya semata-mata kepada Allah. Ia digambarkan melalui dua bentuk ibadat khusus iaitu solat sebagai hubungan antara manusia dengan Allah dan ibadat zakat yang menghubungkan antara manusia dengan manusia.

Ertinya segala aktiviti hidup seorang Muslim hendaklah ikhlas kerana Allah SWT. Dengan demikian, ikhlas dalam konteks sebagai seorang Muslim bermaksud ia mestilah mengharapkan keredhaan Allah dan semoga segala amal kebaikan yang dilakukannya diterima oleh Allah.

Justeru itu, segala kata-kata, amal perbuatan dan jihad perjuangannya tidak mengambil kira sebarang keuntungan, kemegahan, gelaran mahupun kedudukan tinggi. Baginya, syarat amalan yang diterima Allah ialah niat yang ikhlas dan bertepatan dengan syariat dan sunnah Nabi Muhammad SAW.


Dalam hal ini, ulama' telah menggariskan TANDA-TANDA IKHLAS itu kepada beberapa perkara sebagai berikut:

Pertama: takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa kepada fitnah sama ada kepada dirinya mahupun agamanya, terutama sekiranya dia seorang yang berkebolehan. Kerana dia yakin bahawa Allah menerima sesuatu amalan itu berdasarkan batin, dan bukanlah zahirnya semata-mata.

Kedua: orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah, lalai dalam melaksanakan ibadat, tidak dapat mengawal hati daripada dimasuki sifat bangga diri, sombong dan kagum dengan diri sendiri.

Ketiga: lebih suka melakukan amalan atau kerja secara sembunyi daripada diiklankan dan mencari populariti. Dalam konteks sebuah organisasi, dia lebih suka menjadi tunjang pokok walaupun tiada yang nampak kerana berada dalam perut bumi, namun dia adalah asas bagi pokok itu hidup, tegak dan kuat.

Keempat: baginya sama sahaja berkerja sebagai pemimpin atau pengikut, selagi kedua-duanya adalah berkhidmat untuk agama. Hatinya tidak dapat dipengaruhi perasaan cinta untuk muncul ke depan atau berada di barisan hadapan.

Kelima: tidak menghiraukan kepuasan hati manusia sekiranya ia membawa kepada kemurkaan Allah SWT.

Keenam: suka atau bencinya, memberi atau menolaknya, rela atau marahnya, semuanya adalah kerana Allah SWT dan agamanya.

Ketujuh: dia tidak bersifat malas, tidak lemah disebabkan perjalanan yang jauh, tidak lambat memetik hasil dan tidak juga lambat mencapai kejayaan.

Kelapan: gembira dengan kemunculan orang yang berkelayakan dalam barisan perjuangan bersamanya.


Dalam Al-Quran, Allah SWT menegaskan bahawa syaitan sama sekali tidak mampu menguasai orang yang bersifat ikhlas, sebagaimana firman-Nya bermaksud: "Iblis berkata: Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang ikhlas di antara mereka" (Al-Hijr: 39-40)

Al-Fudhail bin Iyadh, seorang ulama' terkenal ketika mendengar firman Allah yang bermaksud: "(Allah) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" (Al-Mulk: 2), lalu berkata: "Sebaik-baik amal itu ialah yang paling ikhlas dan yang paling betul."

Kemudian dia ditanya: "Bagaimanakah amal yang paling ikhlas dan betul itu?” Jawabnya: “Sesuatu amal itu sekiranya ia ikhlas tetapi tidak betul, maka ia tidak diterima, dan sekiranya ia betul tetapi tidak ikhlas juga, maka ia tidak diterima. Jadi, ia hendaklah memiliki kedua-dua sekali iaitu ikhlas dan betul. Ikhlas hanyalah semata-mata kerana Allah SWT dan betul pula adalah mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.”

Kemudian beliau membaca firman Allah SWT yang bermaksud: "Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan janganlah dia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya" (Al-Kahf: 110).


ikHLaS aDaLaH uMpAmA seMuT yAnG hiTaM
di AtaS bATu HitAm di MaLaM yaNg GeLAp
- SAIDINA ALI R.A.-



Akhir kalam, saya juga ingin mengajak para pembaca sekalian untuk sama-sama kita renungkan, mengapa surah ke-112 daripada 114 surah-surah di dalam Al-Qur’an, dinamakan surah Al-Ikhlas, sedangkan dalam surah tersebut, langsung tiada perkataan ikhlas? Mengapa tidak dinamakan surah Ahad? Mengapa tidak As-Somad?



Siapalah kita untuk mempertikaikannya serta mempersoalkannya. Pasti ada rahsia di sebaliknya. Jika kita teliti tafsiran ayat ini, ianya menerangkan tentang keEsaan Allah SWT semata-mata... lalu apa kaitannya dengan ikhlas? Mungkinkah apa yang di maksudkan di sini, jika kita mahu dapatkan ikhlas dalam segala amalan kita, maka terlebih dahulu kita hendaklah mengenal Allah? WALLAHU A3LAM...


Demikianlah sedikit pengisian tentang amalan ikhlas yang dapat saya kongsikan bersama di sini. Perhatikanlah amalan harian kita... terdapatkah tanda-tanda amalan ikhlas kerana Allah SWT di setiap amalan kita? Tepuk dada, tanyalah iman...


Notakaki: Memang senang nak jadi Muslim, tapi untuk jadi Mu’min yang mukhlis, ianya memerlukan mujahadah yang tinggi…


Monday, October 19, 2009

A BOY AND AN APPLE TREE


A long time ago, there was a huge apple tree. It loved a little boy very much. The boy loved to come and play around it everyday.

The boy used to collect leaves from the tree to make into a crown. He would act like a King. Besides, the little boy also liked to climb to the tree top. He loved to grab on to the tree branches and to swing like a monkey. The little boy also loved to pluck the apples from the tree. He would then eat them. He would often take a nap under the cool shadow of the apple tree. He loved the tree and the tree was so happy!

The years passed. Time went by…

One day, the boy came back to the tree.

The tree said, “Come and play with me”.

“I am no longer a kid. I do not play around a tree anymore. I want toys. I need money to buy them,” said the boy.

The tree said, “Sorry, but I do not have money… but you can pick all my apples and sell them. So you will have money.”

The boy was so excited. He grabbed all the apples on the tree and left happily. The tree was happy.

The boy never came back for a long time after he had picked the apples. The tree was sad.


One day, the boy who had then grown into a man, returned and the tree was excited.

“Come and play with me,” the tree said.

“I do not have time to play. I have to work for my family. We need a house for shelter. Can you help me?”, the man asked.

“Sorry, but I do not have any house. But you can chop off my branches to build your house,” the tree said.

So the man cut all the branches of the tree and left happily.

The tree was glad to see him happy but the man never came back for a long, long time. The tree was again lonely and sad.

One hot Summer day, the man returned and the tree was delighted.

“Come and play with me!”
the tree said.

“I am getting old. I want to go sailing to relax myself. Can you give me a boat?” the man asked.

“Use my trunks to build your boat,” the tree said, “You can sail far away and be happy”.

So the man cut the tree’s trunks to make a boat. He went sailing and never showed up for a long time.

The tree seemed to be happy but the happiness was not real.


Finally the man returned after many years.

“Sorry my boy, but I do not have anything for you anymore. No more apples for you…” the tree said.

“No problem. I do not have any teeth to bite,” the man replied.

“No more trunks for you to climb on,” the tree said.

“I am too old for that now,” the man said.

“I really cannot give you anything… the only thing left is my dying roots,” the tree said with tears.

“I do not need much now, just a place to rest. I am tired after all these years,” the man replied.

“Good! Old tree roots are the best place to lean on and rest. Come, come sit down with me and rest.”

The man sat down and the tree was glad and smiled with tears…


***************


Everybody has “Apple Tree” in his/her life, which is OUR PARENTS…
When we were young, we loved to play with our Mom and Dad.
When we grow up, we need their helps to continue our lives.
We leave them, and only come to them when we need something or when we are in trouble.
No matter what, our parents will always be there and give everything they could just to make us happy.

You may think the boy/man is cruel to the tree, but that is how many of sons and daughters nowadays treat their parents.

Guys, do not take them for granted.. Please appreciate all that your parents have done for you. No matter how busy you are, share some time with your parents!

Always remember… we owe a lot to our parents who given us their time, care and love through the years. Filial piety and gratitude are noble and great spiritual virtues to cultivate. We must show our gratitude to our parents and people who care for us. Don’t hesitate! Don’t wait until it is too late…


***************

“And your Lord has decreed that you worship none but Him. And that you be dutiful to your parents. If one of them or both of them attain old age in your life, say not to them a word of disrespect, nor shout at them but address them in terms of honour. And lower unto them the wing of submission and humility through mercy, and say: My Lord! Bestow on them Your Mercy as they did bring me up when I was small.” (Al-Isra': 23-25)


Rasulullah SAW said that Jibril AS said: "Woe unto him in whose presence his parents or either one of them attains old age, and (through failure to serve them) he is not allowed to enter 'Jannah". To this Rasulullah SAW said “Aamiin”!


Sunday, October 18, 2009

TOLONG BERITAHU SI DIA…


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..


Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakanibu bapanya..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..


Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..


Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. .
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..


Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..


Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..


Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku takut akan dosa melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong kejayaanku dlm urusan ilmu dan agama..


Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong ingatkan dia, hal cinta tak boleh bicara hingga ikatan halal sudah terlaksana..
Tolong ingatkan dia, aku dan dia hanya teman seagama yang hanya layak dilayan biasa..
Tolong ingatkan si dia, Allah melatih kita untuk mempercayai dan meyakini Qadha’ Qadar-Nya..
Tolong ingatkan si dia, yakinlah pada janji Allah dan berpegang-teguhlah pada janji manusia..
Tolong ingatkan si dia, supaya tak terus leka dengan perasaan, hingga menangguhkan perjuangan agamanya..


Hanya Engkau Ya Allah, yang mengetahui siapa si dia..
Hanya Engkau Ya Allah, yang layak memberkati pengakhiran usaha..
Hanya Engkau Ya Allah, yang mengetahui semuanya..
Hanya Engkau Ya Allah, yang mampu menguatkan hati yang penuh rasa..


Moga dia menjadi umpama seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Moga dia tetap teguh dalam mujahadah cintanya..menjadi pengemis cinta Ilahi... perindu syahid abadi...


sAndArKaNLaH cInTa kEpaDa ALLAH
pAsTi tiDaK aKaN kEceWa!


Notakaki: Semoga pesananku ini sampai kepadanya walau diriku sendiri tidak mengetahui siapa dan di manakah si dia…


Saturday, October 17, 2009

ISTANA PASIR


Tak dapat bina dan tinggal di istana yang real punya, sekadar buat istana pasir je pun jadilah.. hanya untuk suka2 =D Kalau yang memang jenis ada bakat tu pulak, mesti kreatif habis hasilnya.. macam contoh gambar2 kat bawah ni… layan jela ek~


[[ HARRISON HOT SPRINGS SAND CASTLES ]]

Berdiri dengan gah nya...

Ni jiran2 sebelah istana tadi (hujung kanan sekali)…


Istana ke ni? Keciknya... ~


Nampak simple, tapi cam susah jugak nak bina


Yang ni pun samela…


Ni kawasan pagar (gerbang) sebelum masuk ke kawasan istana kot…


Cukup tinggi… tegak berdiri ~


Friday, October 16, 2009

KHAS BUATMU IBU…


Entri ini adalah bersempena hari lahir ibu saya (16 Oktober 19xx). Sedikit coretan kisah peribadi yang ingin saya kongsikan bersama pembaca sekalian, semoga kita lebih menghargai ibu kita..


Setiap kali berpeluang pulang ke rumah, pastinya saya akan segera pulang. Hari Jumaat la hari yg sering saya nanti2kan. Habis sahaja kelas, saya langsung segera pulang ke rumah. Mungkin ada yg mengatakan, nampak macam anak manja.. katalah apepun yg kalian mahu katakan.. Pada saya, balik ke rumah melihat muka mak ayah, cukup menyenangkan hati saya.. Terasa bahagia saat diri berada dekat bersama mereka dan dapat menatap wajah mereka.

Bahkan, saat final exam sekalipun, andai ada gap biarpun hanya sehari dua, tetap juga saya akan pulang ke rumah. Mungkin ada yang berpendapat, di rumah mana mungkin boleh study. Ya, saya tak nafikan.. agak sukar.. tapi sukar ini juga berbeza mengikut individu tersebut. Ramai mengatakan mereka akan habiskan masa dengan menonton TV. Tapi berlainan pula dengan saya.

Kalau saya pulang ke rumah, “cabaran” yang membuatkan saya sukar study, adalah berhadapan dengan mak. Ada sahaja yang ingin dibualkan bersama. Alhamdulillah saya punya mak yang rapat, yang bisa dijadikan umpama teman. Boleh dikatakan setiap apa yg berlaku pada diri saya, pastinya saya akan ceritakan pada mak. Hampir tidak ada yang saya rahsiakan dari emak.

Pernah suatu ketika, saya pulang ke rumah minggu final exam. Beberapa hari kemudian, saya ada exam jam 3pm. Tapi pada hari tersebut, saya berhasrat untuk pulang sedikit awal ke kampus. Saya bercadang untuk menaiki komuter pada sebelah paginya supaya dapat naik sama dengan yang mak naik setiap pagi untuk ke tempat kerjanya di KL.

Di stesen komuter Kajang, di waktu paginya, jangan cakaplah.. memang terlalu ramai manusia.. Mak pernah bercerita, setiap pagi kena berebut himpit2 naik dengan hampir seratus penumpang yang lain. Saya hanya mendengar cerita, jadi saya belum betul2 dapat gambarkan situasinya yang sebenar. Namun saya tetap berhasrat pulang sebelah pagi itu.

Saya jenis yg tidak tahan dengan sesak manusia sebegitu.. nanti mudah pening dan jatuh pitam. Emak risaukan hal itu terjadi pada saya. Saya jadi terfikir.. sedangkan saya masih muda, pun cepat sahaja terasa pening dan jatuh pitam saat berpusu-pusu dengan orang ramai, bagaimana pula dengan mak yang sudah berusia 50an?

Ditaqdirkan Allah, pada hari tersebut, saya tertinggal handphone. Saat itu keretapi belum sampai. Ayah menelefon handphone mak untuk maklumkan hal tersebut. Memandangkan exam saya jam 3pm, ayah pesan jangan naik train dulu, tunggu ayah hantar handphone.

Saya hanya menurut. Dan saat itu jugalah, saya ditunjukkan segala yang benar2 menyentuh hati dan perasaan ini. Selama ini saya hanya mendengar dan cuba membayangkan, tapi pada hari tersebut, saya benar2 menyaksikan kelibat emak yang terpaksa berebut dengan ratusan manusia. Iya, RATUSAN MANUSIA!

Zahirnya pasti tidak ada yang menduga usia mak sudah mengjangkau separuh abad. Mak kelihatan muda dari usianya. Mak juga jenis aktif. Dan alhamdulillah mak dikurniakan kesihatan yang baik. Bagi yang belum kenal mak, rata-ratanya fikir mak berusia lewat 30an. Namun itu secara zahirnya. Hakikatnya mak sudahpun mengjangkau 50an.

Dan sebab itu juga, mak ada bercerita meluahkan rasa tidak puas hatinya melihat anak2 muda yang duduk di kerusi (dalam train) tanpa memberi keutamaan bagi mereka yang sudah berusia. Sudahla agak berusia, dan baru juga pulang dari kerja, pastinya mereka terlalu penat dan perlu diberikan lebih keutamaan untuk mendapat tempat duduk berbanding yang masih muda dan gagah berdiri.

Saya tidak sampai hati melihat bagaimana emak terpaksa berebut dengan ratusan manusia untuk memboloskan dirinya ke dalam train. Saya benar-benar tidak kuat untuk melihat semua itu. Lalu saat train hampir tiba, saya salam dan cium tangan mak.. dan saya terus minta izin untuk pergi (kembali ke kaunter tiket untuk tunggu ayah datang berikan handphone yang saya telah tertinggal).

Saat saya berada di jejantas untuk ke seberang, airmata menitis tanpa sedar.. sungguh.. saya benar2 tersentuh dengan kejadian itu..

Setelah habis exam petang tersebut (ada gap beberapa hari untuk exam seterusnya), malamnya selepas solat Maghrib, saya terus pulang semula ke rumah. Malam itu saya tanyakan pada mak, memang begitukah situasi yang dialaminya setiap hari setiap pagi saat mahu ke tempat kerja. Mak hanya tersenyum. Kata mak, itu kerja mak.. mak kena pergi kerja.. cari duit untuk kesenangan hidup anak2 mak.. Sungguh, saat itu juga airmata saya bergenang.. terharu mendengar kata-kata tersebut biarpun mak cakap dalam nada biasa seperti berbual, dan bukanlah suatu luahan hati ke hati.

Saya terus naik ke bilik… bersendirian dalam bilik, saya menangis semahunya (saya memang jenis nanges xnak orang tengok). Jika selama ini saya cuma membayangkan, saat itu saya benar2 menyaksikannya.. itulah tanda kasih sayang dan pengorbanan mak yang mungkin saya tidak sedar selama ini..

Puas menangis, saya turun semula.. baru teringat belum salam lagi dengan mak (sebelum tidur, saya akan salam dan cium tangan mak ayah). Namun emak dah pun tidur kepenatan. Mak memang jenis tidur awal, perlukan tidur yang cukup supaya esok paginya punya tenaga untuk berebut lagi bersama ratusan penumpang untuk memboloskan diri ke dalam train.

Saya tenung wajah mak yang sedang tidur kepenatan… saya perhatikan kedutan di wajahnya yang mungkin ramai tidak sedar, dan saya perhatikan juga uban-uban yang sudah semakin banyak di kepalanya. Saya tenung mak sepuas-puasnya. Ya, mak sudah agak berusia. Itulah hakikatnya biarpun zahirnya mak nampak muda dari usia sebenarnya. Dan walaupun sudah semakin berusia, mak tetap cergas dan sihat, aktif serta bersemangat. Mak tak kan pernah tunjuk dirinya lemah. Dan hakikatnya, mak memang seorang yang kuat dan tabah! Selama saya hidup, belum pernah walau setitis pun airmata mak saya saksikan.. langsung tak pernah! (mungkin saya pun jadi jenis yg x nanges depan orang, waris dari mak la kot).

Dengan niat tidak mahu buat mak terjaga dari lena, perlahan-lahan saya capai tangan mak.. saya cium tangan yang telah membesarkan saya tu.. Tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi saya, memandikan saya, memakaikan saya pakaian, membelai serta memeluk erat saya, dan terlebih dari semuanya, tangan itu jugalah yang sering menadah tangan berdoa untuk saya..

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang wanita bergelar ibu. Sungguh diri ini amat bersyukur mempunyai seorang ibu yang begitu sempurna bagi diri ini..

Mak, dirimu insan yang cukup dikagumi… terima kasih tidak terhingga atas segala kasih sayang serta pengorbananmu.. saat diriku sedih, gembira serta perlukan teman, dirimu sentiasa sudi menjadi pendengar setia biarpun hakikatnya dirimu penat dan letih… Mak… saya sayang sangat2 kat mak! Selamat Hari Lahir saya ucapkan.. Semoga Allah terus kurniakan kesihatan yang baik buat mak.. semoga hidup mak diberkati.. dan semoga mak beroleh kejayaan hidup dunia dan akhirat… Aamiiin…



Related Posts with Thumbnails