Monday, June 8, 2009

ISLAM MEMENTINGKAN KESIHATAN TUBUH BADAN

Tahukah anda mengamalkan minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda? InsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan.(Memang terbukti keberkesanannya).


Selain itu, Islam juga ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan melakukan amalan-amalan seperti berikut:

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan kita boleh mengurangkan lemak mengumpul.


2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya insyaAllah akan terhindar jauh dari penyakit.

3. Waktu solat subuh disunatkan kita untuk bertafakur, iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa. Ini boleh mengelakkan kita dari sakit pening (migrin). Ini terbukti oleh para saintis yg membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Maka dengan bersujud, darah akan mengalir ke ruang berkenaan.


4. Kita juga dilarang daripada memakan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi S.A.W. pernah menegah kita makan ikan bersama susu, kerana dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion(+) manakala dalam ikan mengandungi ion(-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan, maka terjadi tindakan balas biokimia yang terhasil yg boleh merosakkan usus kita.












5. Nabi juga mengajar kita supaya makan dengan tangan tangan dan apabila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.(enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).


Oleh itu, marilah kita sama2 mengamalkan semua ini mudah2an ianya dapat membantu kita dalam menjaga kesihatan tubuh badan kita, insyaAllah…

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails