Showing posts with label PERSAHABATAN. Show all posts
Showing posts with label PERSAHABATAN. Show all posts

Wednesday, March 31, 2010

KATA ITU BERNAMA "UKHUWAH"



Saudaraku....
Terdapat sebuah kata yang penuh erti,
penuh dengan sirah dan taburan makna.
Sebuah kata yang mengajak kita
untuk merenung dan meresapinya.
Menjadikannya sajian, hidangan rohani
yang sarat meresap dalam jiwa sanubari.

Ketika semuanya pergi,
tidak ada lagi canda, tawa, sepi, sunyi dalam diri
terasa semuanya hilang.
Tidak ada semangat,
terhanyut dalam kesunyian.

Kata itu mungkin menjadi penyejuk qalbu,
penyemangat hidup, tatkala hati resah entah berbuat apa.

Kata itu bukanlah sekadar kata,
tapi kata itu adalah sebuah janji,
sebuah ikatan yang tak tersirat tapi sangat erat.

Ketahuilah saudaraku,
Kata itu adalah "UKHUWAH" (persaudaraan).

Begitu tinggi makna yang terkandung di dalamnya,
sebuah perasaan yang sangat kuat
yang bisa membebaskan diri dari belenggu masalah,
menghancurkan tembok dinding pemisah,
meleburkan segala amarah
serta mencairkan suasana.

Ukhuwah ibarat janji dalam hati.
Tak dapat ditulis, tak dapat di baca.
Namun, takkan terpisah oleh jarak dan masa,
takkan sirna oleh amarah.
Sejenak bersama, selamanya di jiwa.

Saudaraku.....
Ketika kita diikatkan dengan tali ukhuwah
dalam bingkai iman dan taqwa,
terasa hidup lebih menjiwa,
lebih ceria penuh warna.
Kerana selalu ada yang menjaga,
melindungi dan selalu menasihati.


"Setiap mu’min itu adalah bersaudara, ibarat satu tubuh, ketika satu bahagian sakit maka seluruh tubuh pun akan merasakan sakit"

SubhaanALLAH, begitu eratnya jalinan ukhuwah yang tercipta hingga melebihi batas saudara kandung sendiri.

Tetapi saudaraku...
Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan.
Bukan juga pada manisnya ucapan di bibir.
Tapi ianya terletak pada ingatan seseorang
terhadap saudaranya
di dalam doanya.
Doa yang tulus ikhlas
yang terbaik untuk kau persembahkan
kepada saudaramu
atas nama ukhuwah.
Dengan segenap cinta dan kasih yang tercurah
kepada pemilik diri ini Ilaahi Rabbi...



"Dan Dia (Allah) yang telah menyatatukan hati-hati mereka (orang-orang yang beriman). (Dan ingatlah) walaupun kamu membelanjakan apa yang ada di bumi semuanya, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allah mempersatukan antara mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Gagah lagi Maha Bijaksana." (Al-Anfal: 63)


~Atas nama "ukhuwah" tulisan ini daku persembahkan~


Nukilan: Al-biruni98

Sunday, February 21, 2010

KENALAN, KAWAN, ATAU SAHABAT?


Sepanjang perjalanan hidup kita selaku manusia di dunia ini, kita berpeluang bertemu dan berkenalan dengan ramai orang. Sekali lihat, semuanya seperti sama sahaja. Semuanya manusia juga. Namun yang membezakan mereka yang kita ketemu itu, adalah berdasarkan sejauh mana kita mengenali mereka, sama ada kita rapat ataupun tidak dengan mereka.

Secara amnya, manusia yang kita jumpa dalam kehidupan seharian kita dapatlah dikatogeri kepada tiga kumpulan. iaitu kenalan, kawan dan sahabat. Mungkin orang yang kita jumpa itu sekadar seorang kenalan, atau mungkin juga seorang kawan, malah boleh jadi juga dia merupakan seorang yang digelar sahabat. Ingin tahu apaah perbezaan antara tiga kumpulan ni? Mari perhatikan ciri-cirinya…


1) KENALAN (Known):

Mereka ini adalah orang-orang yang kita kenali dan ketahui nama mereka, namun kita tidak rapat dengan mereka. Nama mereka juga boleh jadi kita terlupa, namun diri dan wajah mereka tetap dapat kita kenalpasti.

Perhubungan adalah berputar sekitar "Hai/ Hello..." ataupun memberi salam, lalu berjabat tangan dan bersoal-jawab beberapa soalan, dan kemudiannya segera meminta diri. "Awak, minta maaf, saya ada urusan... Sampai jumpa lagi ye... Ok, bye..."

Kita saling mengenali tetapi tidak rapat dan tidak merasa apa-apa meskipun tidak berhubungan untuk sekalian lama. Ini kerana mereka tidak mempangaruhi dan tidak menyentuh hidup kita. Justeru, tidak ada kerinduan untuk bertemu.

Tetapi kalau berselisih atau terjumpa mereka secara tiba-tiba, pastinya kita akan berteguran juga. Namun sekadar bertegur sapa dan tidaklah sampai bercerita panjang. Seolah-olah mahu segera pergi dengan alasan ada urusan. Rasa seperti tidak enak untuk bercakap lama-lama.

Bagi mereka yang dalam golongan kenalan ini juga, kebiasaannya tiada makan minum bersama. Kalau diajak, juga keberatan. Sekadar memberi alasan, "terima kasih ye, tapi tak mengapalah, saya baru sahaja makan dan minum sebentar tadi...".

Pendek kata, orang yang merupakan “kenalan” kita adalah orang yang kita kenal namun tidak pula rapat, dan tidak juga meluangkan masa bersamanya.

2) KAWAN (Companions):

Mereka ini adalah orang-orang yang bersama-sama dengan kita, terutama sekali semasa bersekolah, atau menuntut di pengajian tinggi, ataupun ketika sama-sama mengikuti kursus atau latihan untuk suatu aktiviti.

Setiap hari pastinya kita akan bertemu dengan mereka, dan adakalanya bergurau mesra bersama. Seringkali meluangkan masa bersama, membesar sama-sama. Belajar, bersukan, dan segala apa aktiviti ketika di sekolah mahupun IPT, sentiasa dilakukan bersama.

Pada masa tersebut, kita begitu rapat dengan mereka. Tetapi apabila sudah tamat sekolah, ataupun pengajian/ kursus, masing-masing mulai sibuk dengan pekerjaan dan kehidupan sendiri. Maka perhubungan yang terjalin selama ini kini menjadi renggang. Ada yang masih berhubungan dan masih punya contact number, tetapi begitu jarang sekali untuk “keep in touch”, bahkan ada juga yang sampai "lost contact".

Walaubagaimanapun, kalau kita terjumpa dengannya di kedai atau di mana-mana pun jua, pastinya kita akan bertegur sapa dan mulai bercerita panjang. Ada sahaja kisah yang ingin dikongsikan bersama. Sampaikan hingga sanggup membuat janjitemu untuk berjumpa lagi di lain waktu. Sesekali meluangkan juga masa untuk makan dan minum bersama.

Adakalanya turut merancang untuk diadakan reunion supaya dapat berkumpul bersama-sama, beramai-ramai. Kisah-kisah lalu juga pasti akan terungkit kembali. Kisah yang manis dan lucu pasti menjadi bahan percakapan. Pelbagai pengalaman dan perkembangan diri selama tidak bertemu dan berhubungan, turut mahu diceritakan.

Pendek kata, kita jarang sekali berjumpa dgn mereka, tetapi kalau sudah ditaqdirkan berjumpa, pastinya akan bertanya khabar serta perkembangan terkini, dan merasa mahu berbual lama dgn mereka.

3) SAHABAT (Friends):

Mereka ini adalah orang-orang yang kita kenali sejak dari dulu lagi sampailah sekarang. Meskipun tidak selalu berjumpa, tetapi sekali-sekala masih tetap bertanyakan khabar, “stay in touch” dengan kita.

Hubungan yang terjalin begitu rapat. Susah senang seringkali dikongsi bersama. Hampir kesemuanya diceritakan, hingga seolah-olah tiada apa yang dirahsiakan antara mereka. Kalau ada apa-apa masalah, merekalah yang kita cari dan mereka jugalah yang akan sedia dan berusaha membantu kita menyelesaikan masalah kita.

Ada yang terpisah atas sebab-sebab tertentu misalnya berlainan tempat pengajian. Namun demikian, biarpun tidak dapat selalu bersua muka, mereka akan tetap berhubungan sama ada melalui SMS, call, ataupun melalui kemudahan Internet seperti di Yahoo Messenger mahupun laman Facebook.

Biarpun tidak selalu berjumpa, namun sekurang-kurangnya ada jugalah beberapa kali bertemu dalam masa setahun. Misalnya pada hari-hari perayaan, ketika dibuat open house, ataupun sekadar datang menziarah bagi melepaskan rindu tidak bertemu sekian lama. Begitulah juga andainya kita mengadakan majlis keramaian seperti perkahwinan, mereka ini pasti kita jemput.

Kalau sudah berjumpa, pasti panjang sekali cerita yang dibualkan. Adakalanya, turut meluangkan masa untuk makan bersama sambil bercerita panjang lagi. Cerita suka dan gembira, disambut dgn nada yg sama. Begitu juga keadaannya apabila cerita duka dan sedih yg diluahkan, mereka juga akan turut bersimpati kepada kita.

Sekiranya mereka mendapat tahu bahawa kita sedang menghadapi masalah besar, maka pastinya mereka akan datang kepada kita menghulurkan bantuan semampu mereka meskipun kita tidak meminta. Mereka akan berusaha membantu meringankan beban kita dgn penuh ikhlas tanpa mengharapkan kita membalasnya.

Pendek kata, mereka ini adalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dan jujur dalam bersahabat dengan kita. Sering memberi tanpa mengharapkan balasan. Susah senang suka duka kita, mereka ada dengan kita sebagai tempat untuk kita mengadu dan meluah rasa. Mereka inilah yang dikatakan SAHABAT...





Orang bijak berkata:

Kita memerlukan waktu
SATU MINIT untuk bertemu seseorang yg istimewa,
SATU JAM untuk menghargainya, dan
SATU HARI untuk menyukai dan mengasihinya...

TETAPI...kita memerlukan waktu
SEUMUR HIDUP untuk melupakannya!



Kesimpulannya, memang terlalu ramai orang yang kita temui dalam hidup kita. Namun bukan semua orang yang kita temui itu boleh dianggap sebagai sahabat. Sebenarnya kebanyakan yang kita temui itu hanyalah sekadar menjadi kenalan ataupun kawan buat kita. Bukan mudah untuk kita tentukan apakah seseorang itu boleh dijadikan sebagai sahabat, namun andainya hati kita yakin kepada seseorang, dan kita telah pun berjanji kepada diri kita mahupun kepada dirinya bahawa kita akan menjadi sahabatnya buat selama-lamanya, maka kita ada kewajipan untuk membuktikan janji kita ini. Jangan hanya sekadar berjanji manis di mulut, tetapi tidak pula ditunaikan janji tersebut. Pendek kata, bersahabat biarlah buat selamanya, dan yang paling penting, bersahabatlah dengan hati yang tulus dan ikhlas...

Tuesday, January 26, 2010

KISAH DUA SAHABAT DI MEDAN PERANG



Imran dan Nabil bersahabat sejak dari kecil lagi. Hubungan persahabatan antara mereka sangat akrab. Dalam apa jua aktiviti, mereka sering bersama.

Setelah tamat alam persekolahan, kedua-dua mereka menyertai kem tentera. Bertugas dan berkhidmat mempertahankan kemakmuran negara, mereka adakalanya terpaksa mengorbankan waktu untuk bermesra bersama. Namun begitu, persahabatan antara mereka tetap teguh dan kuat.

Pada suatu hari, Leftenan mengarahkan sebahagian daripada anak-anak buahnya untuk ke medan perang di suatu kawasan, manakala sebahagian yang lain diminta tinggal di markas untuk mempersiapkan diri andai berlaku pertempuran di kawasan yang lain.

Ditaqdirkan Imran dan Nabil terpisah dalam kumpulan yang berbeza. Imran ditugaskan menyertai pasukan perang ke medan pertempuran, meninggalkan sahabat baiknya Nabil di markas tentera.

Tanpa diduga, malapetaka menimpa. Sesuatu yang tidak diingini terjadi kepada Imran. Diserang hebat oleh pasukan lawan, Imran akhirnya jatuh tersungkur ekoran kecederaan teruk yang dialaminya di bahagian kepada dan dada.

Khabar malang tersebut sampai ke pengetahuan mereka yang tinggal di kem. Betapa hancur luluhnya hati Nabil ketika dia mendengar berita keguguran sahabat karibnya itu di medan pertempuran yang agak jauh dari markas. Dia segera meminta izin dari Leftenan untuk membenarkan dia menjemput tubuh sahabatnya yang gugur itu.

“Kamu boleh pergi, saya izinkan...” kata Leftenan, lalu menyambung, “tetapi saya merasakan usahamu itu tidak berbaloi. Tidak akan mendatangkan apa-apa keuntungan. Imran sudah mati, dan kamu malahan berkemungkinan ikut mati sama di sana nanti.”

Tanpa mempedulikan kata-kata nasihat Leftenan itu, atas dasar persahabatan, prajurit muda itu tetap saja pergi. Dengan perjuangan yang luar biasa, akhirnya Nabil berhasil menemukan sahabatnya. Dia bersyukur masih berpeluang bertemu Imran.

Dengan hati yang sedih menangisi pemergian sahabatnya itu, Nabil segera mengendong mayat sahabatnya itu, lalu dibawa pulang ke markas. Namun, di pertengahan jalan, ternyata prajurit muda itu sendiri tertembak, dan mengakibatkannya cedera parah.

Setibanya di markas, Leftenan memeriksa keadaan Nabil, dan dengan sendu dia berkata, “Kan saya sudah katakan, usahamu itu akan sia-sia saja. Sahabatmu sudah mati dan… kamu juga ternyata akan mati…”

Dalam keadaan dirinya yang tidak bermaya, Nabil tetap bersuara, “Tidak, ia bukanlah suatu yang sia-sia...”

“Apa maksudmu?” tanya Leftenan. “Sahabatmu kan ternyata sudah mati, dan sekarang kamu juga akan ikut menyusuli pemergiannya”

“Tidak...” sekali lagi Nabil menafikannya. “Ketika saya menemukannya, Imran ternyata masih hidup… malah dia sempat berkata kepada saya, ‘Bil, aku tahu… kamu pasti datang…’”

Tidak lama selepas itu, Nabil juga akhirnya memejamkan matanya buat selama-lamanya, menyusuli pemergian sahabat baiknya, Imran.


*******************************

Notakaki: Dalam soal persahabatan, kita harus faham bahawa ukhwah yang paling tinggi adalah ketikamana seseorang itu melebihkan sahabatnya lebih daripada dirinya sendiri. Adakalanya dalam hidup ini, kita tersalah membuat penilaian terhadap perbuatan seseorang. Hakikatnya, bermakna atau tidak bermakna sesuatu hal dan tindakan, ia bergantung kepada bagaimana kita memandangnya. Oleh itu pupuklah kebijaksanaan, himpunlah keberanian, dan ikutilah suara hati, kerana dengan demikian, inshaAllah kita tidak akan menyesali tindakan kita di kemudian hari.

Thursday, December 31, 2009

BERTEMU & BERPISAH KERANA ALLAH


Pertemuan antara kita,
Tidak pernah dirancang,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar teman...

Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun, Tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan di hati ini,
Malah, Aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah persahabatan...

Perpisahan...
ternyata amat menyakitkan,
Sering kali mengundang air mata,
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama,
Bagaikan disentap pergi serta-merta,

Walaupun begitu, Ingatlah, sahabatku........,
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah,
Oleh itu, Terimalah dengan penuh keredhaan...

Sekiranya ingatanmu singgah padaku,
Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...
Insya-Allah!!!


Sumber: iluvislam


~ Merindui sahabat2 yang telah terpisah setelah sekian lama berkawan.. namun menerimanya dengan redha.. inshaAllah, diri ini akan sentiasa mendoakan kejayaan serta kebahagiaan hidup kalian… semoga beroleh yang terbaik dari-Nya… Aamiiin..

Friday, December 11, 2009

KAWAN TU MACAM APA YE??


Kawan bukan macam main FUTSAL…
Mula-mula kejar, tapi dah dapat, disepak.

Kawan bukan macam main SKATE...
Mula-mula gosok, lepas tu pijak.

Kawan bukan macam main RAGBI...
Mula-mula tangkap, bila dah dapat, ditendang.

Kawan bukan macam PAMPERS…
Dah pakai, buang.

Kawan bukan macam BARANG KEMAS…
Waktu baru beli pakai, tapi bila sengkek, digadai.

Kawan bukan macam PELANGI…
Hari cerah tiada, tapi bila hujan gerimis, barulah muncul.

Kawan bukan macam KERETA…
Rosak sikit, terus dijual, dan diganti dengan kereta baru.

Kawan bukan macam CHIPSMORE…
Kejap ada, kejap tak ada.

Kawan bukan macam BANK…
Bila tiada duit, barulah datang untuk ambil (pinjam) duit.

Lagi..... kawan tu macam ape ye???


Haa... kawan tu macam AWAK la!

Bila saya hantar mesej, awak akan baca mesej saya dengan teliti sampai habis, kemudian balas...
Bila saya update blog ni, awak akan datang ziarah untuk baca dan tinggalkan komen...



Walau apa pun tanggapan orang tentang ‘kawan’, bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya sendirian. Kawan yang sejati akan sentiasa berada di sisi kawannya di waktu susah mahupun senang, dan mudah untuk diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Dan yang paling penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada kawan-kawannya (^_^)


“Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya”
(HR al-Hakim)

Sunday, November 8, 2009

PERLUNYA 10 'K' DALAM PERSAHABATAN



Setiap manusia dianugerahkan oleh Allah dengan kelebihan, kebaikan dan keindahan masing-masing. Begitu juga dengan kekurangan, keburukan dan kelemahan masing-masing. Itulah sunnatullah. Begitu indah sekali aturan-Nya. Betapa adilnya Dia, menciptakan setiap benda secara seimbang.

Dalam kehidupan seharian, kita pastinya telah bertemu, berkenalan, berkawan dan bersahabat dengan macam-macam jenis manusia. Justeru itu, kita pastinya telah mengetahui sedikit sebanyak kelebihan serta kekurangan sahabat kita itu.

Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetap Allah sejak azali lagi. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya. Ada sahabat yang nakal, tetapi bersikap prihatin serta mengambil berat. Ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang. Pendek kata, macam-macam corak sahabat yang kita boleh dapati dalam bersahabat dengan seseorang.

Namun demikian, bukanlah soal kelebihan mahupun kekurangan yang ingin dicoretkan di sini. Buruk baik serta kurang lebih seorang sahabat, seharusnya kita terima seadanya, kerana diri kita sendiri juga bukanlah insan yang sempurna.

Apa yang sebenarnya lebih penting dalam sebuat persahabatan, ialah nilai-nilai murni yang perlu ada dalam menghidupkan lagi persahabatan yang sedia terjalin. Justeru itu, di sini saya ingin kongsikan bersama pembaca sekalian mengenai 10 'K' yang diperlukan dalam sesebuah persahabatan.



APAKAH 10 ‘K’ YANG DIMAKSUDKAN?


(1) KECINTAAN. Ianya merupakan elemen yang paling penting dalam persahabatan. Sebuah persahabatan akan mudah rapuh tanpa adanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu kadang2 kita perlu meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dgn mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat2 yang sama jantina sahaja) agar dia tahu betapa kita mencintainya, kerana Allah (inshaAllah).

(2) KASIH SAYANG. Ini lebih kurang sama sahaja maksudnya dgn kecintaan. Setelah wujud rasa cinta terhadap sahabat kita, maka kita perlulah mencurahkan kasih sayang kita terhadap sahabat kita itu. Namun harus diingat, kasih sayang tidak semestinya perlu dipamerkan secara luaran. Adakalanya, hanya dengan mendoakan sahabat-sahabat kita, InshaAllah, sudah memadai untuk membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

(3) KEIKHLASAN. Bagi mendapatkan keberkatan dan rahmat Illahi, sesebuah persahabatan itu haruslah beserta dengan rasa ikhlas. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Justeru itu bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

(4) KESETIAAN. Tidak dapat dinafikan, kesetiaan terhadap sahabat mampu mengukuhkan lagi persahabatan yang terjalin biarpun jarang bertemu. Setia terhadap sahabat bermaksud sentiasa ada bersama sahabat di waktu susah mahupun senang, memberikan nasihat serta sokongan di saat dia memerlukan kita. Sekiranya berjauhan, kita boleh tunjukkan kesetiaan kita terhadap sahabat dgn sentiasa menghubunginya bertanyakan khabar serta perkembangannya. Apabila kita setia terhadap sahabat-sahabat kita, maka kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka.

(5) KEBERANIAN. Apa yang dimaksudkan di sini ialah bersikap berani dalam berkata hal yang benar. Dalam persahabatan, kita hendaklah bersikap berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, maka kita hendaklah berani mengaku kepadanya akan kesilapan yang telah kita dilakukan. Selain itu, kita juga harus bersikap berani dalam menasihati sahabat kita, kerana sebagai sahabat, kita pastinya mahukan yang terbaik untuk sahabat kita.

(6) KEJUJURAN. Ini amatlah penting dalam sesebuah persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita, terutamanya dalam hal-hal yang juga ada kaitannya dengan sahabat kita itu. Biarpun pahit, bersikaplah jujur sepenuhnya kerana “sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”. Pembohongan itu pastinya akan terbongkar jua akhirnya. Dan pastinya ia sedikit sebanyak memberi kesan buruk kepada persahabatan yang sedia terjalin. Ada kemungkinannya juga, sahabat kita itu menjadi kurang (mungkin juga langsung hilang) kepercayaannya kepada kita. Begitu juga kita tidak perlulah menyembunyikan apa-apa dari sahabat kita. Janganlah berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.

(7) KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahannya terhadap kita, kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika sebaliknya kita yang melakukan kesalahan, maka janganlah kita malu dan teragak-agak untuk meminta maaf daripadanya, kerana orang yang terlebih dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

(8) KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka ikutlah sedih bersamanya. Pinjamkanlah telinga kita untuk mendengar setiap luahannya, dan tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tempat tadahan air matanya. Bersedihlah bersamanya, namun dalam masa yang sama berilah kekuatan kepadanya. Kerana insan yang dicarinya bukanlah orang lain, melainkan kita sahabatnya.

(9) KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

(10) KESERASIAN. Apa yang dimaksudkan dengan “keserasian” di sini bukanlah dari segi paras rupa mahupun harta benda. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun keserasian antara dua pihak dalam bersahabat dapat diwujudkan apabila adanya persefahaman antara mereka. Dengan adanya persefahaman, ianya akan membantu mengeratkan lagi hubungan kita dengan sahabat kita, sekaligus dapat mengelakkan berlakunya pergaduhan disebabkan salah faham.



Demikianlah 10 ‘K’ yang dapat saya kongsikan bersama di sini mengenai persahabatan. Sekarang cuba kita renungkan kembali, adakah kita dan sahabat kita mengamalkan 10 ‘K’ ini? Diharap dengan perkongsian ini, selepas ini dapatlah sama-sama kita cuba amalkan kesemua nilai-nilai murni ini dalam mengeratkan lagi jalinan ukhuwwah kita bersama sahabat-sahabat kita. Semoga ikatan persahabatan yang terjalin antara kita dan sahabat-sahabat kita sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT... Aamiiin...

Monday, October 5, 2009

KAWAN YANG BAIK



Bukan senang nak cari kawan yang baik...
Bukan senang juga nak jadi seorang kawan yang baik…

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dgn kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya
untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu
menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari
bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan yang baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan
yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya
untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya
untuk berkawan dengan kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya
mempunyai ramai kawan baik,
kerana kawan yang baik tahu
apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan
dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat.
Di dalam doanya,
kita adalah kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita adalah kawan yang baik jika kita
faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita
menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita
tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik
akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita
tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan selalu
menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Dan ingatlah…
kalau kita nak dapat kawan baik yang baik,
kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik
kepada kawan baik kita...



…sEMoGa kiTa mEnJaDi sEOraNg kAwaN yAnG bAiK…

Sunday, July 26, 2009

SAHABAT…



Sahabat...
apabila terasa ingin menangis,
hubungilah daku…
bukan nak suruh kamu berhenti menangis,
tapi mungkin daku boleh menangis bersama denganmu..
tapi tak bolehla lama-lama sangat,
nanti habis air mataku…

Sahabat...
jika terasa tiba-tiba nak melarikan diri,
jauh dari masalah,
hubungilah daku...
takkan ku suruh kamu berhenti,
mungkin akan ku berlari bersama kamu,
agar masalah kamu boleh selesai...
cuma janganlah terlalu laju...
tak larat ku mengejarmu...
kaki ku terasa lenguh...

Sahabat...
jika kamu kecewa keluargamu tidak bahagia,
beritahulah kepada ku,
takkan ku buat kamu benci kepada ibubapamu atau keluargamu...
tetapi…
akan ku ingatkan kamu, terimalah segala ketentuan Allah...

Sahabat…
jika kamu kecewa dengan hubungan istimewamu satu hari nanti,
ceritalah kepada ku,
takkan ku sebut nama perempuan/lelaki itu...
tetapi…
akan ku nasihatkan, cubalah jadi lelaki/wanita yg lebih soleh/solehah...

Tetapi sahabat…
jika suatu hari nanti daku berdiam diri,
tidak lagi membalas mesej yg kamu kirimkan,
tidak juga menjawab panggilan telefon darimu,
maka hubungilah daku dengan segera...
kerana mungkin di saat itu...daku...
ermmm...
daku perlukan dirimu!
atau mungkin juga waktu itu,
daku sudah tiada lagi di dunia ini...




Notakaki: Buat sahabat2 yg mengenali diri ini, terima kasih ku ucapkan kerana sudi menjadi sahabat kepada diri ini... kalian semua sentiasa dalam ingatan... kewujudan kalian di sisi ini sangat2lah dihargai... semoga segala layanan baik kalian terhadap diri ini mendapat ganjaran pahala dari-Nya...

Saturday, June 27, 2009

AWAK…


Awak…
Dulu awak pernah senyum kat saya
Tapi saya buat-buat tak nampak
(Padahal nak elak drpd pengsan)

Awak…
Dulu awak pernah datang ke kelas saya
Tapi saya buat tak tahu aje
(Padahal bumi ni terasa mcm dah tak cukup graviti)

Awak…
Dulu saya pernah senyum kat awak
Tapi awak jalan depan saya
(Jadi senyum pun tak ada maknanya)

Awak…
Dulu awak pernah tegur saya
Tapi saya buat-buat tak dengar
(Padahal nak elak drpd tak boleh berhenti borak)

Awak…
Dulu saya pun pernah juga tegur awak
Tapi saya tegur awak dalam hati je
(Jadi awak tak dengar apa yg saya katakan)

Awak…
Dulu awak pernah beratur belakang saya
Tapi saya tak tau nak cakap apa
(Jadi saya pergi macam tu aje)

Awak…
Setiap hari awak nampak comel
Semua orang puji awak
Tapi saya puji dalam hati je
(Padahal nak jugak puji sekuat hati)

Awak…
Pernah sekali tu saya nampak awak di McD
Tapi awak tak macam dulu lagi
Jadi saya terdiam sendiri

Awak…
Hari ni saya dah janji…
Saya akan pergi
Tapi tak tau kenapa tak boleh pergi

Awak…
Hari ni saya menyesal ada ego yg tinggi
Tapi saya dah tak ada harapan lagi
Jadi nak tak nak, terpaksa sendiri

Awak…
Hari ni hari terakhir saya nampak awak
Tapi awak tak toleh ke arah sini
Awak fokus kat tempat lain

Awak…
Hari ni saya tengok gambar awak senyum
Tapi gambar hanya tinggal gambar
Nak buang sayang, nak simpan sedih

Awak…
Esok antara kita ada "balai berlepas"
Tiada esok untuk saya
Tiada juga esok untuk awak

Awak…
Semoga satu hari nanti saya menginsafi diri
Tak nak ada ego tinggi lagi
Hanya buat sakit hati

Awak…
Sebelum pergi
Hari ni…
Kat sini
Saya janji
Semua ni untuk awak…
Sebab mengenali awak
Merupakan anugerah terindah pernah saya miliki….
Terima kasih awak…


Notakaki: Entri ni langsung tiada kaitan dengan hidup penulis... cuma apa yg mahu disampaikan di sini... hidup ini jgnlah terlalu ego.. drpd rasa menyesal di kemudian hari, ada kalanya lebih baik kita berterus-terang dan luahkan apa yg kita rasakan.. kita tidak tahu esok lusa adakah kita masih bernafas di mukabumi ini... justeru itu juga, hargailah setiap org yg kita kenal kerana dgn mengenali seseorang, secara x langsung kita juga belajar untuk mengenali diri kita sendiri...

Thursday, June 18, 2009

A FRIEND… (THE A-Z OF “FRIENDSHIP”)


Accepts you as you are.
Believes in you.
Calls you just to say "hi."
Doesn't give up on you.
Envisions the whole of u (even the unfinished parts).
Forgives your mistakes.
Gives unconditionally.
Helps you.
Invites you over.
Just likes being with you.
Keeps you close at heart.
Loves you for who you are.
Makes a difference in your life.
Never judges you.
Offers support.
Picks you up.
Quiets your fears.
Raises your spirits.
Says nice things about you.
Tells you the truth when you need to hear it.
Understands you.
Values you.
Walks beside you.
X-plains things you don't understand.
Yells when you won't listen.
Zaps you back to reality.




Tuesday, June 9, 2009

HARGAILAH SETIAP SAHABAT KITA


Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa…
Mengenali seseorang itu juga ada kalanya
membuat kita mengalirkan air mata…
Sesungguhnya, mengenali seseorang itu
mampu memberi kita sejuta rasa…
Marah, sedih, gembira, sayang dan rindu…
Tapi sedarkah kita?
Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu anugerah
Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara…
Bersyukurlah dengan kehadirannya…
Kerana barangkali,
Melaluinyalah kita mengerti apakah itu persahabatan …

Friday, June 5, 2009

NILAI PERSAHABATAN


Malam tadi kamu dan kawan baikmu bertengkar. Kamu membuat keputusan tak mahu bercakap dgnnya keesokan harinya.

Apabila berselisih, dia senyum kepadamu, tetapi kamu membalas dengan mengetap gigimu kpdnya… Dia ceritakan perkara yg baik tentang kamu kpd kawan2nya yg lain, tetapi kamu pula menyebarkan khabar angin mengenainya… Dia cuba mendekatimu dan menegurmu, tetapi kamu menolaknya ke tepi…

Bagi dirinya, kamu seorang kawan yg terbaik, tetapi kamu pula merasakan dialah kawan yg paling teruk pernah kamu jumpa… Dengan niat untuk berdamai, dia menulis surat kpdmu dan menceritakan semula kenangan manis yg pernah kamu dan dia kongsi bersama. Namun sebaliknya kamu pula membalas dengan menulis semua saat buruk yg kamu ingat sepanjang bersamanya.

Hakikatnya, jauh di sudut hatimu, kamu mengasihaninya dan masih menyayanginya. Tetapi disebabkan terlalu ikutkan perasaan, hatimu kini sudah penuh dgn kebencian.

Keesokan harinya, kamu menerima satu nota drpdnya:


Buatmu_________,

Saya cuba memberitahu kamu semalam tapi kamu tak beri peluang utk saya bercakap. Saya cuba memberitahu kamu berita gembira tapi kamu takut utk mendengarnya. Saya cuba utk senyum kpdmu tapi kamu sambut senyuman saya dgn kebencian. Skrg ni keadaan saya sgt teruk dan makin teruk. Saya minta maaf sbb hari ni saya tak dpt berjumpa dgn kamu. Saya tulis surat semasa saya di hospital. Saya sudah kesuntukan masa. Saya minta maaf sbb terpaksa beritahu kamu skrg. Saya minta maaf atas pergaduhan kita, kamu memang seorg kawan yg hebat. Saya berjanji saya akan sentiasa memerhatikan kamu.

Salam kasih sayang,
________________


Selesai membaca kandungan nota tersebut, kamu pun terus berlari bergegas ke hospital utk meminta maaf kpdnya. Tetapi hanya ibunya saje yg ada di situ. Kamu perhatikan ibunya menekap mukanya dgn kedua belah tgnnya, lalu menangis. Si ibu melutut dan berdoa supaya Tuhan kembalikan anaknya…

Sedangkan kamu? Kamu sudah terlambat. Kamu berharap dpt memberitahu kawanmu itu yg kamu sebenarnya mahu minta maaf… tetapi, segalanya sudah terlambat dan tiada maknanya lagi…


Pengajarannya: Semua kawan ada masa naik dan turun. Orang yang baik juga kadang2 buat salah dan silap. Dan kadangkala kamulah yang perlu meminta maaf. Jgn tunggu org lain melakukannya dulu, sbb kamu takkan tahu apa yang akan terjadi esok hari. Justeru itu, ringankanlah mulut utk mengungkapkan lafaz maaf…


Related Posts with Thumbnails