Showing posts with label PICTURE. Show all posts
Showing posts with label PICTURE. Show all posts

Sunday, May 30, 2010

SETAHUN TELAH BERLALU… TERIMA KASIH SEMUA ^_^




Ini merupakan post yang ke-200, dan alhamdulillah pada hari ini juga, 30 Mei 2010, genaplah setahun sudah usia blog yang tidak seberapa ni. Mengimbas kembali kenangan lalu, saat mula mewujudkan blog “Kongsi Bersama” ini pada tarikh yang sama tahun lepas, di benak fikiran ini, tertanya2 juga, bolehkah blog ni bertahan lama, at least untuk jangka masa setahun? Sekarang persoalan tersebut telahpun terjawab… Terbukti dapat juga capai jangka masa setahun tu…alhamdulillah..

Tapi bila difikir2kan kesemua 199 post sebelum2 ni... terasa agak sedikit perkongsian yang boleh dimanfaatkan bersama... ntahla… apepun, semoga segala yang terkandung di dalam blog ni tak menyinggung perasaan mana-mana pihak… andai ada terjadi tanpa sedar, jutaan kemaafan saya pinta…

Apa yg membuatkan diri ini gembira dan lebih bersemangat dalam dunia blogging, x lain x bukan, tautan ukhwah yg terjalin sesama rakan bloggers serta perkongsian pendapat, komen2 bernas, dan juga ilmu2 yg dapat dimanfaatkan bersama…x dilupakan, penghargaan berbentuk awards juga banyak diterima dalam tempoh setahun ini.. terima kasih sgt2 buat semua pemberi awards…(sebenarnya pemberi awards 4 org je, tp byk kali terima drpd org yg sama.. ‘rezeki’la untuk blog ni =D ) apepun, shukran jaziilan…

Demi menghargai pemberian kalian, di sini, sempena genap setahun kewujudan blog ni, saya publishkan kesemua awards yang pernah saya terima… (^_^)

1) Paling byk terima, drpd Kak Intan… Award2 yg diberikannya:













Dan yg paling special, yg akhir sekali ni (latest).. award yg dibuat sendiri oleh kak intan ^_^

Nampak simple, tp cantik dan sedap mata memandang ;)

2) Tak dilupakan, awards daripada adik iznie.. ^_^ Inilah award2 yang iznie pernah kasi:






3) Pemberian kak Lin… walaupun hanya satu dan sama dengan yang kak Intan berikan, namun pemberian kak Lin tetap saya hargai ^_^


4) Diterima daripada sis Dayah.. yang ni pun samalah, biarpun hanya satu, tapi tetap dihargai.. dan yang specialnye, inilah award pertama yang “Kongsi Bersama” terima ^_^



Semuanya ade 10 awards yang berbeza (^_^) mm, mane yang saya terlepas pandang, x terambil sekaligus x publishkan kat sini, maaf saya pinta.. kalau x menyusahkan, tlgla remind pd saya kat ruang comment ye.. tu pn kalau ade la.. hehe

Kata Hati: Ntah bila la nak create award sendiri pulak~

Saturday, January 9, 2010

PENGHINAAN TERHADAP AL-QUR’AN



Amaran: Gambar-gambar di bawah pastinya akan mengundang kebencian dan kemarahan dalam diri anda… Jadi awas! Jaga mulut anda daripada berkata sesuatu yang tidak baik... (sila rujuk entri bertajuk “BERKATALAH YANG BAIK, ATAUPUN DIAM” di SINI)

Dah sedia?? Ok, sekarang lihatlah gambar-gambar di bawah yang jelas menunjukkan betapa kitab suci kalaamullah ini dihina dengan dahsyat sekali… (T_T)


Peluru dilepaskan ke arah Al-Qur’an…


Diletakkan kotoran ke atasnya...


Diletakkan alkohol dan arak di atas Al-Qur’an…


Kemudian dipukulnya Al-Qur’an dengan selipar...


Sapu/ Lap lantai guna Al-Qur’an...


Letak selipar atas Al-Qur’an??



Dan yang terakhir ni plak.. paling dahsyat antara semua yang dahsyat2 yang ditunjukkan kat sini... tergamak nak tengok??
Scroll la ke bawah...



Dgn 'biadabnya' kafir laknatullah ni pijak Al-Qur’an!!!



Biarpun kejadian ini berlaku di luar negara dan bukanlah di Malaysia, namun sensitiviti kita sebagai Muslim/ah pastinya terusik melihat Al-Qur’an yang suci diperlakukan sebegini sekali. Pasti timbul rasa marah yang membuak-buak. Saya bisa faham, sebab perasaan tersebut wujud juga dalam diri tatkala melihat gambar-gambar ni.


Melihat penghinaan ke atas Al-Qur’an, tanpa kesabaran yang tebal di jiwa, pasti akan meletuskan kekecohan besar di kalangan ummah sekarang. Pasti ada yang terasa seperi hendak menghamburkan kata-kata kesat kepada kafir laknatullah ni. Namun berbaloikah dengan sekadar menempik ke sana-sini memarahi golongan yg telah mengusik sensitiviti Muslim ini? Rasanya tak perlu, dan tak berbaloi... malah langsung tidak mendatangkan kebaikan serta manfaat buat kita semua.

Bahkan sebaliknya ketahuilah wahai muslimin dan muslimat sekalian,
inilah nilai Al-Qur’an di mata bukan Islam. Sedarilah hakikat bahawa agama kita terancam dan dihina di mana-mana sahaja...

Bukan berniat untuk memprovokasi isu ini, malah sebaliknya ingin saya bawa diri sendiri dan pembaca sekalian kepada persoalan yang lebih mendalam. Mari kita renungkan sejenak... apa salah dan silap kita sebagai Muslim/ah terhadap kitab Allah ini sehingga ada pihak yang dengan beraninya menghina Al-Qur’an sedemikian rupa??

Apakah Al-Qur’an yang merupakan kitab panduan hidup kita ini tidak lagi menjadi keistimewaan buat Muslimeen kerana sikap dan perangai penganut Islam di akhir zaman ini tidak lagi mencerminkan isi kandungan Al-Qur’an??

Apakah roh Al-Qur’an kini terlalu lemah kerana penganut-penganutnya tidak membacanya setiap hari serta merasa bimbang dan bersalah andai tidak membacanya dalam satu hari?

Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing...


Sama2lah kita perbaiki kelemahan diri, dan berusaha untuk berubah ke arah kehidupan yang sentiasa di bawah rahmat dan barakah-Nya. Semoga perkongsian gambar-gambar di atas ini dapat mendatangkan sensitiviti kita terhadap Al-Qur’an, sekaligus menjadikan kita semua insaf...


p/s: Sebenarnya ade banyak lagi gambar... tapi rasenya 7 keping gambar yg saya kongsikan di sini je pun dah cukup menjengkelkan mata serta bengkaknya hati kita melihat penghinaan terhadap kalaamullah yang suci ini...

Friday, December 25, 2009

WHO I AM MAKES A DIFFERENCE


Below is a series of pictures that show what matters most, is your effort, and whatever you have done, does make a difference to other people. So please do not think that you are a useless person and mean nothing to everyone, k! :)























































Hopefully these pictures do gave the same impact to you guys as they did to me (^_^)

Wednesday, December 2, 2009

SCHOOL IN PALESTINE


The journey starts here in Hebron…

The children starting their day
going to school to be faced with a checkpoint


The soldiers prevent them from passing
and give them orders to go home


The children try to challenge the soldiers
and pass the checkpoint…


…even younger ones try but in vain


They end up having their classes in the street by the checkpoint


what an amazing spirit!


The boys try a little bit harder


They got shot at, and some arrested


Yet in their eyes, you see determination…


…and dignity!



p/s: Hope this post will make us realize what Palestinians go through everyday…

Related Posts with Thumbnails