Showing posts with label PALESTINE. Show all posts
Showing posts with label PALESTINE. Show all posts

Monday, May 31, 2010

ISRAEL KEJAM !

salah satu kapal Turki yang digunakan untuk mengangkut misi bantuan ke Genting Gaza


Bagi mereka yang mengikuti info terkini tentang apa yang berlaku di Gaza, pastinya tahu tentang kapal misi bantuan ke Gaza yang diserang Israel laknatullah...

Melihat kekejaman tersebut, wujud rasa sakit hati, geram, dan benci sangat2 pada penceroboh nombor 1 dunia tu.. namun mujurlah mulut ini masih terkawal dan tidak mengeluarkan apa-apa perkataan kesat kerana ia sama sekali tidak mendatangkan apa2 kebaikan malah bisa mengundang dosa kerana tidak menjaga tutur kata...

Sengaja tidak dipostkan di sini tentang perkara tersebut. Namun bagi yang mahu mengetahui lebih lanjut isu tersebut, bolehlah rujuk: Utusan Malaysia Online, mStar, Oh Malaysia!, Berita Harian Online, Lifeline4gaza, dan lain2 websites...

*************************

Lihatlah dan hayatilah kandungan 2 video klip di bawah ini, moga2 ianya mendatangkan kesedaran dan keinsafan buat kita semua dalam mengenang nasib yang menimpa warga Palestin (T_T)










Kata hati:
Negara2 lain nak datang beri bantuan kemanusiaan
pun mereka serang… kejam betol!
Geram & sakit hati sgt2 tgk kekejaman Israel laknatullah ni.
Apepun,
Sama2 kita doakan keselamatan mereka yg masih berjuang,
& sedeqahkah Al-Fatihah buat yg telah syahid...

~...melayan perasaan...~

Sunday, May 30, 2010

PEMBANTAIAN UMAT ISLAM DI GAZA : PEDULIKAH KITA??


Saban hari saban ketika, apabila aku menonton berita dan membaca akhbar mengenai pembantaian Ummat Islam di Gaza Palestin, hati menjadi sakit, perit dan pedih. Jiwaku meronta2 tidak keruan melihat penderitaan saudara-saudara kita di sana. Air mata mengalir apabila melihat jasad anak-anak kecil saudara kita yang sudah tidak bernyawa dipapah oleh bapa-bapa mereka. Hatiku hancur luluh melihat tubuh wanita saudara-saudara kita yang hancur terkena bedilan roket brutal rejim zionis la’natullah. Hati dan jiwaku terasa bergelodak sekali apabila melihat tangisan dan raungan anak-anak kecil yang menahan kesakitan, malah lebih menyedihkan apabila melihat wajah2 mereka yang begitu lemah dan lesu. Aduh, renungan dan pandangan mata mereka yang layu itu begitu menyentuh sanubariku.

Di saat saudara2 kita di sana menderita dibantai oleh yahudi celaka itu, ada di antara kita di Malaysia ini masih begitu selesa dan bergembira, langsung tidak merasa apa2, tidak peka malah ada yang tidak tahu apa2 tentang kezaliman yang berlaku di Gaza.

Di saat saudara-saudara kita di sana begitu huru-hura, diserang secara membabi-buta oleh Israel, kita masih bergelak ketawa riang gembira turut sama ikut merayakan perayaan ala mereka. Masih ramai yang begitu ceria dan seronok menyertai sambutan tahun baru malah ada yang turut sama ikut merayakan hari krismas yang telah diharamkan oleh para ulama kepada ummat Islam.

Hari berganti hari, masa terus berlalu, tapi serangan Israel celaka semakin brutal. Walau dikutuk dicerca dunia, namun Israel celaka begitu brutal membantai membunuh saudara kita ikut sedap mereka. Ratusan kanak2, wanita dan orang awam mati begitu saja dibom Israel yang jahanam.

Aduhai…murah sungguh nilai nyawa Ummat Islam…
Aduhai lemah dan hinanya Ummat Islam sekarang…

Di mana maruah kita sebagai Ummat Islam?
Hina sangatkah kita?

Di saat saudara2 kita di Palestin dibantai dihenyak diganyang sesuka hati oleh si Israel celaka, kita di Malaysia masih terus bergelak ketawa riang gembira seperti tiada apa2 yang terjadi.

Ahh, aku apa peduli, sini bukan Palestin…siapa peduli??

Begitukah sikap kita?? Apakah sikap kita?? Apa yang boleh kita buat??

Berikut disenaraikan beberapa usaha/ perkara/ tindakan yang mampu kita lakukan dalam membantu saudara2 kita di Palestin.


1) Bantuan tenaga dan diri
Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih hebat dari itu dari bantu dari segi fizikalnya…

2) Bantuan Harta
Bagi yang tidak mampu pergi, sumbanglah bantuan kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita.

3) Bantuan Doa
Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga mereka yang mampu, teruskanlah berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-
• Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut, kerana tentunya agak sukar untuk menghafal qunut Nazilah ini. Perbuata memegang kertas itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie, kerana anda tidak membuat pergerakan yang besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebentar kerana membaca, kemudian terus turun sujud, tiada pergerakan yang berturut-turut.
• Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
• Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
• Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat
Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman
Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan pula anda lupa untuk memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu yang lain.

6) Menulis
Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah, yahoogroup dan lain2nya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah
Anda mampu ceramah? Berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda. Anda tidak semestinya seorang ustaz/ustazah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan/orang biasa pun boleh.

8) Boikot
Boikotlah semua barangan Yahudi dan Amerika mulai sekarang. Hantarlah surat bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Kepada pelajar al-Azhar, kita harapkan agar anda dapat mengambil tindakan/usaha yang sesuai terhadap kerajaan Mesir.


Saya menyeru sekali lagi kepada anda semua agar, Marilah kita bersama-sama untuk ambil peduli tentang nasib saudara kita umat Islam di Palestin. Jangan dirasakan usaha kita ini sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taatinya. Sebagai sebuah hadith qudsi ertinya: Allah SWT menyebut: Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu.
Takbir!!! ALLAHU AKBAR!!!!


Sumber: PakarHowTo

Thursday, January 7, 2010

PALESTIN: BUMI BERDARAH


Assalamualaikum, ya Humaira. Apa khabar iman di hatimu? Sepuluh jari dipohon atas kelewatan marsum maya Humaira abang balasi. Abang agak sibuk akhir-akhir ini dan jarang menghabiskan masa di hadapan jaringan Internet. Kiranya, sbg sayap kiri perjuangan, Humaira lebih memaklumi kesibukan abang, bukan?

Bersama Aman Palestin, abang semaikan jihad berkorban dlm jihat atma yg paling dalam. Istilah penat dan mengharapkan kerehatan terpaksa abang entengkan. Bukankah dunia sbg tempat pertempuran kerana kerehatan yg sebenarnya akan kita temui di Jannah kelak? Kamar syurga sedang menanti, ya Humaira.

Apa khabar mujahid dan mujahidah muda, Umar Al-Faruq dan Sumayyah? Bagaimana hafadzan mereka? Abang rindukan kalian. Namun perjuangan yg ada masih berbaki dan perlu dilunaskan. Bisikkan di cuping telinga mereka bait-bait perjuangan agar mereka mengertinya. Khabarkan kepada mereka erti sebuah perjuangan yg memerlukan pengorbanan yg tiada taranya.

Misi terus menanti di sini. Saudara-saudara seIslam kita di kem pelarian ini amat memerlukan perhatian dan pertolongan yg tiada henti. Malangya isu Palestin ini kurang mendapat perhatian saudara seIslam kita di bumi Malaysia. Terlalu jauh ungkapan akrab dlm diri setiap Muslim terhadap isu ini.

Jika hati bergetar kerana isu ini, cukuplah masa yg dipanggil minit utk menyisihkan isu ini dari minda benak kita. Andai jantung berdegup kencang bila terdengar tangisan saudara seIslam di sini, renungannya hanya seketika. Tidak pernah terdengar esakan andai butir-butir air mata mengalir. Cukuplah kesatan utk mengkhatankan apa yg dipanggil sebagai keinsafan.

Gema wahyu dlm surah al-Isra’ ayat pertama: “Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambanya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa”. Hebatnya masjid ini tiada duanya, tiada tiganya dan tiada seterusnya kerana namanya sahaja telah diungkapkan sendiri oleh Allah dalam kalam-Nya.

Namun telah bertahun bumi ini berdarah, Humaira. Sadis sekali Yahudi Laknatullah memperlakukan bumi ini. Keturunan kera ini begitu menginginkan Palestin kerana lokasinya yg terletak di tengah-tengah dunia Islam. Palestin ibarat badan seekor burung, kedua-dua sayapnya adalah dunia Islam. Menjajahnya kiranya menakluk dunia Islam. Namun umat Islam sedunia seolah-olah tidak mengetahui fakta ini, ya Humaira.

Kau tahu Humaira apa yg diperkatakan oleh Yahudi Laknatullah itu dlm petikan Talmud? Israel bertanya kpd Tuhannya: “Mengapa Engkau ciptakan makhluk selain bangsa pilihanmu (Yahudi)?” Kau tahu Humaira apa kononnya jwpn yg diberikan oleh Tuhan dlm kitab Taurat yg telah diubah itu? Kononnya Tuhan mnjawab: “Supaya kamu menaiki belakang mereka, menghisap darah mereka, membakar yang baik, mencemari yang suci dan menghancurkan segala yang dibangunkan.” Buat pengetahuanmu, doktrin ini disuntik dlm benak setiap Yahudi, tidak kira dari kalangan kanak-kanak mahupun orang tua yg mula dijangkiti penyakit Alzheimer dan nyanyuk. Membunuh bukanlah suatu dosa, malah menghancurkan sebuah binaan adalah pahala bagi mereka!

Ingin abang khabarkan sesuatu pada dirimu yg cukup membuat abang tersentak. Abang telah menemukan beberapa mayat yg keadaannya cukup mengerikan sewaktu abang membantu misi kemanusiaan di sini. Jantung, hati dan dua buah pinggang mayat-mayat tersebut telah dicuri. Ya, satu nyawa rakyat Palestin digunakan utk menyambung nyawa empat orang Yahudi Laknatullah! Dapat kau gambarkan betapa kejamnya mereka?

Dan itu bukanlah satu, malah ribuan nyawa telah diperlakukan seperti itu. Semuanya kerana doktrin yg telah disuntik oleh petikan Talmud itu. Malah pembunuhan yg ngeri sebegini adalah pahala buat mereka. Ajaran-ajaran dlm kitab Talmud membuatkan orang Yahudi menganggap bangsa lain adalah lebih rendah dari haiwan dan lebih hina dari anjing.

Humaira, sematkan kalimah-kalimah dan bait-bait ini dlm dirimu. Seandainya mereka berpegang pada Taurat yg telah diubah itu, maka sewajarnya kita perlu memerangi mereka dgn Al-Quran. Apabila ajaran Talmud disanjung oleh mereka, maka menjadi tanggungjawab kita utk berpegang pada Bukhari dan Muslim.

Sekiranya hari Sabtu menjadi hari kebesaran mereka, bukankah kita sewajarnya berbangga dgn hari Jumaat? Andainya mereka berimpian utk membina Haykal Sulaiman, sewajarnya kita mempertahankan Masjidil Aqsa sepenuh hati. Sekiranya panji Yahudi menjadi lembayung kekuatan mereka, maka kita wajib berperang dgn mereka di bawah bendera Islam.

Humaira, kecintaan terhadap bumi Al-Quds ini sewajarnya perlu ada dlm lubuk hati setiap orang beriman. Sewaktu pembukaan Mekah, hanya dua nyawa sahaja yg terkorban, namun utk membebaskan bumi Al-Quds, ribuan nyawa telah syahid utk mengadukan kekejaman dan keterlaluan manusia kpd Allah.

Humaira, mengapa Masjidil Aqsa menjadi kiblat pertama dlm Islam? Mengapa bumi ini yg dipilih Allah sbg bumi pertama utk mndapat kefardhuan solat? Mengapa 16 bulan lamanya Allah mengarahkan Rasulullah dan umat Islam mengadapkan wajah mereka ke arah Masjidil Aqsa sdgkan di kala itu Masjidil Aqsa di dlm pemerintahan orang Kristian? Mengapa tidak dihadapkan sahaja wajah ke arah Masjidil Haram? Bukankah Allah berkuasa utk mengangkat Rasulullah secara terus drpd Masjidil Haram di Mekah dlm peristiwa Isra’ dan Mikraj? Lalu mengapa Allah sengaja ‘memperjalankan’ baginda ke Masjidil Aqsa terlebih dahulu? Pastinya ada sesuatu yg hebat mengenai masjid ini. Betapa Allah mengetahui bahawa pada zaman ini, ramai manusia akan melupakan Masjidil Aqsa dlm diri mereka.

Ya Humaira, ingatkah kau akan peperangan Mu’tah? Peperangan yg menghimpunkan tiga panglima serangkai. Peperangan utk melawan kerajaan Rom yg menguasai Al-Quds. Sebuah peperangan di mana tiga panglima sekaligus gugur sbg syahid sepertimana ramalan Rasulullah, “Jika Zaid bin Harithah gugur, Jaafar bin Abi Talib penggantinya, dan jika Jaafar gugur, Abdullah bin Rawwahah penggantinya”.

Kekuatan musuh adalah seramai 200000 orang melawan 3000 orang tentera Muslim. Seorang tentera Islam perlu melawan dgn sekurang-kurangnya 67 orang musuh. Dapat kau bayangkannya Humaira? Berlawan dgn lautan manusia. Namun bergema kalimah jihad dari bibir Abdullah bin Rawwahah, “Wahai saudara-saudaraku sekalian! Kenapa kita tidak menyukai mati syahid yang menjadi tujuan kita berangkat ke medan peperangan ini? Peperangan kita tidak bergantung kepada bilangan anggota pasukan atau besarnya kekuatan, tetapi semata-mata kerana agama yang dikurniakan Allah kepada kita. Kerana itu marilah kita maju! Tidak ada pilihan lain kecuali satu dari dua kebaikan iaitu menang atau mati syahid!”. Maka gugurlah ketiga-tiga mereka sbg syuhada’.

Keinginan utk berada di taman-taman syurga dan dikelilingi oleh bidadari menjadi azimat yg menjadikan mereka merindui syahid. Malah, keinginan mereka yg paling tinggi adalah utk bertemu Allah, Rabb sekalian alam. Tahukah engkah wahai Humaira siapakah insan-insan yg telah terkorban? Zaid bin Harithah, anak angkat yg begitu disayangi Rasulullah, dan Jaafar bin Abi Talib, sepupu yg bersama Rasulullah dalam suka duka perjuangan. Peperangan Mu’tah membuatkan Rasulullah menggugurkan butir-butir air mata.

Namun, sedarkah kita mengenai pentingnya Al-Aqsa? Rasulullah sendiri sanggup menghantar orang-orang yg dikasihi ke perbatasan perang utk membebaskan Al-Quds. Sedangkan kita? Apa yg telah kita korbankan utk Al-Aqsa?

Betapa hebat sejarah Islam. Namun, kesedaran remaja kini memandang enteng terhadap kehandalan para panglima Islam bagai hembusan angin yg tidak dihiraukan. Di bibir mereka meniti nama-nama yg hanya ada di alam fantasi. Minda benak mereka juga disuntik oleh doktrin Zionis yg ingin melihat Islam terkubur di dunia ini. Zionis yg ingin melihat Al-Aqsa diganti dgn Haykal Sulaiman. Mereka berusaha setiap minit dan setiap saat utk menghancurkan Al-Aqsa. Terowong digali utk merobohkan Masjil Al-Aqsa secara semulajadi sepertimana pendedahan Syeikh Raed Solah, ketua Harakah Islamiyah di Palestin.

Hati ini cukup tersiat melihat sikap berdiam diri umat Islam sedunia. Umat Islam begitu membisu memandang isu ini. Dayus apabila membiarkan Masjid Ibrahimi dibahagi dua, satu pertiga dijadikan masjid dan dua pertiga dijadikan kuil. Dayus kerana membiarkan masjid Ibrahimi dibakar di mana lebih 60 jemaah terkorban. Dayus kerana membiarkan lebih 1200 masjid dirampas dan dijadikan kandang kambing, tempat perzinaan dan juga tempat berpesta. Dayus apabila membiarkan saudara seIslam dizalimi, dirogol dan disembelih.

Rasulullah telah bersabda dalam hadith yg diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Thauban: “Hampir sahaja seluruh bangsa dari setiap penjuru dunia, berebutan terhadap kamu, sebagaimana orang-orang yang makan berebut terhadap mangkuk makanannya. Para sahabat bertanya: Apakah jumlah kita sedikit pada masa itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bahkan pada saat itu jumlah kamu sangat banyak, tetapi kewujudan kamu tidak ubah seperti buih air bah, sesungguhnya Allah akan mencabut rasa takut dari dada musuh-musuhmu terhadap kamu dan akan melemparkan rasa wahan ke dalam hati kamu. Para sahabat bertanya: Apakah wahan itu wahai Rasulullah?. Baginda menjawab: Cinta dunia dan takut mati”.

Sememangnya benar ramalan Rasulullah itu. Hari ini, ramai umat Islam yg telah dijangkiti penyakit wahan sehingga ukhwah sesama mereka terlalu rapuh. Tidak dapat membezakan antara isu bangsa dan agama. Bukankah Islam tidak membezakan yg mana Arab dan yg mana bukan? Bukankah kita telah diikat dgn ikatan ukhwah di bawah panji Islam?

Di mana mahu dicari pejuang-pejuang seperti Imaduddin Zanki? Di mana mahu mencari pejuang seperti anaknya, Nuruddin Zanki yg bercinta dgn solat malam? Di mana mahu mencari seorang Kurdi seperti Salahuddin Al-Ayyubi, yg melatih dan mengumpul kekuatan ketenteraan selama 33 tahun sehingga tidak sempat menunaikan haji semata-mata kerana Al-Quds?

Bilakah sejarah peperangan Yarmuk akan berulang? Tentera Rom yg berjumlah 240 000 orang dgn peralatan yg hebat, bekalan yg cukup dan pengalaman perang berpuluh tahun boleh dikalahkan oleh tentera Islam yg hanya berjumlah 39 000 orang yg hanya memiliki peralatan ketenteraan yg sangat sederhana.

Rahsianya adalah apa yg pernah diucapkan oleh seorang tua di hadapan Kaisar Herculis: “Wahai tuanku, kekalahan kita adalah disebabkan musuh yang kita hadapi adalah suatu kaum yang bangun beribadah di waktu malam dan berpuasa di siang hari. Mereka juga adalah kaum yang berpegang pada janji, menyuruh mengerjakan yang baik dan melarang dari berbuat perkara yang munkar dan saling menjalinkan ukhwah di antara mereka. Sedang yang menyebabkan kita kalah ialah tabiat suka minum arak, berzina, sentiasa berbuat yang haram, melanggar janji, selalu marah, menganiaya, menyuruh mengerjakan perkara yang dimurkai Allah, melarang berbuat perkara yang diredhai Allah dan membuat kerosakan di muka bumi”.

Humaira, kekuatan yg menjadi kegerunan bagi pihak musuh adalah kekuatan taqwa. Bukan fizikal mahupun luaran yg akan menimbulkan ketakutan. Saidina Umar mengambil kunci kota Al-Quds hanya dgn berjalan kaki dan memakai pakaian yg memiliki 17 tampalan. Namun musuh menggeruninya dan mematuhi Perjanjian Umariah. Dia bkn sahaja digeruni musuh malah dia merupakan salah seorang sahabat Rasulullah yg paling ditakuti oleh iblis dan syaitan.

Wahai Humaira, jahitlah pakaian taqwa dlm dirimu serta diri mujahid dan mujahidah kita. Tanamkan benih kecintaan dlm diri Umar dan Sumayyah akan kecintaan terhadap Al-Aqsa. Ingatkan mereka bahawa Al-Aqsa adalah sebuah tanah wakaf yg menjadi milik umat Islam. Sebuah tanah waqaf tidak mungkin menjadi milik musuh-musuh Islam. Berilah mereka kefahaman yg sebenarnya mengenai Al-Quds, sebuah tanah haram yg tidak boleh dipijak hatta oleh seorang kuffar pun.

Sematkan dlm diri mereka mengenai setiap siri peperangan utk membebaskan Al-Aqsa spt peperangan Khaibar, peperangan Mu’tah, pengutusan pasukan Usamah bin Zaid, peperangan Ajnadain, peperangan Yarmuk dan peperangan lainnya agar mereka mengerti bumi ini adalah bumi para syuhada’ yg telah brjuang brmati-matian dlm usaha mmbebaskan bumi isra’ & mikraj ini. Khabarkan kpd mereka akan bahaya yg menimpa Al-Aqsa agar mereka mengerti penderitaan hati saudara seIslam mereka di bumi ini.

Bumi ini telah lama berdarah. Bumi ini telah lama terluka. Bumi ini menanti fajar baru utk terus bernyawa. Harapan abang agar kau mengertinya, Humaira. Abang terpaksa khatami marsum maya ini di sini dahulu. Moga doa menjadi penghubung hati kita. Moga doa mampu memberi kekuatan kepada saudara seIslam kita yang telah lama berduka.

Nun jauh di sana,
Iwadh Soleh


Notakaki: Kredit buat penulis asal yang tidak dapat saya jejaki. Semoga perkongsian pengisian dalam warkah ini di sini dapat memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita semua. Sentiasalah kita panjatkan doa buat mujahideen Palestin...

Saturday, December 5, 2009

PUISI BUAT MUJAHID DI PALESTIN


Mujahid Palestin,
Engkaulah pejuang yang tabah,
Engkaulah pejuang yang tiada goyah,
Engkaulah pejuang yang sentiasa istiqomah.

Mujahid Palestin,
Darahmu menjadi galang ganti,
Perjuangan mempertahankan Al-Aqsa yang penuh erti,
Engkau menjadi wakil seluruh dunia ini,
Engkau adalah pejuang yang cukup berani,
Maut adalah syahid yang dicari.

Mujahid Palestin,
Walaupun Israel bertungkus lumus setiap hari,
Penuh rakus mencabul setiap bumi Palestin suci,
Engkau tetap berada di soff-soff perjuangan ini,
Mempertahankan bumi para Nabi,
Dari kekotoran nafsu serakah Zionis yang membenci,
Walau nyawa menjadi ganti.

Mujahid Palestin,
Engkau telah menolak janji-janji,
Janji palsu dari Zionis dan segala penjanji,
Marilah kita berdamai dan bersatu hati,
Palestin kita bahagi-bahagi,
Muslim ambil yang ini,
Israel ambil yang ini,
Cukup senang bagi mereka membahagi.

Mujahid Palestin,
Telah ramai yang gugur dalam jihad suci,
Telah banyak darah tersimbah ke bumi,
Telah banyak yang terkorban hingga kini,
Telah banyak tangisan air mata yang jatuh ke bumi,
Telah banyak jiwa yang pergi,
Telah banyak doa dipanjat kepad Ilahi.

Ya Allah, selamatkanlah Palestin…
Ya Allah, selamatkanlah Al-Aqsa…
Ya Allah, selamatkanlah Muslimin…
Ya Allah… bantulah mujahid Palestin!


credit to: Muhammad Amin

Thursday, December 3, 2009

KISAH SEORANG ANAK PALESTIN


Jika sebelum ni saya kongsikan gambar2 yg menceritakan cabaran dan halangan yg perlu dihadapi anak2 Palestin demi menuntut ilmu, dalam entri kali ni pula, saya ingin kongsikan di sini sebuah kisah tentang kehidupan seorang anak Palestin. Mungkin ada yg pernah membacanya sebelum ni, mungkin ada juga yg belum pernah baca. Apapun, semoga kisah yg agak panjang ini memberikan keinsafan yg mendalam buat kita semua… Hayatilah kisahnya…



Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid (istilah Arab yang bermaksud ayah) yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi.

Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk, walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik.

Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain- lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad s.a.w. pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini.

Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid, kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul- betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk, adik rukuk. Walid sujud, adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.

Tiba-tiba ketenangan itu diragut.

Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata.

Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik.

Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!" Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan.

Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid dihantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi.

Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid, abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.

Adik tanya ummi, mana perginya walid. Ummi diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk."Adik nak ikut walid". Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja.

Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek.

Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid, mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah.

Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang, cium abang berkali- kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik, usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya", pesan abang. "Abang nak pergi mana?", tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.

Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi, ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra.. Israfil. " terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfil kan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangkakala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat.

Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah.

Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi.

Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh. "Ummi, Kenapa kita hidup susah?", adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik", ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?", adik tanya lagi.

Ummi senyum. "Nabi Muhammad S.A.W. pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar, nabi tak cepat putus asa", sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad S.A.W. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad S.A.W.

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Qur’an. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang- kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al- Qur’an. "Bismillaahirrahmaanirrahiim..”

Adik baca Al-Qur’an dengan bersungguh- sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Qur’an. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Al-Qur’an dengan rajin kalau hendak khatam Al-Qur’an cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Qur’anlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Qur’an hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Qur’an.

Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar.

"Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid", muncul Mak Cik Fatima di depan rumah.

"Anakmu, anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak", terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil... Bukan... Israel disebut lagi. Adik benci dengar nama tu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang.

Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu, Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik.

Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian abang dan akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut.

Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tak putus2 menyebut satu kalimah keramat.. Ahad.. Ahad. Mata adik merah. Adik tahan marah. Adik tak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi hadapinya dgn tenang. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di wajah ummi.

Ketika peluru dilepaskan, tiba- tiba... "Muhammad!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik.

Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuh adik untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa.

Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit. "Ummi, adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid, adik nak ikut walid dan abang", terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran. Adik pejam mata... Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik...


***************************
Notakaki: Kisah yang cukup menyayat hati. Membacanya serta menghayatinya membuatkan hati merasa sayu dan sedih. Air mata bergenang lalu menitis. Pilu, sebak... semuanya ada. Biarpun berkali-kali membaca kisah ni, tidak akan pernah merasa jemu, bahkan sebaliknya semakin menginsafi diri. Semoga Muslimin & Muslimat di Palestin semuanya sentiasa cekal & tabah menghadapi dugaan dlm mempertahankan negara mereka demi menegakkan agama Islam...



p/s: Kisah di atas ni pernah saya baca 3-4 tahun yang lalu, dikirim seorang teman melalui yahoo messenger. Namun disebabkan terdapat sedikit masalah Internet ketika itu, maka tidak sempat untuk saya save. Tetapi alhamdulillah baru2 ini ketemu semula di laman iluvislam.com, maka dapatlah saya kongsikan bersama di sini kisah yg cukup menyentuh hati & perasaan ini.

Wednesday, December 2, 2009

SCHOOL IN PALESTINE


The journey starts here in Hebron…

The children starting their day
going to school to be faced with a checkpoint


The soldiers prevent them from passing
and give them orders to go home


The children try to challenge the soldiers
and pass the checkpoint…


…even younger ones try but in vain


They end up having their classes in the street by the checkpoint


what an amazing spirit!


The boys try a little bit harder


They got shot at, and some arrested


Yet in their eyes, you see determination…


…and dignity!



p/s: Hope this post will make us realize what Palestinians go through everyday…

Related Posts with Thumbnails