Showing posts with label CERITA. Show all posts
Showing posts with label CERITA. Show all posts

Friday, May 28, 2010

SYARAT BERUMAHTANGGA



Kalau perempuan tak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar…
Tapi kalau lelaki tak boleh jadi imam, kita kata ok saja.
Jangan diperbesarkan, nanti mereka terasa hati.

“Apalah perempuan, tak pandai masak, siapa yang nak kahwin dengan awak!”

Begitulah kata rakan sejawat lelaki kepada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu, yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga, sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran sahaja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

“Sedang belajarlah ni.. Tetapi selain sibuk dengan kerjaya, saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-gelengkan kepalanya. Baginya, tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam! (walau ada yang kata, jika itu syaratnya, bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup)

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan “hendak memikat suami, perlu pikat seleranya” sering digunapakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasakan lebih perlu.

Kalau perempuan tidak tahu memasak, disuruh belajar, dan sesudah belajar, perlu pula jadi handal. Ukuran handal bukanlah setakat masak untuk keluarga sendiri, tapi kalau boleh, perlu juga boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Tapi bolehkah kita meletakkan undang-undang begitu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

“Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan solat jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid ataupun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri solat sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, mulalah belajar dari sekarang =)

Diambil dengan kebenaran, daripada: UMMUL SYABINAR


Jika wanita yang tidak tahu memasak disuruh belajar, jadi apa masalahnya jika lelaki yang tidak boleh menjadi imam dipaksa belajar juga asas-asas penting dalam agama, kerana perkara tersebut adalah jauh lebih utama jika dibandingkan dengan keperluan kepandaian memasak. Apapun, masing-masing seharusnya memikul tanggungjawab dengan sebaiknya. Pilihlah calon pasangan hidup, orang yang beragama, sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah SAW.

Sunday, May 9, 2010

SEMPENA HARI IBU…


Diambil dari artikel bertajuk “Ibuku seorang pembohong”. Sama-samalah kita hayati kisah sedih ini yang menceritakan tentang “pembohongan2” yang dilakukan si ibu demi anaknya, sehinggalah ke penghujung hayatnya…



Memang sukar utk org lain percaya, tapi itulah yg berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu utk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata: “Makanlah nak ibu tak lapar.” PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.
Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi..
Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata: “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.”
PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.
Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : “Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata: “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.”
PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata: “Minumlah nak, ibu tak haus.”
PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata: “Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki.”
PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata: “Jangan susah-susah, ibu ada duit.”
PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: “Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang.”
PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata: “Jangan menangis nak, ibu tak sakit.”
PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Setelah mengucapkan pembohongannya yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali yang terakhir dan meninggalkan kami semua buat selamanya.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda masih boleh memeluk dan menciumnya sekarang. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, ‘Ibu, saya sayangkan ibu.’ Tapi tidak lagi buat saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari nyawa saya sendiri, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir… betapa berdosanya saya kepada ibu…

“Ibu, maafkan saya… Saya sayangkan ibu…” Namun ibu tak mungkin dapat mendengarnya, juga tidak mungkin dapat kembali semula dalam hidup saya. Walaupun saya cukup berjaya dan mempunyai segalanya sekarang, namun hidup saya kosong dan sepi tiada bererti. Tiada apa pun di dalam unia ini yang mampu menggantikan cinta ibu saya yang agung dan tulus itu… Hingga kini setelah berpuluh tahun berlalu, saya masih lagi merasa kehilangan ibu saya.

Anda janganlah jadi seperti saya yang sudah terlewat menzahirkan cinta kepada ibu yang telah tiada… Kesalan saya ini walau dengan linangan airmata darah sekalipun, tidak akan tertebus lagi. Oleh itu, lafazkanlah dan zahirkanlah cinta anda kepada ibu anda sekarang juga. Bagi diri saya, saya hanya dapat berdoa agar Allah memberkati ibu saya dan meletakkan ibu saya di sisi orang-orang yang beriman… aamiiin…



~ Buat semua yang masih mempunyai ibu…jagalah ibu anda sebaik mungkin. Ibu ibarat lilin yang membakar dirinya untuk memberi cahaya pada anak-anaknya. Hormatilah ibu. Dengar dan patuhilah nasihatnya, dan janganlah sesekali kita abaikan ibu apabila sudah berjaya kelak. Sekiranya ibu meminta bantuan dari kita, janganlah kita kecewakannya, dikhuatiri andai ibu merasa tersinggung dengan sikap mahupun kata2 kita, maka derhakalah kita.. nauzubillah…


SAYANG IBU UNTUK SELAMANYA…
SEORANG IBU MAMPU MENJAGA 10 ORANG ANAK,
NAMUN 10 ORANG ANAK BELUM TENTU
DAPAT MENJAGA SEORANG IBU…

(fikir-fikirkanlah)


Di Malaysia, Hari Ibu diraikan pada hari Ahad kedua di bulan Mei. Namun hakikatnya, setiap hari juga adalah Hari Ibu, kerana hidupnya kita di dunia ini, juga melalui ibu. Oleh itu, sentiasalah hargai ibu dengan menzahirkan rasa cinta dan kasih sayang kita kepada ibu pada bila-bila masa sahaja selagi kita punya kesempatan. Buat semua wanita yang bergelar ibu… SELAMAT HARI IBU saya ucapkan…




Buat mak… Terima kasih kerana telah melahirkan, menyusukan, dan membesarkan saya… Terima kasih kerana membimbing serta mendidik diri ini sebaik mungkin… Terima kasih kerana setia menjadi teman bicara saya di saat saya sedih mahupun gembira… Terima kasih kerana seringkali memikirkan keadaan kesihatan saya serta menjaga saya dgn penuh sabar… Segala jasa & pengorbanan mak buat saya, tidak mungkin saya lupakan sampai akhir hayat…... I LOVE YOU SO MUCH! SAYANG SANGAT2 KAT MAK! (^_^)

Tuesday, March 30, 2010

ITULAH CINTA… ITULAH PERKAHWINAN…



Suatu pagi yang mendamaikan, seorang pelajar bertemu dengan cikgunya, lalu terjadilah perbualan di antara mereka …

Pelajar: Cikgu, apakah erti cinta? Bagaimana caranya untuk saya dapatkannya?

Cikgu: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Sepanjang perjalanan kamu itu, ambillah satu ranting yang menurut kamu, ranting itu sangat menakjubkan. Maka dengan itu, bererti kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalanlah menuju ke ladang gandum tersebut. Tidak berapa lama kemudian, dia pun kembali... namun dengan tangan yang kosong...

Cikgu: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?

Pelajar: Saya terpaksa memilih untuk mengambil hanya satu ranting sahaja, dan sewaktu berjalan, saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. Sebenarnya sepanjang perjalanan itu, saya ada berjumpa dengan satu ranting yang saya rasakan paling menakjubkan, tetapi saya tidak tahu apakah yang akan ada yang lebih menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu dengan harapan akan bertemu dengan ranting yang lebih menakjubkan di perjalanan yang seterusnya. Tetapi akhirnya saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi akhirnya saya tidak mengambil sebatang ranting pun…

Cikgu: Ya, itulah yang dinamakan cinta...


Di hari yang lainnya pula, pelajar tersebut bertanya lagi kepada cikgunya itu...

Pelajar: Cikgu, apa itu perkahwinan?

Cikgu: Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah kamu, tetapi sama seperti sebelumnya, kali ini juga kamu sama sekali tidak dibenarkan mengundur ke belakang. Di sepanjang perjalanan kamu itu, tebanglah sepohon pokok sahaja, yang kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar, dan tinggi. Maka dengan itu, kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalanlah menuju ke hutan yang dimaksudkan. Tidak berapa lama kemudian, dia pun datang semula dengan membawa sepohon kayu yang pada pandangan cikgunya, pohon tersebut tidaklah begitu cantik, segar, dan tinggi.

Cikgu: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?

Pelajar:
Sebabnya, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, kali ini saya buat keputusan untuk berjalan hanya separuh daripada hutan tersebut, dan saya tidak mahu kembali dengan tangan kosong seperti dahulu. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya, ia adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

Cikgu: Itulah yang dinamakan perkahwinan...


********************************************

Kesimpulannya, janganlah kita terlalu memilih dalam soal cinta, ditakuti kita akan terlepas dari mendapatkannya, dan jangan pula kita terlalu memilih jodoh, bahkan sebaliknya terimalah pasangan kita dengan seadanya. Sedarilah hakikat bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri....

Friday, February 26, 2010

RIWAYAT TERAGUNG: QUDWAH HASANAH SEPANJANG ZAMAN


Bersempena Maulidul Rasul pada hari ini, marilah sama-sama kita renungkan kembali sorotan kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW semenjak sebelum dilantik menjadi Rasul, sehinggalah kepada tentangan hebat yang perlu baginda hadapi dalam usaha menyebarkan dakwah Islam kepada sekalian alam. Artikel di bawah ini agak panjang, namun jika kita ikhlaskan hati luangkan masa untuk membaca serta menghayatinya, pastinya ia akan mendatangkan keinsafan buat kita, sekaligus menyedarkan kita betapa besarnya pengorbanan yang telah dilakukan Nabi Muhammad SAW dalam memikul amanah menyebar dan mempertahankan Islam di dunia ini… Sama-samalah kita hayati…




Selamat sejahtera meniti permulaan tinta penulisan ini buat sahabat-sahabat sidang pembaca para ilmuan sekalian. Semoga kalian semua sentiasa berada dalam lindungan rahmat dan redha-Nya selama mana kita masih berpijak di dunia yang nyata ini. Selaut kesyukuran di ungkapkan kehadrat Ilahi, sang Maha Pencipta diatas segala limpahan nikmat terutamanya nikmat IMAN dan ISLAM sehingga kita masih mampu menghirup nikmat terbesar itu.

Hamparan salam sejahtera dan selawat jua dihadiahkan kepada Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W di atas segala pengorbanan yang tidak pernah jemu dan usaha yang tidak mengenal erti penat dan lelah dalam menyebarkan kebenaran Islam sehingga berjaya menawan kerasnya hati 2/3 daripada keseluruhan dunia. Sememangnya inilah tokoh masyarakat dunia bukan sahaja dalam Islam itu sendiri malah ianya turut menjadi tokoh pemimpin bagi seluruh agama dan negara.

Firman Allah SWT (maksudnya): “Tidaklah aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat kepada sekalian alam (manusia dan jin)” (Al-Anbiya’: 107)

SIRAH NABI MUHAMMAD SAW

Sebelum kita meniti lebih jauh dalam mengupas dan menyorot kredibiliti tokoh juga selaku utusan dari Allah SWT yang menjadi titik tolak kepada kegemilangan tamadun Islam suatu ketika dahulu, suka untuk penulis berkongsi bersama sidang pembaca sekalian kisah perjalanan hidup ataupun sejarah Nabi Muhammad SAW. Pemilihan Baginda dalam menyampaikan amanah dari Allah S.W.T cukup berat untuk digalas pada awal perlantikan menjadi Rasul ketika berumur 40 tahun bertempat di Gua Hira’.

Sebelum dari itu lagi, Baginda memang sudah terkenal dengan sifat amanahnya (al-amin) ketika perebutan untuk meletakkan hajar al-as’ad (hajar al-aswad) oleh 4 ketua bagi 4 kabilah terbesar di Makkah pada ketika itu. Namun dengan kebijaksanaan dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Baginda pada ketika itu, dengan meletakkan batu tersebut di atas sehelai kain lalu dipegang 4 penjuru kain itu oleh 4 orang ketua setiap kabilah itu.

Dengan kata lain, sorotan perjalanan hidup Baginda merupakan sorotan perjalanan yang sangat menarik dan mempunyai daya tarikan contoh kepada golongan kuffar dari terus menyakiti ketinggian budi pekerti yang ditunjukkan oleh Baginda. Semasa kelahiran Baginda sendiri kita lihat terdapat tanda-tanda kerasulan dengan terpadamya api kaum Majusi, runtuhnya Istana Qisra Parsi, dan Makkah pada ketika itu diterangi cahaya putih yang bersinar.

Selepas pertabalan kerasulan Baginda secara sah, maka semakin hebatlah serangan musuh Islam mengundang kepada hijrah Baginda bersama kaum muslimin ke kota Madinah membuka kepada satu lembaran baru untuk membina sebuah negara Islam yang sistematik, aman dan damai menjadi contoh dan tarikan negara lain kepada Islam sehinggalah tersebarnya Islam ketika tampuk kegemilangan pemerintahan Baginda. Sinar cahaya Islam yang dibawa bukan sahaja dari timur ke barat, bahkan meliputi hampir keseluruhan dunia utara, selatan, timur mahupun barat.

KESABARAN DAKWAH BAGINDA

Itu adalah antara tanda kerasulan yang telah ditunjukkan oleh Allah sebelum Baginda ditabalkan secara rasminya menjadi utusan Allah untuk menyebarluaskan agama suci ini dengan lebih giat lagi dan secara terang-terangan setelah sekian lama beginda dan sahabat-sahabat pada ketika itu berdakwah kepada Islam secara rahsia.

Setelah menerima taklifan kerasulan yang berat untuk dipikul dari Allah SWT melalui malaikat Jibril AS, dalam keadaan menggigil ketakutan, Baginda pulang ke rumah lalu meminta Saidatina Khadijah menyelimutkannya. Selaku isteri yang memahami tugas yang baru diterima oleh suaminya, Saidatina Khadijah memberikan kata-kata semangat dan mendokong segala usaha dakwah Baginda. Membuatkan Baginda bertambah yakin untuk melaksanakan amanah yang dipundak. Dalam masa yang sama Baginda turut disokong oleh bapa saudara yang Baginda sayangi kerana banyak mempertahankan Baginda dari kecaman dan ancaman pihak pembesar Quraisy.

Sehinggalah pada kemuncak penyebaran dakwah Islam itu, Baginda diuji dengan dugaan yang sangat pahit untuk ditelan, perit untuk diluah kerana Allah SWT amat menyayangi orang yang turut disayangi oleh Baginda. Kembalilah Saidatina Khadijah RA isteri kesayangan Baginda dan bapa saudaranya, Abu Talib yang banyak memberi sokongan dan mempertahankan diri Baginda di kala menghadapi tekanan dan ancaman.

Namun itu semua tidak menjadi batu penghalang Baginda untuk terus thabat menyebarluas amanah risalah Allah SWT kepada seluruh umat manusia dan jin sebagaimana dalam ayat di atas yang mana perutusan Baginda SAW ke muka bumi ini bukanlah kepada umat manusia sahaja, bahkan kepada umat jin juga kerana masyarakat jin adalah seperti manusia, ada yang cenderung ke arah kebaikan lantas menerima Islam dan ada juga yang sebaliknya. Begitu besar tanggungjawab yang dipikul oleh Baginda untuk memastikan amanah dari Allah SWT itu dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

TRIBULASI PERJUANGAN BAGINDA

Sesungguhnya perjalanan dakwah Baginda tidaklah semudah seperti yang kita bayangkan. Perjuangan dakwah Baginda pada ketika itu memerlukan semangat yang tidak mengenal erti futur dan putus asa. Pengorbanan di jalan Allah merupakan satu cita-cita yang amat diimpi-impikan oleh para sahabat dan muslimin. Begitu besar nikmat ‘terkorban’ pada ketika itu yang tidak dapat kita kecapi pada waktu ini kerana faktor-faktor perkauman yang begitu menebal dalam diri-diri setiap orang Islam.

Inilah yang perlu dimuhasabahkan oleh semua pemimpin negara-negara Islam untuk menguatkan kembali kesatuan dan kesepaduan umat Islam yg kelihatan gah di zaman pemerintahan Baginda dan para sahabat Radiallahu Anhum Ajmain. Itulah sunnah org berjuang yg memerlukan kekuatan dari segi jasadiah dan rohaniah untuk mencapai mardhatillah melalui bantuan jua kemenangan yang dikurniakan Allah krn keimanan dan keyakinan yg utuh kpd-Nya.

Menelusuri sejarah, perjalanan dakwah dan liku-liku perjuangan Baginda yang penuh dengan tribulasi yang tidak mampu untuk kita bayangkan sekadar teori semata-mata. Begitu sukar perjalanan dakwah Baginda dalam mengembangkan ajaran Islam hingga menguasai hampir ke seluruh dunia.

Berkat dari sifat-sifat terpuji yang ditunjukkan oleh Baginda menjadi ikutan para sahabat dan kaum muslimin berjuang dan berdakwah memperkembangkan agama di sisi Allah SWT sebagaimana yang termaktub di dalam Kalamullah Azza Wa Jalla. Firman Allah (yang bermaksud): “Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah SWT itu adalah Islam.” (Al-Baqarah: 19)

BAGINDA SEBAGAI QUDWAH HASANAH

Selaku umat Baginda, yang amat cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW, kita seharusnya menjadikan Baginda sebagai role model dalam menjalani sepanjang kehidupan kita sehari-hari di samping memperbanyakkan pemberian ‘hadiah’ berupa selawat dan salam kepada Baginda bukanlah sedeqah sebagaimana yang kita lakukan ke atas selain Baginda.

Siapakah lagi yang akan menjadi penyelamat untuk kita dari terjerumus ke dalam neraka Allah SWT yang amat pedih melinkan Baginda? Bukankah Baginda sahaja yang mampu memberikan syafaatul uzma tidak kepada para Nabi dan Rasul yang lain? Allah SWT ada memuji Baginda yang memiliki ketinggian akhlaq yang terpuji untuk menjadi ikutan (qudwah hasanah) kepada umatnya. Firman Allah SWT (maksudnya): “Demi sesungguhnya untuk ikutan kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu satu ikutan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan Mardhatillah dan balasan baik di Akhirat kelak.” (Al-Ahzab: 21)

Dalam ayat yang lain, Allah SWT menyeru kepada orang-orang yang beriman supaya berselawat kepada Baginda sebagaimana Allah SWT dan para malaikat berselawat kepada Baginda. Allah SWT berfirman (maksudnya): “Sesungguhnya Allah S.W.T dan para malaikat berselawat ke atas Nabi S.A.W, Wahai orang-orang yang beriman kamu berselawat dan mohonlah kesejahteraan ke atas Baginda senantiasa.” (Al-Ahzab: 56)

KAITAN DENGAN PERJUANGAN HIDUP AGAMAWAN DAN UMAT ISLAM

Setelah membicarakan secara penjang lebar mengenai perjuangan dan liku-liku perjalanan dakwah Baginda yang penuh dengan onak duri, oleh yang demikian, kita selaku mahasiswa/i yang masih mendalami khazanah kekayaan ilmu Allah SWT yang tidak terhingga banyaknya dengan melakukan satu anjakan momentum untuk memperjuangkan agama Allah yang semakin hari semakin ditindas bukan sahaja dari musuh-musuh Islam malahan dari orang Islam sendiri yang kurang memahami tentang konsep dan ajaran Islam yang sebenarnya.

Apa yang perlu bagi kita laksanakan adalah melakukan satu injeksi dengan meningkatkan keazaman untuk membela agama dan mengembalikan keizzahan Islam yang semakin dipandang enteng oleh segelintir golongan. Perlunya kita menanamkan dalam diri sifat cintakan Allah SWT dan Rasulullah SAW lebih dari segalanya dengan melaksanakan apa yang telah ditinggalkan kepada kita selaku pewaris para Nabi dalam apa jua sudut ilmiah mahupun dakwah dan perjuangan berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

Sebenarnya tidak cukup bagi mahasiswa/i yang selesai dalam pengajian agama lebih-lebih lagi sekadar menceburkan diri dalam lapangan kerjaya melalui bidang perniagaan ataupun pendidikan semata-mata. Akan tetapi sudah sampai pada peringkat ‘tidak boleh tidak’ bagi lepasan agamawan ini mengambil cakna dalam bidang dakwah untuk menerangkan secara telus kepada masyarakat Islam secara khusus dan mengembalikan mereka kepada ajaran Islam yang sebenarnya bukanlah Islam pada nama sahaja.

Dalam masa yang sama, harus juga ada keperluan bagi lepasan agamawan untuk memberikan penerangan dan penjelasan kepada masyarakat bukan Islam secara umum bagi menghilangkan prasangka buruk mereka terhadap Islam. Inilah perjuangan yang perlu bagi kita laksanakan bersama demi Islam yang kita cintai.

Akhir kalam, bersamalah kita menghayati silsilah perjuangan Nabi SAW untuk dijadikan contoh kepada perjuangan kita pada zaman yang lebih mencabar ini. Tiada yang lebih berharga melainkan sebuah sejarah tokoh teragung untuk dijadikan batu loncatan bagi kita menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Tiada orang lain yang mampu melaksanakan tugas yang amat berat ini dengan pemahaman yang telus melainkan kita golongan agamawan yang memahami secara masak tentang perjuangan yang dicanang oleh Junjungan Besar SAW.

Disediakan Oleh,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH, ZuLmArWa

Thursday, February 18, 2010

KENAPA KAMU TAK BERITAHU PADA CIKGU?



Pengalaman seorang guru…

Saya merupakan seorang guru yang ditugaskan mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang.

Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya pula selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya, dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya, saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata apa-apa kecuali menganggukkan kepalanya yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua, saya memberi amaran, dia masih juga menganggukkan kepala, tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga, saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau dia masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. Airmata sahaja yang jatuh tanpa sepatah kata pun keluar dari mulutnya.

Keesokan harinya, dia masih juga lambat, dan seperti yang telah dijanjikan, saya memukulnya lagi. Namun anak murid saya ini masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat seperti hari-hari sebelumnya juga.

Saya semakin tidak faham dan tertanya-tanya. Namun tiap kali ditanya, anak murid saya ini akan diam tanpa berkata-kata. Suatu hari, saya bercadang untuk ke rumahnya untuk mengintipnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya.

Saya berjaya menjejaki rumahnya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak anak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya turut kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30pm, seorang anak lelaki kelihatan sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari, dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah, baju dan kasutnya diserahkan pula kepada anak murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, anak murid saya itu sudah segera berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula bergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"

Dia kelihatan agak terkejut dan wajahnya tiba-tiba berubah.

"Itu abang saya. Kami berkongsi baju dan kasut sebab tak ada baju dan kasut yang lain. Itu sajalah baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawab anak murid saya dengan penuh jujur.

"Kenapa kamu tak beritahu pada cikgu? …Dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

"Mak saya pesan, jangan meminta-minta pada orang, dan jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul, serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran, saya memeluk erat anak itu.

"Maafkan cikgu..."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Sejak itu saya cuba membantunya setakat yang mampu…



Notakaki: Janganlah kita terlalu cepat menjatuhkan hukuman kepada seseorang, tambah-tambah lagi kepada seorang yang masih kecil, andai kita tidak mengetahui hal sebenar kenapa dia melakukan hal tersebut. Siasatlah dan kajilah sebab-musabab di sebaliknya agar kita tidak menyesal melakukan kesilapan menghukum seseorang yang tidak sepatutnya dikenakan hukuman.

Saturday, February 13, 2010

JOHAN, BUATLAH KEBAIKAN SETIAP HARI…



Usianya sudah menjangkau belasan tahun. Kebiasaannya ketika usia begini, seseorang itu telah mampu berfikir dengan baik, namun tidak bagi Johan. Disebabkan sedikit ketidaksempurnaan di bahagian otaknya, Johan hanya memiliki kemampuan berfikir seperti budak yang berusia 7 tahun.

Namun demikian, Johan bernasib baik kerana memiliki seorang ibu yang penyayang. Ibunya itu tidak peduli dengan kekurangan anaknya. Wanita berhati mulia itu memelihara dan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang. Harapannya cuma satu; biarlah Johan mampu berdikari pada suatu hari nanti.


********************

Johan sangat menyayangi ibunya. Sebolehnya dia mahu membahagiakan ibunya. Suatu hari Johan mendampingi ibu yang disayanginya itu…

"Ibu, saya suka melihat ibu tertawa. Wajah ibu cantik sekali apabila ibu tertawa. Bagaimana caranya untuk saya membuatkan ibu tertawa setiap hari?" tanya Johan.

"Johan, buatlah kebaikan setiap hari, maka ibu akan tertawa setiap hari" jawab ibunya.

"Bagaimana caranya untuk berbuat kebaikan setiap hari, ibu?" tanya Johan lagi.

"Buatlah kebaikan dengan bekerja bersungguh-sungguh. Bantulah orang lain terutama orang-orang yang perlukan bantuan seperti orang susah, orang tua, orang sakit, orang cacat dan sebagainya. Johan boleh membantu meringankan pekerjaan mereka atau boleh menemani mereka dengan berbual-bual. Perlakukan orang-orang tua itu sama seperti Johan membantu ibu. Jangan sesekali mengharapkan upah. Selepas selesai membantu, mintalah sekeping kad yang bertulis tarikh untuk hari itu daripada orang yang dibantu. Jika tarikh itu berturutan, bermakna Johan telah berbuat baik setiap hari, dan sudah tentu ibu akan merasa senang dan tertawa." jawab si ibu dgn penuh kasih sayang.

********************

Pesanan ibunya itu terpahat kemas di dalam ingatan Johan. Walaupun ibunya kini telah tiada, namun Johan tetap ingin melihat ibunya tertawa.

Maka, setiap hari dia akan berjalan ke sekeliling kampung untuk membantu orang-orang yang memerlukan bantuan. Upah yang dimintanya hanyalah sekeping kad yang bertulis tarikh untuk hari tersebut. Ramai orang merasa hairan dengan upah yang diminta oleh Johan itu, tetapi mereka tetap memberi apa yang dimintanya.


"Kenapa kamu meminta sekeping kad yang bertulis tarikh sebagai upah kamu?" tanya seorang nenek kepada Johan pada suatu hari.

"Kerana setiap hari, sebaik sahaja pulang ke rumah, saya akan menyusun kad itu mengikut turutan tarikhnya. Dgn itu saya dapat pastikan bahawa saya telah berbuat kebaikan pada setiap hari. Dan yang lebih penting lagi, dgn cara itu juga, saya tahu ibu saya sedang tertawa bahagia memerhatikan saya dari atas sana. Saya senang hati membayangkan ibu saya sedang tertawa kerana wajahnya sangat cantik ketika dia tertawa." jawab Johan dgn ikhlas.

********************

Kini, Johan dikenali oleh hampir semua penduduk di kampung tersebut disebabkan kebaikan yang dilakukannya dengan ikhlas walaupun otaknya tidak berapa sempurna dan lambat berfikir. Kebanyakan penduduk di situ menjadi sahabatnya.

Kebaikan dan keikhlasannya itu juga mendapat perhatian Tok Penghulu. Semampu mungkin, Tok Penghulu berusaha membantu memudahkan kehidupan Johan. Johan diberi elaun setiap bulan bagi menampung kehidupannya yang tinggal sebatang kara.


********************


Notakaki: Adalah menjadi keperluan bagi manusia untuk hidup saling membantu dan dibantu, menolong dan ditolong, kerana keupayaan kita amatlah terbatas. Kita tidak akan dapat membuat semua perkara dan memerlukan pertolongan dari orang lain. Apabila kita ikhlas berbuat baik dan membantu orang lain sesuai dengan keperluannya tanpa mengharapkan sebarang upah dan balasan, maka ketahuilah sesungguhnya perbuatan mulia itu pastinya akan menerbitkan rasa ni‘mat sekali. Kita tidak akan rugi sedikit pun dengan menolong orang lain, malah hati dan jiwa kita akan menjadi aman dan tenteram. Justeru itu berbuat baiklah selalu kepada sesiapa pun dengan hati yang ikhlas… inshaAllah hidup akan sentiasa diberkati-Nya…


Kata hati: Biarpun dirinya sedikit bermasalah, namun Johan sangat menghargai dan menyayangi ibunya. Diturutinya permintaan ibunya demi membuatkan ibunya tertawa bahagia, biarpun tanpa melihatnya dengan mata kasar. Johan anak yang baik, sentiasa berusaha menggembirakan ibunya. Terlalu jujur orangnya… Sedangkan diri ni?? (T_T) Wallahua‘lam… Namun jauh di sudut hati, turut tertanam keinginan dan azam untuk sentiasa membahagiakan insan tersayang yang telah melahirkan diri ini ke dunia ini.. sayang sangat2 kat mak! (^_^)

Tuesday, January 26, 2010

KISAH DUA SAHABAT DI MEDAN PERANG



Imran dan Nabil bersahabat sejak dari kecil lagi. Hubungan persahabatan antara mereka sangat akrab. Dalam apa jua aktiviti, mereka sering bersama.

Setelah tamat alam persekolahan, kedua-dua mereka menyertai kem tentera. Bertugas dan berkhidmat mempertahankan kemakmuran negara, mereka adakalanya terpaksa mengorbankan waktu untuk bermesra bersama. Namun begitu, persahabatan antara mereka tetap teguh dan kuat.

Pada suatu hari, Leftenan mengarahkan sebahagian daripada anak-anak buahnya untuk ke medan perang di suatu kawasan, manakala sebahagian yang lain diminta tinggal di markas untuk mempersiapkan diri andai berlaku pertempuran di kawasan yang lain.

Ditaqdirkan Imran dan Nabil terpisah dalam kumpulan yang berbeza. Imran ditugaskan menyertai pasukan perang ke medan pertempuran, meninggalkan sahabat baiknya Nabil di markas tentera.

Tanpa diduga, malapetaka menimpa. Sesuatu yang tidak diingini terjadi kepada Imran. Diserang hebat oleh pasukan lawan, Imran akhirnya jatuh tersungkur ekoran kecederaan teruk yang dialaminya di bahagian kepada dan dada.

Khabar malang tersebut sampai ke pengetahuan mereka yang tinggal di kem. Betapa hancur luluhnya hati Nabil ketika dia mendengar berita keguguran sahabat karibnya itu di medan pertempuran yang agak jauh dari markas. Dia segera meminta izin dari Leftenan untuk membenarkan dia menjemput tubuh sahabatnya yang gugur itu.

“Kamu boleh pergi, saya izinkan...” kata Leftenan, lalu menyambung, “tetapi saya merasakan usahamu itu tidak berbaloi. Tidak akan mendatangkan apa-apa keuntungan. Imran sudah mati, dan kamu malahan berkemungkinan ikut mati sama di sana nanti.”

Tanpa mempedulikan kata-kata nasihat Leftenan itu, atas dasar persahabatan, prajurit muda itu tetap saja pergi. Dengan perjuangan yang luar biasa, akhirnya Nabil berhasil menemukan sahabatnya. Dia bersyukur masih berpeluang bertemu Imran.

Dengan hati yang sedih menangisi pemergian sahabatnya itu, Nabil segera mengendong mayat sahabatnya itu, lalu dibawa pulang ke markas. Namun, di pertengahan jalan, ternyata prajurit muda itu sendiri tertembak, dan mengakibatkannya cedera parah.

Setibanya di markas, Leftenan memeriksa keadaan Nabil, dan dengan sendu dia berkata, “Kan saya sudah katakan, usahamu itu akan sia-sia saja. Sahabatmu sudah mati dan… kamu juga ternyata akan mati…”

Dalam keadaan dirinya yang tidak bermaya, Nabil tetap bersuara, “Tidak, ia bukanlah suatu yang sia-sia...”

“Apa maksudmu?” tanya Leftenan. “Sahabatmu kan ternyata sudah mati, dan sekarang kamu juga akan ikut menyusuli pemergiannya”

“Tidak...” sekali lagi Nabil menafikannya. “Ketika saya menemukannya, Imran ternyata masih hidup… malah dia sempat berkata kepada saya, ‘Bil, aku tahu… kamu pasti datang…’”

Tidak lama selepas itu, Nabil juga akhirnya memejamkan matanya buat selama-lamanya, menyusuli pemergian sahabat baiknya, Imran.


*******************************

Notakaki: Dalam soal persahabatan, kita harus faham bahawa ukhwah yang paling tinggi adalah ketikamana seseorang itu melebihkan sahabatnya lebih daripada dirinya sendiri. Adakalanya dalam hidup ini, kita tersalah membuat penilaian terhadap perbuatan seseorang. Hakikatnya, bermakna atau tidak bermakna sesuatu hal dan tindakan, ia bergantung kepada bagaimana kita memandangnya. Oleh itu pupuklah kebijaksanaan, himpunlah keberanian, dan ikutilah suara hati, kerana dengan demikian, inshaAllah kita tidak akan menyesali tindakan kita di kemudian hari.

Monday, January 25, 2010

“KAMI BUKANNYA BERZINA!”


Bagi mereka yg sedang hanyut dek keseronokan bercouple, pastinya mereka akan bertegas mempertahankan apa yg mereka lakukan, dgn memberi alasan semudah:

“Kami tidak berzina!”

Maaf, saya tak tuduh awak berzina, tapi awak menghampiri zina.

“Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?”

Ya, perbuatan begitu juga boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan!

“Kami dpt mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.”

Hari ini ya. Esok lusa siapa tahu? Mungkin kamu akan kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sgt halus. Ia telah menipu moyang kita yg pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW (yg bermaksud): “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan” (Tabrani). Kita manusia seringkali lemah menghadapi tipu daya Iblis.

“Tidak semestinya semua org bercinta menjurus kpd penzinaan. Ada yg bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!”

Betul. Tapi itu adalah salah satu yg dimaksudkan dgn menghampiri zina. Mmg pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat-laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kpd suatu pertemuan. Dan pertemuan pertama itu tidak akan terhenti di situ shj. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kpd penzinaan akhirnya?

“Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?”

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul sepertimana yg kamu faham, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dgn perasaan syahwat, dan ada juga zina hati iaitu dgn khayalan syahwat terhadap kekasih. Hal ini samalah sepertimana yg digambarkan oleh Rasulullah SAW (yg bermaksud): “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman” (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jln menuju kpd zina amat byk. Jgn biarkan diri kita melalui mana2 jln penzinaan.

“Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!” (bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)

Berdiskusi pelajaran? Betul ke? Jgn tipulah. Allah tahu apa yg terselit di hati hamba2-Nya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati Allah, kejayaan tak kan bawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat apetah lagi. Jgnlah berselindung di sebalik pelajaran yg mulia. Allah suka kpd org berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat kalau betul caranya. Fikir-fikirkanlah, apakah berdiskusi mcm ni akan ditulis oleh malaikat Raqib, ataupun malaikat Atid?

“Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group” (bagi kes berdua-duaan SAHAJA)

Study Group? Nampak lain mcm je... manja, senyum memanjang... tak mcm gaya berdiskusi pun? Takkan study group berdua je? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan mcm ni, betul ke bincang pelajaran? Jgn2 sekejap je bincang pelajaran, yg lain tu... byk masa dihabiskan dgn fantasi cinta!

“Taklah! Betul... kami berbincang pelajaran sahaja.”

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bkn malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jgn nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

“Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.”

Tak ada ke kaum sejenis yg boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yg boleh beri motivasi? Jgn hina kaum sejenis kita. Ingat, byk org cemerlang yg belajar hanya dgn kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tak terganggu, dpt berkat dan rahmat pula.

“Takkanlah tak ada langsung ruang yg dibenarkan dlm Islam utk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?”

Naluri adalah sbhgn drpd kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pd diri seseorang, tak normal namanya. Islam bkn dtg membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tak suruh bunuh naluri spt yg dilakukan para paderi atau sami. Jgn nafikan naluri ini. Jgn berbohong pd diri sendiri. Bkn salah dan berdosa kalau perasaan itu dtg tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu utk patuh pd perintah Allah. Jadilah manusia yg sihat nalurinya. Jgn jd malaikat! Krn Allah jdkn kita sbg manusia. Dunia dan sgla isinya akan hambar tnpa naluri atau nafsu.

“Islam takde ke couple-couple ni?”

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul, yakni cinta selepas selamat dinikahkan. Itulah cinta qudus. Cinta yg bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dgn sesuatu yg lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, maka ia membawa perkahwinan sbg ganti yg lebih baik. Sabda Rasulullah SAW (yg bermaksud): “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah” (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

“Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?”

Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kmdn perasaan dilayan. Kmdn teringat, jadi rindu. Lalu diatur pertemuan. Kmdn duduk berdua-duaan. Kmdn mencari tempat yg sunyi sedikit. Lalu berbual pjg hingga malam gelap. Hubungan mnjadi semakin akrab. Dah mula berani pegang tangan, duduk semakin dekat. Kalau tadi mcm kawan, skrg mcm pengantin baru! Bukankah mereka semakin hampir dgn penzinaan? Hakikatnya terlalu ramai org yg bercinta telah sampai kpd daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yg melahirkan kita dlm keadaan putih bersih tanpa noda drpd seekor nyamuk sekalipun!

“Masih ramai org yg bercinta tetapi tetap selamat dan tidak sampai kpd berzina. Kami tahan diuji. Allah yg menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia.”

Manusia tak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan spy jauhi perkara yg ditegah, takut manusia akan kecundang.

“Jadi manusia itu tidak tahan diuji?”

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa. Sejak dari awal penciptaan manusia, Allah takdirkan satu peristiwa utk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa spy tidak memakan buah khuldi dlm syurga. Buah yg lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kpd Adam dan Hawa, jgn menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah (yg bermaksud): “(Dan Allah berfirman) Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu (Hawa) di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim.” (al-A’raaf, 7:19)

Tegahan yg sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dgn zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dgn godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar drpd pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

“Tapi bercinta lepas kahwin byk masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah utk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.”

Boleh ke percaya dgn perwatakan masa sdg bercinta? Bercinta penuh dgn lakonan yg dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dgn watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta, merajuk ada yg pujuk. Jgn hrp lepas kahwin, bila merajuk akan ada yg pujuk. Byk org yg kecewa dan tertipu dgn keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Mcm langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yg amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dh kahwin, lewat lima minit, dh kena tengking. Jadi, perwatakan dlm masa bercinta tak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

“Percayalah,kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nnt.”

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kpd hamba2-Nya yg terpilih. Kebahagiaan bkn ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yg menganugerahkannya. Bagaimana mndapat anugerah kebahagiaan itu, jika jln mncapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah? Kebahagiaan hidup berumahtangga mestilah melalui proses yg betul. Sudah tentu prosesnya bkn bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yg diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana utk mendapat keluarga yg bahagia jika langkah pertama sudah pun canggung? Bagaimana pula kesudahannya nanti?

“Tanya sikit... adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....”

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yg diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yg terlibat dgn budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dlm perangkap syaitan. Cuma menunggu masa utk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, teman tapi mesra ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dgn zina.

“Jadi seolah-olah orang yg bercinta telah hilang maruah diri?”

Mengukur maruah diri bkn ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Org yg sdg mabuk bercinta akan mengatakan org yg bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi org yg menjaga diri, tidak mahu terlibat dgn cinta sebelum kahwin, akan mengatakan org yg bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kpd org yg belum layak menerima cinta suci.

“Kalau ukuran bermaruah atau tidak, ditentukan oleh Allah, lalu mengapa ada yg mengatakan org yg bercinta hilang maruah?”

Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Org yg bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Org yg bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dgn orang yg pernah berzina. Allah berfirman (maksudnya): “Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak berkahwin melainkan dengan perempuan yang juga berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak berkahwin melainkan dengan lelaki yang juga berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (An-Nuur, 24: 3)

“Jadi, org yg pernah bercinta tidak sesuai utk berkahwin dgn org yg tak pernah bercinta? Org yg bercinta hanya layak berkahwin dgn org yg pernah bercinta juga? Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan?”

Itulah pasangan yg layak utk dirinya. Kerana wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik. Lelaki yg baik utk wanita yg baik.

“Kami telah berjanji sehidup semati.....”

Apa ada pd janji cinta? Berapa byk sudah janji cinta yg musnah? Lelaki, jgn diharap pd janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

“Si dia ini lain dari yg lain. Dia lelaki yg penyayang dan bertanggungjawab.”

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sbg isteri dan seterusnya mnjadi ibu utk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yg baik. Tetapi utk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yg menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

“Jadi, perempuan yg bercinta, jatuh maruahnya pd pndgn lelaki?”

Tentu! Mana ada lelaki yg normal suka pd barang yg second hand sdgkan barang yg baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan spt kereta yg diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada org yg boleh test drive. Ada pula yg kata, sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung; boleh dibawa ke hulu ke hilir. Sedih, kan? Tetapi itulah hakikatnya!

“Masih adakah orang yg tidak bercinta di zaman ini?”

Ya, masih ada! Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah (maksudnya): “...Dan orang-orang lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina), dan orang-orang lelaki dan perempuan yang banyak mengingati Allah, maka Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab, 33: 35)

“Lalu bagaimana dengan kami?”

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dgn taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dari-Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan utk mendapat redha-Nya.

“Kami ingin mndapat redha Tuhan. Tunjukkanlah kpd kami bagaimana caranya utk kami lakukan taubat nasuha.”

Taubat nasuha adalah taubat yg murni. Taubat yg sebenar-benarnya.Taubat yg memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat dan dosa. Maka, putuskanlah hubungan cinta yg tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Bererti, hendaklah kamu menginsafi diri di atas tindak-tanduk hidup yg menjurus diri dlm percintaan. iii) Berazam. Kamu pasanglah azam dan tekad yg kuat dlm hati agar tidak akan bercinta lagi dgn sesiapa kecuali dgn seseorang yg bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab qabul. Moga Allah terima taubatmu.




“Jadi kami harus berpisah? Dengan segera?”

Ya! Ingatlah, hubungan sebegini tidak akan membawa kpd kebaikan, malah lebih membawa kpd kemusnahan. Jadi lebih baik dihentikan segera sebelum lebih terlambat. Tidak perlu kecewa dan susah hati. Sesungguhnya setiap pertemuan akan ada perpisahan. Bertemu dan berpisah, adalah kerana Allah. Dan kalau benar dia yg terbaik buatmu, yakinlah, kalau ada jodoh, tidak akan ke mana.

Dan doa saya mengiringi kalian...
“Ya Allah... Bantulah mereka ini. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu ya Allah. Maka terimalah taubat mereka..."

******************************


Notakaki: Sebenarnya mereka yg sedang hanyut dalam keseronokan alam percintaan ni bukannya langsung tidak menyedari kesalahan yg mereka lakukan. Namun tatkala berduaan dgn pasangan, nafsu yg lebih menguasai diri. Adab kesopanan serta hukum syara‘ diketepikan. Mereka leka dan alpa. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita utk mengingatkan mereka. Semoga perkongsian tidak seberapa ini dapat dimanfaatkan bersama...

Monday, January 11, 2010

AWAK SUDI JADI ISTERI KEDUA SAYA?


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dgn suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yg memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dgn penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!"
potong Fatimah dgn kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu “Fatimah” di sebalik Fatimah yg dia kenal selama ini. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dgn tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya utk bermadu. Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sbg seorang muslim yg beramal dgn apa yg diyakininya. Duitnya byk dihabiskan utk memenuhi tuntutan dakwah yg seringkali memerlukan pengorbanan yg tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yg membawa dia menemui Tuhannya dgn hati yg tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dlm persatuannya. Malah, Fikri dilihat sbg calon suami yg bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yg dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yg menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri spt pelengkap kpd dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dlm dakwah meskipun hubungannya dgn Fatimah nampak spt tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dgn Fatimah, namun sikap Fatimah yg keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan spt biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kpd masyarakat. Malamnya sibuk dgn mesyuarat dgn sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta dtg ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali drpd pemikiran pendakwah lain yg semudanya.

Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dlm suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dgn luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dpt menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yg kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa utk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah drpd beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dgn Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yg pernah ditanya kpd Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yg tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sbg isteri kedua yg dilafazkan oleh Fikri.



"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jwb Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yg sgt membantu dlm gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sgt membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin.

Setiap kali turun ke lapangan utk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah utk membantu kerja dakwah seadanya. Kadangkala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, spt mesin yg tiada hayat. Namun, inilah yg dia yakini sebelum berkahwin dgn Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yg menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.


"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dlm kereta sewaktu dlm perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yg sgt teringin berjumpa dgn madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia dtg program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yg byk membantu Fikri dlm gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dgn isteri pertama Fikri yg byk membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dlm dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yg berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana, bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sgt berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Fikri.



"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [QS al-Taubah 9:24]




***************************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam... KALIAN AKAN DIMADUKAN!

Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yg bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam! Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu adalah utk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sbg punca serta merendahkan harga dirimu dga terjadinya perceraian suamimu dgn isterinya yg pertama iaitu perjuangan Islam!


Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah bahawa anda bukanlah suami yg pertama yg bakal dinikahinya atau insan yg pertama yg dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yg kedua yg dicintainya, kerana suami yg pertama baginya ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya.

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…


Lihatlah, betapa pentingnya perjuangan menegakkan Islam sehinggakan ia diibaratkan sebagai “isteri/suami” pertama pasangan kita, lalu hadirnya kita adalah sebagai yang kedua, bukanlah yg pertama. Janganlah kita tertipu dengan ni3mat dunia kerana semuanya hanyalah pinjaman semata-mata... akhirat jualah yang kekal abadi. Oleh itu, buat semua muslimin mahupun muslimat, bantulah isterimu atau suamimu, dan kuatkanlah dia utk meneruskan perjuangan Islam ke serata dunia! Takbir! Allahuakbar!

Friday, January 8, 2010

MELAYU SEKARANG vs UMMAT SEKARANG


# Perkongsian cerita seorang teman…

Minggu lepas sedang saya duduk-duduk di satu tempat, ditaqdirkan saya bertemu dan berkenalan dengan seorang lawyer. Lelaki, umur lebih kurang sebaya saya. Dia ni lawyer Syariah. Kami pun bersembanglah macam-macam perkara.

Mula tu kami sembang biasa aje, yelah baru jumpa, macam strangers rasanya. Tapi lama-kelamaan kami fokus pada satu subjek. Dia ceritakan pada saya tentang salah seorang anak guam (client) dia. Client dia ni seorang perempuan Melayu, umur lebih kurang 20an. Kisahnya client dia ni nak tuntut hak penjagaan anak-anaknya daripada bekas boyfriend dia, seorang lelaki India beragama Hindu.

Perempuan tu ada 2 orang anak yang dia nak tuntut hak tu. Sekarang kedua-duanya dalam jagaan bekas boyfriend dia. Masa buat tuntutan hak penjagaan tu, dia datang dengan boyfriend dia yang baru, juga seorang lelaki India beragama Hindu. Anak-anak yang dia nak tuntut tu adalah anak luar nikah ditakrifkan sebagai "Anak Tak Sah Taraf".

Tak habis kat situ kisahnya. Selain daripada nak tuntut hak penjagaan anak-anak, dia juga nak failkan permohonan tukar agama, dari Islam kepada Hindu, yand dalam erti kata lainnya adalah Murtad!

Tambah lawyer tu lagi, si perempuan ni sanggup bersusah-payah belanja beribu ringgit upah lawyer lain untuk mohon tukar agama sebab lawyer yang bersembang dengan saya ni tadi tak mahu terima job tu. Dia sanggup keluar belanja sendiri untuk tukar agama, dari Islam jadi Hindu, hanya sebab sukakan lelaki India beragama Hindu tu. Punyalah ramai lagi lelaki Islam, tapi si perempuan ni tetap sukakan Hindu. Dia tak suka orang Islam.

Saya katakan kepada lawyer tu, kalau nak murtad, tak payah mohon dengan mahkamah, sebab kita ni sendiri yang tak mohon pun kadang-kadang boleh juga jatuh murtad secara tak kita sedari, dek kerana perkataan atau perbuatan kita. Nauzubillaah...

Lawyer tu kemudiannya bercerita pula tentang kes murtad di Malaysia yang semakin membimbangkan. Menurutnya, sejak kebelakangan ini, di mahkamah dalam Malaysia ni tak kurang dari 10,000 permohonan untuk menukar agama dari Islam kepada agama-agama lain, terutamanya menukar kepada agama Krisitan dan Hindu. Macam-macam sebab dan alasan diberikan, dari sebab jatuh cinta sampailah ke sebab saja suka-suka.

Katanya lagi, kisah budak-budak Melayu yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak remaja, membuat tattoo tanda salib di badan dan pakai rantai salib, dah banyak sangat pengaduan dari parents yang dia terima.

Sejenak saya berfikir... Hairan juga saya, kenapa orang Melayu bersusah-payah nak buat permohonan untuk keluar dari Islam? Tak cukup dengan perangai macam kafir, minum arak, berjudi, berzina, sihir-menyihir, dan segala macam perangai syaitan yang dibuatnya, ni dia kena pula mohon jadi murtad. Sedangkan segala perbuatannya dalam kehidupan sehariannya dah terang-terang menyimpang dari ajaran Islam.

Kalau dulu saya cuma mendengar dari third party tentang kisah Aisyah yang murtad, tapi kali ini saya dengar sendiri dari mulut lawyer yang mengendalikan kes seperti itu.

From the short encounter with the lawyer, I deduced that, kebelakangan ni sesetengah orang Melayu yang agaknya Muslim, are becoming the champions of many matters, termasuklah dalam hal nak melingkupkan agama dan bangsa sendiri!

Dalam hal-hal sebegini, tak banyak yang pihak berkuasa boleh buat. The judiciary system in Malaysia is based on "Common Law", atau yang terguna pakai di England. Walaupun negara kita dah 52 tahun lebih merdeka, namun pemikiran orang Melayu masih lagi dijajah. Apa yang lebih menyedihkan, kali ni secara sukarela pula orang Melayu yang asalnya Islam, mohon nak tukar agama jadi Kristian, jadi Hindu, jadi atheist, sembah pokok, sembah batu dan segala amalan karut-marut lain, selain daripada memilih untuk menjadi seorang yang beragama Islam yang menjanjikan Syurga kepada penganutnya…

Kepada saudara seIslam sekalian, renung-renungkanlah....
Wassalam...



Notakaki: Pernah terfikir, kenapa Melayu di Malaysia ni secara automatiknya beragama Islam? Lecturer kelas Methods of Da’wah saya katakan, menurut kajiannya, ianya adalah disebabkan kepatuhan rakyat terhadap Sultan. Disebabkan Sultan kita beragama Islam, maka secara automatiknya rakyat berbangsa Melayu adalah beragama Islam.. WALLAHU A3LAM... Apapun, sama-sama kita renungkan, sejauh manakah Islamnya kita... adakah hanya sekadar pada nama dan agama dalam IC kita? Nauzubillaah... Semoga hidup dan mati kita seluruhnya adalah sebagai seorang Muslim/ah... bukan hanya sekadar pada nama dan agama, tapi Muslim yang sebenar-benarnya... Aamiiin...

Saturday, January 2, 2010

GADIS CANTIK YG BUTA, PEKAK, & LUMPUH


Wanita solehah, yang merupakan wanita pilihan yang tidak terdedah kepada lelaki yang bukan mahram, diumpamakan seperti bidadari yang dipingit di dalam khemah-khemah. Wanita sebegini akan menjadi penghuni syurga, sebagaimana kisah ibunya Syeikh Abdul Qadir Jailani.

Syeikh Abdul Qadir Jailani hasil dari percantuman benih Abu Saleh Janghidost dgn Fatimah. Abu Saleh adalah seorang pemuda yg sgt cinta kpd Allah. Kewarakannya boleh dilihat dari sejarah hidupnya.

MENGAMBIL YANG BUKAN HAK MILIK SENDIRI

Sebelum bertemu jodoh dengan Fatimah, pada suatu hari, seperti biasa Abu Saleh duduk di tepi sungai bertafakur. Kemudian perutnya terasa sangat lapar kerana sudah lama tidak makan. Kebetulan waktu itu dilihatnya sebiji epal sedang terapung-apung di sungai. Lalu diambilnya dan dimakan. Semasa sedang mengunyah, maka teringatlah dia bahawa epal tersebut tentu hak milik org. Abu Saleh merasai dirinya telah melakukan dosa kerana memakan buah epal tersebut tanpa meminta izin drpd pemiliknya terlebih dahulu.




Atas rasa takut kepada Allah, Abu Salleh menyusuri hulu sungai tersebut semata-mata untuk mencari tuan punya epal itu bagi meminta maaf (halal). Setelah berhari-hari berjalan tanpa sebarang bekalan makanan, akhirnya Abu Saleh menjumpai sebatang pokok epal dan yakinlah dia bahawa epal yang dimakan tempoh hari adalah dari pokok itu. Tanpa membuang masa, Abu Saleh terus pergi berjumpa dengan tuan punya pokok epal itu, iaitu Abdullah Saumi yang berketurunan Imam Hussin R.A.

Abdullah Saumi mengenali kewarakan Abu Saleh yang begitu luhur dan berkeyakinan beliau dari keturunan yang baik. Melihat perangai dan akhlak Abu Saleh yang begitu luhur dan mulia, Abdullah Saumi telah jatuh hati dan tidak sanggup berpisah dengan pemuda itu. Lalu Abdullah Saumi membuat helah akan memaafkan kesalahan Abu Saleh tetapi dengan bersyarat. Syaratnya, Abu Saleh mesti berkhidmat dengan beliau selama 12 tahun untuk menguruskan kebun epalnya. Abu Saleh telah menerima hukuman itu dan bekerjalah ia dengan taat selama tempoh tersebut.

MENGAHWINI GADIS BUTA, PEKAK, DAN LUMPUH

Setelah 12 tahun, Abdullah Saumi mengadakan syarat lagi bahawa beliau rela memaafkan kesalahan Abu Saleh sekiranya Abu Saleh sanggup mengahwini anak perempuannya yang buta matanya, pekak telinganya dan lumpuh kedua-dua tangannya serta kakinya. Kemudian mereka mesti tinggal di situ bagi tempoh 2 tahun lagi bagi membolehkan beliau melihat cucunya. Syarat tersebut sungguh berat, tetapi demi mencari keredhaan Allah, diturutinya juga.

Setelah diakad nikah maka masuklah Abu Saleh ke dalam bilik anak perempuan Abdullah Saumi yang sudah sah menjadi isterinya. Alangkah terkejutnya Abu Saleh apabila mendapati wanita di hadapannya mempunyai rupa paras yang sangat jelita dan tidak cacat. Lantaran itu, tidak mahu didekatinya wanita tersebut kerana disangka bukan isterinya.

Abu Saleh segera menemui Abdullah Saumi. Akhirnya orang tua itu menerangkan hakikat kata-katanya kepada Abu Saleh.

"Aku katakan anak perempuanku itu buta matanya kerana dia tidak pernah memandang lelaki yang bukan muhrimnya, pekak telinganya kerana tidak pernah mendengar kata-kata yang tidak benar, lumpuh kedua-dua tangannya kerana tidak pernah menyentuh perkara-perkara yang diharamkan, dan lumpuh kedua-dua kakinya kerana tidak pernah melangkah ke tempat-tempat mungkar."

Selepas itu barulah Abu Saleh mahu menyentuh isterinya. Dan hasil daripada perkahwinan pemuda yang wara’ dengan isterinya yang solehah itu, maka lahirlah seorang anak yang akhirnya membesar menjadi seorang wali Allah yang masyhur dan tinggi ilmunya, iaitulah Syeikh Abdul Qadir Jailani.

MUTIARA INDAH

Demikianlah mutiara indah para wanita solehah, yang betul-betul mencontohi bidadari-bidadari di syurga. Mereka seolah-olah wanita pingitan yang tidak mendedahkan diri dan auratnya di hadapan lelaki bukan mahram. Tidak memandang kepada lelaki dan tidak dipandang oleh lelaki. Memelihara kesucian dirinya daripada terdedah kepada yang bukan mahram…


Notakaki: Secara syara3nya, buah epal yg telah jatuh ke dalam sungai lalu dihanyutkan air itu sememangnya boleh dimakan tanpa perlu minta izin kerana ianya sudah berada di luar kawasan tuan rumah. Namun disebabkan peribadinya yang amat wara’, maka Abu Saleh merasa bersalah lalu berusah mencari tuan pemilik epal tersebut bagi tujuan meminta maaf. Sikap begini adalah sangat mulia dan wajar dicontohi. Lihatlah balasan setimpal yang diterimanya – seorang yang soleh akhirnya pasti akan mendapat pasangan yang solehah. Oleh itu berusahalah terlebih dahulu untuk memperbaiki akhlaq diri… Dan kepada ibubapa yang mempunyai anak perempuan, ujilah terlebih dahulu pasangan anak anda untuk menilai sejauh mana keikhlasan lelaki tersebut…

Monday, December 28, 2009

BENGKOKNYA WANITA…


"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"


"Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak dtg kerja. Susahlah mcm ni. Kerja pejabat akan terganggu."


"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok*? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."

"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"

"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."

"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, mmg org perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."

"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."

"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."

"Apa maksud sebenar Hadis tu?"


"Orang perempun yg diibaratkan seperti tulang rusuk yg bengkok itu bkn bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yg berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yg diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yg bengkok itu."

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"

"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. "

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."


"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."

"Hmm, betul tu Naim."

"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."

"Baru aku sedar, akulah yg bengkok. Asyik marah2 dan tidak sabar."

"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "


*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)


Sumber: iluvislam.com


Notakaki: Sifat sempurna adalah milik Allah semata-mata, dan kita sebagai makhluq ciptaan-Nya adalah bersifat tidak sempurna. Disebabkan sifat-Nya yang Maha Mengetahui, maka pastinya Allah tahu akan kebaikan di sebalik ‘kekurangan’ yang ditentukan ke atas kita. Sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu itu tanpa sebab, dan begitulah juga dengan hakikat kejadian wanita yg diciptakan-Nya dari tulang rusuk yang bengkok…

~insan yang “bengkok”, lemah, dan sensitif~

Saturday, December 26, 2009

CORETAN UNTUK BAKAL ISTERI


Assalamualaikum wrt. wbt.

Untukmu, Bakal isteriku..

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku.”

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tanggungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yg harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yg hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kpdnya kerana seharusnya engkaulah yg harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah di sisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik." (Surah An-Nuur: 26)

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku di samping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal." Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku, Bakal Suamimu.


Nukilan: Musafir Hidayah


Notakaki: Alhamdulillah, masih ada lelaki yang berfikiran dan berpendirian sebegini. Hakikatnya mmglah ada, cuma agak sukar untuk kita temui. Namun bersyukur sekali tatkala terbaca warkah ini. Dapat dirasakan penulis pastinya menulis apa yang datangnya dari sebuah hati yang suci. Buat penulis, didoakan semoga dirimu beroleh pelengkap hidup sebagaimana yang didambakan.. Aamiiin.. Buat muslimin, diharap semoga kalian semua punya pemikiran dan pendirian seperti penulis. Dan buat kaum muslimat pula, sama2lah kita memperbaiki diri menjadi insan yang mempunyai akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi..

~sabar menanti pelengkap diri yang hanya diketahui oleh Allah SWT~

Related Posts with Thumbnails