Thursday, June 11, 2009

ADAB MENDENGAR AZAN


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati… mengapa kebanyakan orang yang nazak, di saat hampir tiba ajalnya, mereka tidak dapat berkata apa-apa… lidahnya menjadi kelu, keras, dan hanya kelihatan mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya". Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri dan jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang yang beragama Islam, kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri, mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita pastinya takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba kerana kita tidak akan dapat mengucapkan dua kalimah syahadah yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut, telah dijanjikan Allah syurga buat mereka.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah kita ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkanlah lidah kami untuk mengucap dua kalimah syahadah semasa sakaratul maut menghampiri kami. Aamiiin.. Aamiiin.. Aamiiin Ya Robbal 3aalamiin.."


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails