Showing posts with label TENTANG DIRI INI. Show all posts
Showing posts with label TENTANG DIRI INI. Show all posts

Saturday, May 29, 2010

TAG DARI KAK INTAN


Dalam kesibukan dan ketidakcukupan waktu, agak sukar untuk update blog ni dengan bahan2 ilmiah yang boleh dikongsikan bersama. Maaf saya pinta, kefahaman saya harapkan. Namun demi memastikan blog ni tidak berhabuk lagi bersawang, akan saya update juga supaya ada post baru.

Baiklah, dalam mangisi waktu yang sedikit terluang ni, nak gunakan untuk jawab tag yang diterima baru-baru ni, dari Kak Intan. Thanx akak! (^_^) Dalam senarai pendek 6 nama tu, sempat jugak masuk nama saya ye…hehe.. really appreciate it! ;)



Ni tag nye:



3 names in your message inbox
1- xxxxx ITD
2- xxx Kaed
3- Ke'

(dengan family, selalu call je terus, jarang msg)

your main ringtone
~Impian Kasih by InTeam

what you did at 12 last night
~memengsankan diri setelah makan ubat selsema…

who was the last person you went with? where?
~Dengan mak.. pergi umah abang…

the colour of t-shirt you are wearing now
~orange + white + black

the last thing you did
~mengemas rumah…

3 of your everyday favorite items
1- Handphone
2- Laptop
3- Note book + Pen


the colour of your bedroom
~Dark and light blue

how much money in your wallet now?
~Wallet pun ntah kat mane.. x taula ade berapa dalam wallet tu =P

how's life?
~susah senang, suka duka.. hadapi jela segalanya dgn tabah.. Allah xkan uji hamba2Nya melebihi kemampuan seseorang tu, rite ;-)

your favorite song
~Menanti di Barzakh by Far East

what will you do next weekend?
~Ntah.. x dpt dipastikan lagi..

when was the last time you see your mom?
~Baru jap tadi..

where is she now
~Kat rumahla.. kat ruang tamu…

when was the last time you talk to your parents?
~Adela dalam beberapa minit yang lalu…

who is the last person talked to you last night?
~My sis..

the last surprise you got
~Dapat kek dari akak office sempena bday baru2 ni…

last thing you borrowed from your friend
~Rasanya takde pinjam pape pun…

who is your bf/gf/husband/wife?
~For me, bf = husband.. and since I’m not married yet, so there is no bf =D

what do you feel right now
~Happy sbb tersenarai dalam list penerima tag ni dari kak Intan ^_^

wanna share with who?
~With all bloggers who visit my blog =)

who know your secret?
~Prefer pendamkan aje…jarang nk cite pd sape2..

they keep your secret?
~Kalau dah cite tu, harapnye begitulah.. Wallahua’lam..

are you angry with someone?
~Skrg? Takde pun rase marah kat sape2 =)

what do you order at McD?
~Ntah.. jarang2 makan McD…

the last time you feel so sad?
~Mase kat umah abang tadi =(



mahu tag?
~Siapa2 yang berminat dan rajin nk buat tag ni.. tiada paksaan :)

Monday, May 10, 2010

“HAPPY BESTDAY” (^_^)

Memandangkan hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran saya, terlalu banyak kiriman sms yang saya terima, mengucapkan kata-kata berbekalkan doa. Namun diri ini merasa agak “tertarik” dengan 1 sms kiriman seorang sahabat yang mengucapkan “HAPPY BESTDAY” (bukannya ‘Happy Birthday’).

Pada mulanya, saya menganggap sekadar perkataan yang sengaja dimain2kan ejaannya. Ttapi tiba-tiba tak lama lepas tu, saya merasakan “BESTday” pada hari ini sememangnya “BEST”. Kenapa? Sebabnya…

Sejak minggu lepas lagi, saya dimaklumkan bahawa Ketua Unit di bahagian penempatan praktikal saya ini akan menjalani pembedahan pada hari Selasa, 11/05/2010, ekoran ketumbuhan pada ususnya (T_T) Oleh itu, semua staff di office tersebut bercadang mengadakan jamuan makan serta bacaan doa selamat buat beliau, pada hari ini, sehari sebelum hari pembedahan.

Pagi tadi, saat membantu menghidangkan makanan, saya dapati terdapat sebiji kek yang masih dalam kotak yang sedikit terbuka. Pada mulanya saya menyangkakan ianya sekadar makanan sampingan untuk jamuan tersebut. Tapi tiba-tiba saya terdengar Kak Wan dan Kak Midah bertanyakan tentang kek tu. ‘Cik Ti menjawab, “Saya yang bawa…sempena birthday Hani hari ni…”. Terkedu seketika saya dibuatnya. Kek sempena birthday saya?? Sungguh, saya tak menyangka sama sekali. Saya perhatikan kek tersebut… “HAPPY BDAY HANI”…Wah, siap dengan tulisan ucapan birthday beserta dengan nama saya sekali… Saya tersenyum lebar sambil mengucapkan terima kasih buat ‘Cik Ti.


Majlis bermula jam 10.30 pagi. Setelah selesai bacaan doa selamat diketuai oleh Ketua Jabatan, Tuan Haji Ismail Zakaria, pengerusi majlis menjemput semua untuk makan. Tetapi sebelum itu, ada sedikit “kejutan”…

Nama saya disebut, dipanggil untuk ke hadapan. Pengerusi majlis memaklumkan kepada semua bahawa secara kebetulan birthday saya juga jatuh pada hari ini, maka ianya turut diraikan sekali. Saya diminta memotong kek. Ya Allah, sungguh saya merasa begitu malu sekali ketika itu. Segan yang amat sangat. Selama 23 tahun yang lepas, belum pernah birthday saya diraikan sedemikian oleh selain keluarga. Tambahan pula, saya hanyalah ‘budak praktikal’ yang baru 4 bulan lebih berada di situ.. Begitu terharu saya dibuatnya...

Birthday sudahpun diketahui semua di situ…namun timbul pula persoalan di benak fikiran mereka; ini birthday yang ke berapa? Ada yang apabila saya minta teka, disoal pula saya, “Dah masuk 20 ke belum?” Alahai…nama pun praktikal…final sem dah pun…takkanlah umur tak cecah 20 lagi..hehe. Bila saya jawab “24”, mereka seperti tak percaya. Kalau yang dari unit/ bahagian lain yang belum pernah mengenali saya, mereka sangkakan saya ini anak kepada mana-mana staff, dengan beranggapan saya merupakan pelajar sekolah menengah.

Saya sekadar tersenyum. Dah lali. Dah terbiasa sangat2. Pergi mana-mana, sering disangka pelajar sekolah menengah, hatta doktor (selain doktor-doktor UIA) sekalipun sukar percaya saya adalah seorang pelajar IPT yang bakal menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda tidak lama lagi. Namun setelah melihat IC saya, mahu tidak mahu, kenalah percaya hakikatnya rupa saya sememangnya tidak menggambarkan usia saya yang sebenar =D

Apapun, hari ulangtahun kelahiran yang ke-24 ini cukup menggembirakan saya. Benar-benar terasa “BESTday” pada hari ini… Kejutan yang merupakan suatu kenangan manis, takkan mungkin saya lupakan… Jutaan terima kasih buat semua staff di situ, terutamanya ‘Cik Ti… Baarakallahu fiikum…. (^_^)


~Exschoolmate ade juga yang mahu hadiahkan kek… tp nampaknya yg di opis yg terlebih dahulu hadiahkan~

10/05 – BERTAMBAH SETAHUN LAGI USIAKU

(gambar hiasan semata-mata)


Tanggal 10 Mei… Alhamdulillah, pada tarikh ini, bertambah setahun lagi usiaku… Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk terus bernafas menghirup udara segar di samping menikmati keindahan alam ciptaan Allah serta segala kurniaan-Nya di atas mukabumi ini…

Merenung sejenak... memikirkan apakah segala amalan kebaikan seiring dengan usiaku ini.. rasanya telah banyak waktu yang telah dihabiskan dengan perkara sia-sia yang bukan sahaja tidak mendatangkan kebaikan buat diri sendiri, malah juga buat orang lain (T_T) Namun yang berlalu telahpun berlalu.. masa yang telah pergi pastinya tidak bisa dikembalikan…

Kini, dalam meniti perjalanan hidup yang tidak tahu sejauh mana dipinjamkan nyawa ini di dunia ini, mengharungi hidup penuh liku, cabaran dan dugaan… daku memohon pada-Mu ya Allah, berikanlah daku kekuatan menghadapi segala ketentuan-Mu ya Allah… daku memohon agar diriku sentiasa di bawah rahmat dan lindungan-Mu.. bimbinglah daku agar sentiasa berada di jalan-Mu yang lurus lagi benar… berikanlah petunjuk-Mu kepadaku dalam menentukan sesuatu di dunia ini… peliharalah diriku agar istiqamah dalam melaksanakan perintah-Mu… ya Allah, moga pertambahan usia ini juga akan dimanfaatkan dengan lebih mendekatkan diriku kepada-Mu ya Rabb… Aamiiin ya Rabbal Aalamiiin…


Setiap kali tibanya ulangtahun kelahiran, biarpun ramai yang wish birthday, namun buat diri ini, terasa ucapan selayaknya sepatutnya bukanlah ditujukan buat diri ini.. tetapi tujukanlah ucapan tersebut kepada MAK.. Ye.. mak.. terima kasih mak, kerana telah melahirkan daku ke dunia ini… tanpa mak, beserta dengan keizinan Allah, maka pastinya diri ini tidak akan berada di dunia ini seperti sekarang ini.. terima kasih sangat buat mak.. (kalau tahun lepas, Hari Ibu yang diraikan pada hari ahad kedua dalam bulan Mei jatuh pada tarikh 10hb, jadi dapat je kita raikannya sama2.. tapi tahun ni, dah terlajak sehari =( ) apa2pun, mak sentiasa diingati, lebih2 lagi di saat diri ini menyambut ulangtahun kelahiran.. kerana hakikatnya, mak la yang perlu diraikan, kerana mak lah yang bersabung nyawa ketika itu melahirkan diri ini (T_T)


p/s: buat insan yang exactly sama tarikh serta tempat lahir, dan juga nama yang hampir serupa… saya ucapkan SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-24… semoga diberkati umurmu, dimurahkan rezekimu, dan dipermudahkan segala urusanmu di dunia dan juga di akhirat… aamiiin…

Sunday, May 9, 2010

I’M BACK (^_^)



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kalau diperhatikan, hanya 1 sahaja post untuk bulan April. Itupun di awal bulan. Hanya itu sahaja, dan setelah itu tiada lagi updates sehinggalah ke saat post ini ditulis (T_T) Setelah sebulan lebih blog ni “bersawang”, sepi tanpa apa-apa updates, akhirnya saya kembali semula ke dunia blogging ini… welcome back to myself =D

Kenapa saya mendiamkan diri??


Kak Liza bertanya, “…bercuti ke?”…
Manakala kak Intan pula fikir “sedang sibuk dengan exam”…
Sedangkan adik Nick Irfan tertanya2, “di manakah Kak Hani???”


Terharu (T_T) Sungguh, langsung tidak terfikir ade yang mencari diri ini, memikirkan tentang diri ini yang diam menyepi buat seketika.. thanx buat kalian yang concern pada diri ini.. =)

Buat pengetahuan semua, diam saya bukanlah tanpa sebab. Bukanlah ekoran rasa jemu dan bosan dengan dunia blogging… tidak sama sekali. Kalau ada yang perasan, dalam entri “Final Exam Final Semester (inshaAllah)”, di penghujungnya ada saya nyatakan yang saya harus menjalani practical training selama 10 weeks…

Dan ya, itulah yang membuatkan saya tidak punya kelapangan waktu untuk blogging. Tapi yela, di situ tidak pula saya nyatakan dengan specificnya bermula pada tarikh berapa haribulan saya akan menjalani latihan praktikal tu. Final exam saya, last paper 8/4/2010 yang lalu… Praktikal pula bermula pada tarikh 12/04/2010, dan inshaAllah akan berakhir pada 20/06/2010.

Terus-terang saya katakan, saya tidak pernah bekerja, sekalipun bekerja sambilan. Maka pastinya alam praktikal ini sedikit memberi cabaran buat saya. Bermula dengan keluar rumah seawal jam 6.30 pagi dan pulang kerja pula sampai rumah hampir jam 7 malam, perjalanan tersebut pada awalnya begitu memenatkan saya. Sebelah malamnya pula harus tidur awal untuk bangun awal esok paginya. Kebiasaannya selepas solat isya’, saya akan terus terlelap ekoran kepenatan yang amat sangat.

Pernah seorang rakan hantar sms bertanyakan tentang blog. Disoal kenapa sudah lama tidak update. Katanya, “sayanglah… blog tu bagus, penuh bahan ilmiah.. kalau boleh, hujung minggu carilah masa untuk update.. sekali seminggu pun jadila..”. Saya sekadar tersenyum. Masih ada yang memberi perhatian dan sokongan. Terima kasih =)

Memikirkan ayat2 tersebut, saya merenung sejenak. Betul juga. Patutnya sabtu dan ahad cubalah cari masa untuk update..tetapi..laptop pula buat hal. Lagipun saya seolah2 “kehilangan” hari sabtu. Mungkin sebab har sabtu adalah hari untuk saya berehat sepenuhnya =D sedar2, dah pun hari Ahad, n esoknya kena pergi kerja semula seperti biasa… itulah rutin harian saya selama beberapa minggu ini (T_T)

Kini sudah 4 minggu berlalu. Bererti, tinggal lagi 6 minggu yang harus saya lalui untuk selesaikan latihan praktikal saya. Minta tolong doakan saya ye.. moga2 dipermudahkan segala urusan, sekaligus dapatlah saya sempurnakan tugasan praktikal saya dengan sebaik mungkin…inshaAllah.. aamiiin..


p/s: Andai punya kelapangan waktu serta diberikan kesihatan yang baik, inshaAllah saya akan update blog ni. Janganlah merasa jemu untuk singgah baca-baca di sini ye =D

Tuesday, March 23, 2010

AWARD DARI KAKAK2KU (^_^)



Ini bukanlah award yg pertama saya terima. Itulah hakikatnya. Tapi inilah award pertama yg saya publishkan di blog “Kongsi Bersama” ni.

Terlebih dahulu, saya minta maaf kepada yg pernah beri award, tp saya x letakk kat blog. Harap kalian tak tersinggung. InshaALLAH nanti akan saya letakkan juga di sini. Mohon diberikan waktu.

Kenapa award kali ni saya publishkan di sini? Sebabnya, saya rasa teruja dapat award ni daripada dua org kakak, pd waktu yg sama. Award yg sama (jd saya sekalikan jela ye). Dan yang lebih menariknya, kedua2 mereka meletakkan nama saya di tempat ke-8. Suatu kebetulan =D

*******************

Seperti biasa, nak ambil award, ada juga syarat yg perlu dipenuhi. Alhamdulillah syaratnya tak banyak, cuma empat, dan mudah sahaja. Syarat2nya:

1) Thank and link the person who gave you the award.
2) Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3) Contact said Blogs and let them know they've won the award.
4) State 7 things about yourself.


Baiklah. Saya akan penuhi syarat2 yang dinyatakan di atas ni ;-)


Pertamanya, terima kasih buat Kak Intan dan Kak Lin yang telah menamakan saya dalam senarai penerima award ini.. sayang kat akak berdua! Ukhwah fillah abadan abada…

Inilah award yang saya terima daripada mereka… ^_^

Keduanya, saya hadiahkan award ini buat sahabat-sahabat bloggers yang saya kenali di alam maya ni…

1) Iznie
2) Kak Liza
3) Fatin
4) Azila
5) Nick Irfan
6) Fakhrul Islami
7) Hadi
8) Aizat Al-Yamani
9) Afifi
10) Izzah
11) Solah
12) Ainz
13) Apih
14)Ummul Syabinar
15) Ain

Ketiganya, inshaALLAH saya akan ke blog setiap nama yang tersenarai di atas ni dan beritahu pd mereka ttg penerimaan award ni. Harap sudilah terima ye… ^_^

Dan yang akhir sekali… er, 7 hal tentang saya? Ape ye yang boleh saya kongsikan.. Mm..

i) Lahir di Pahang, membesar di Selangor, kampung sebelah mak di Johor, dan kampung sebelah ayah di Terengganu (ade yg kate, sy ni ‘kacukan 4 negeri’.. hehe)

ii) Merupakan anak ke-2 dari 5 org adik-beradik (first & last lelaki).

iii) Seorang yg agak pendiam, tetapi kalau dah kenal rapat dan serasi, boleh bertukar jadi banyak bercerita =D

iv) Dari segi pemakaian, saya seorang yg simple, x suka pada fesyen (janji selesa dan tau cover aurat properly, inshaAllah).

v) Suka duduk di rumah, hanya keluar kalau benar2 ade hal.

vi) Prefer keluar jalan2 dengan family berbanding dengan kawan2.

v) Seorang yang agak manja dan ‘nakal’ (suka menyakat adik2 n rumets. hehe)


Alhamdulillah… selesai sudah saya penuhi segala syarat yang dikehendaki… (^_^)

Saturday, March 20, 2010

FINAL EXAM FINAL SEMESTER (inshaAllah)



Assalamualaikum buat Muslimin dan Muslimat semua…

Terlebih dahulu. terima kasih saya ucapkan buat kalian yang sudi berkunjung ke sini. Namun maaf, kebelakangan ini saya tidak punya waktu untuk update blog ni…

Pejam celik pejam celik, tamatlah sudah sesi pengajian untuk semester 2 sesi 2009/2010 di UIA. Sekarang tibalah masanya untuk masing2 gigih mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi final exam. Berbeza dengan yang sebelum2 ini, bagi saya, final exam kali ini lagi2 memerlukan usaha yang lebih demi mendapatkan result yang “cantik” sebagai penutup di akhir full transcript saya nanti…

Sedar tak sedar, pengajian selama 4 tahun di UIA Gombak akhirnya sampai ke penghujungnya. InshaAllah, ini merupakan final exam yang terakhir akan saya hadapi sebelum grad untuk 1st degree. Semakin hari, terasa semakin dekat dengan hari terakhir saya di UIA. Namun itulah namanya kehidupan. Ada peringkat2nya. Kehidupan universiti juga ada penghujungnya. Terlalu banyak kenangan suka duka pahit manis selama saya menuntut di UIA… Tetapi bukan itu yang ingin saya bicarakan di sini…

Entri ini khas buat semua penuntut IPT yg bakal/ sedang menghadapi final exam, khususnya pelajar2 UIA, samada di kampus Gombak mahupun Kuantan, dan yg lebih utamanya, saya tujukan buat final year students… Tidak kiralah apa sekalipun course yg kalian ambil, saya ucapkan SALAM PERJUANGAN! Selagi masih diberikan kesihatan fizikal dan mental, maka berjihadlah, dan berjuanglah habis-habisan di medan peperiksaan yg ditempuhi… Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari!


Sedikit perkongsian buat semua yang bakal/ sedang menempuh alam peperiksaan, ingatlah kata2 Khalifah Umar Abdul Aziz, “Pertolongan Allah kepada hamba-Nya adalah berdasarkan kadar niat hamba-Nya, maka barangsiapa yang suci niatnya, maka sempurnalah pertolongan Allah padanya”.

Oleh tu sahabat2 semua, marilah sama kita sucikan niat kita dalam menghadapi peperiksaan ini, mudah2an pertolongan Allah SWT sentiasa bersama kita. Perbetulkan niat, berusaha semaksima mungkin, banyakkan berdoa, dan akhirnya betawakkallah kepada Allah. Yakinlah, Allah itu Maha Adil. Dia melihat kepada usaha hamba-Nya, dan Dia akan membalasnya sesuai dengan apa yang diusahakan hamba-Nya, inshaAllah.

Ya Allah ya tuhan kami,
Kami memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir.

Ya Allah Ya Haq,
Jadikanlah lidah kami ini basah dengan zikir kepadaMu, hati kami dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.

Ya Allah Ya Rahim,
Sesungguhnya kami menitip apa yang kami baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepada kami ketika kami memerlukannya. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Ya Allah Ya Azim,
Lapangkanlah bagi kami dada kami. Dan mudahkanlah bagi kami tugas kami. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidah kami, supaya mereka faham perkataan2 kami.

Ya Allah Ya Sobur, Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang Engkau jadikan kesenangan padanya. Dan Engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.

Ya Allah ya tuhan kami,
Permudahkan segala urusan kami dan jadikanlah kejayaan itu MILIK KAMI!



Aamiiin….


Akhirul Kalam,
SELAMAT MENEMPUH FATRAH IMTIHAAN!!


********************************************

Saat kejayaan ditagih, usaha itu menjadi taruhannya.
Saat kejayaan diharapkan, konsentrasi itu menjadi ukurannya.
Saat kejayaan diimpikan, angan2 itu menjadi perangsangnya.
Saat kejayaan didambakan, pada-Nya sahaja disandarkan segalanya.


Semoga kejayaan itu bisa kita miliki suatu masa nanti… (^_^)



~ Ada 5 subjek yang saya ambil untuk semester terakhir ini, dan cuma 4 subjek sahaja yang ada final exam. Satu subjek tu lagi, “final exam” nya adalah dengan menjalani practical training selama 10 weeks… tolong doakan saya ye, semoga dipermudahkan segalanya... Aamiiin…~


Friday, October 16, 2009

KHAS BUATMU IBU…


Entri ini adalah bersempena hari lahir ibu saya (16 Oktober 19xx). Sedikit coretan kisah peribadi yang ingin saya kongsikan bersama pembaca sekalian, semoga kita lebih menghargai ibu kita..


Setiap kali berpeluang pulang ke rumah, pastinya saya akan segera pulang. Hari Jumaat la hari yg sering saya nanti2kan. Habis sahaja kelas, saya langsung segera pulang ke rumah. Mungkin ada yg mengatakan, nampak macam anak manja.. katalah apepun yg kalian mahu katakan.. Pada saya, balik ke rumah melihat muka mak ayah, cukup menyenangkan hati saya.. Terasa bahagia saat diri berada dekat bersama mereka dan dapat menatap wajah mereka.

Bahkan, saat final exam sekalipun, andai ada gap biarpun hanya sehari dua, tetap juga saya akan pulang ke rumah. Mungkin ada yang berpendapat, di rumah mana mungkin boleh study. Ya, saya tak nafikan.. agak sukar.. tapi sukar ini juga berbeza mengikut individu tersebut. Ramai mengatakan mereka akan habiskan masa dengan menonton TV. Tapi berlainan pula dengan saya.

Kalau saya pulang ke rumah, “cabaran” yang membuatkan saya sukar study, adalah berhadapan dengan mak. Ada sahaja yang ingin dibualkan bersama. Alhamdulillah saya punya mak yang rapat, yang bisa dijadikan umpama teman. Boleh dikatakan setiap apa yg berlaku pada diri saya, pastinya saya akan ceritakan pada mak. Hampir tidak ada yang saya rahsiakan dari emak.

Pernah suatu ketika, saya pulang ke rumah minggu final exam. Beberapa hari kemudian, saya ada exam jam 3pm. Tapi pada hari tersebut, saya berhasrat untuk pulang sedikit awal ke kampus. Saya bercadang untuk menaiki komuter pada sebelah paginya supaya dapat naik sama dengan yang mak naik setiap pagi untuk ke tempat kerjanya di KL.

Di stesen komuter Kajang, di waktu paginya, jangan cakaplah.. memang terlalu ramai manusia.. Mak pernah bercerita, setiap pagi kena berebut himpit2 naik dengan hampir seratus penumpang yang lain. Saya hanya mendengar cerita, jadi saya belum betul2 dapat gambarkan situasinya yang sebenar. Namun saya tetap berhasrat pulang sebelah pagi itu.

Saya jenis yg tidak tahan dengan sesak manusia sebegitu.. nanti mudah pening dan jatuh pitam. Emak risaukan hal itu terjadi pada saya. Saya jadi terfikir.. sedangkan saya masih muda, pun cepat sahaja terasa pening dan jatuh pitam saat berpusu-pusu dengan orang ramai, bagaimana pula dengan mak yang sudah berusia 50an?

Ditaqdirkan Allah, pada hari tersebut, saya tertinggal handphone. Saat itu keretapi belum sampai. Ayah menelefon handphone mak untuk maklumkan hal tersebut. Memandangkan exam saya jam 3pm, ayah pesan jangan naik train dulu, tunggu ayah hantar handphone.

Saya hanya menurut. Dan saat itu jugalah, saya ditunjukkan segala yang benar2 menyentuh hati dan perasaan ini. Selama ini saya hanya mendengar dan cuba membayangkan, tapi pada hari tersebut, saya benar2 menyaksikan kelibat emak yang terpaksa berebut dengan ratusan manusia. Iya, RATUSAN MANUSIA!

Zahirnya pasti tidak ada yang menduga usia mak sudah mengjangkau separuh abad. Mak kelihatan muda dari usianya. Mak juga jenis aktif. Dan alhamdulillah mak dikurniakan kesihatan yang baik. Bagi yang belum kenal mak, rata-ratanya fikir mak berusia lewat 30an. Namun itu secara zahirnya. Hakikatnya mak sudahpun mengjangkau 50an.

Dan sebab itu juga, mak ada bercerita meluahkan rasa tidak puas hatinya melihat anak2 muda yang duduk di kerusi (dalam train) tanpa memberi keutamaan bagi mereka yang sudah berusia. Sudahla agak berusia, dan baru juga pulang dari kerja, pastinya mereka terlalu penat dan perlu diberikan lebih keutamaan untuk mendapat tempat duduk berbanding yang masih muda dan gagah berdiri.

Saya tidak sampai hati melihat bagaimana emak terpaksa berebut dengan ratusan manusia untuk memboloskan dirinya ke dalam train. Saya benar-benar tidak kuat untuk melihat semua itu. Lalu saat train hampir tiba, saya salam dan cium tangan mak.. dan saya terus minta izin untuk pergi (kembali ke kaunter tiket untuk tunggu ayah datang berikan handphone yang saya telah tertinggal).

Saat saya berada di jejantas untuk ke seberang, airmata menitis tanpa sedar.. sungguh.. saya benar2 tersentuh dengan kejadian itu..

Setelah habis exam petang tersebut (ada gap beberapa hari untuk exam seterusnya), malamnya selepas solat Maghrib, saya terus pulang semula ke rumah. Malam itu saya tanyakan pada mak, memang begitukah situasi yang dialaminya setiap hari setiap pagi saat mahu ke tempat kerja. Mak hanya tersenyum. Kata mak, itu kerja mak.. mak kena pergi kerja.. cari duit untuk kesenangan hidup anak2 mak.. Sungguh, saat itu juga airmata saya bergenang.. terharu mendengar kata-kata tersebut biarpun mak cakap dalam nada biasa seperti berbual, dan bukanlah suatu luahan hati ke hati.

Saya terus naik ke bilik… bersendirian dalam bilik, saya menangis semahunya (saya memang jenis nanges xnak orang tengok). Jika selama ini saya cuma membayangkan, saat itu saya benar2 menyaksikannya.. itulah tanda kasih sayang dan pengorbanan mak yang mungkin saya tidak sedar selama ini..

Puas menangis, saya turun semula.. baru teringat belum salam lagi dengan mak (sebelum tidur, saya akan salam dan cium tangan mak ayah). Namun emak dah pun tidur kepenatan. Mak memang jenis tidur awal, perlukan tidur yang cukup supaya esok paginya punya tenaga untuk berebut lagi bersama ratusan penumpang untuk memboloskan diri ke dalam train.

Saya tenung wajah mak yang sedang tidur kepenatan… saya perhatikan kedutan di wajahnya yang mungkin ramai tidak sedar, dan saya perhatikan juga uban-uban yang sudah semakin banyak di kepalanya. Saya tenung mak sepuas-puasnya. Ya, mak sudah agak berusia. Itulah hakikatnya biarpun zahirnya mak nampak muda dari usia sebenarnya. Dan walaupun sudah semakin berusia, mak tetap cergas dan sihat, aktif serta bersemangat. Mak tak kan pernah tunjuk dirinya lemah. Dan hakikatnya, mak memang seorang yang kuat dan tabah! Selama saya hidup, belum pernah walau setitis pun airmata mak saya saksikan.. langsung tak pernah! (mungkin saya pun jadi jenis yg x nanges depan orang, waris dari mak la kot).

Dengan niat tidak mahu buat mak terjaga dari lena, perlahan-lahan saya capai tangan mak.. saya cium tangan yang telah membesarkan saya tu.. Tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi saya, memandikan saya, memakaikan saya pakaian, membelai serta memeluk erat saya, dan terlebih dari semuanya, tangan itu jugalah yang sering menadah tangan berdoa untuk saya..

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang wanita bergelar ibu. Sungguh diri ini amat bersyukur mempunyai seorang ibu yang begitu sempurna bagi diri ini..

Mak, dirimu insan yang cukup dikagumi… terima kasih tidak terhingga atas segala kasih sayang serta pengorbananmu.. saat diriku sedih, gembira serta perlukan teman, dirimu sentiasa sudi menjadi pendengar setia biarpun hakikatnya dirimu penat dan letih… Mak… saya sayang sangat2 kat mak! Selamat Hari Lahir saya ucapkan.. Semoga Allah terus kurniakan kesihatan yang baik buat mak.. semoga hidup mak diberkati.. dan semoga mak beroleh kejayaan hidup dunia dan akhirat… Aamiiin…



Related Posts with Thumbnails