Thursday, April 1, 2010

DI SEBALIK "APRIL FOOL"



Pasti ramai yang dah sedia maklum tentang sejarah sambutan "April Fool" ni, tapi tak mustahil juga kalau ada yang masih belum tahu. Jadi rasanya tak salah kalau tetap mahu dikongsikan artikel ini di sini, moga-moga kita semua saling beringat dan berwaspada....


Assalamualaikum wbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang ke Barat’.

Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan tersebut untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol, tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


Petikan daripada Risalah Fikrah


~ duk perasan tarikh 1 April je, langsung tak ingat pasal April Fool, coz memang langsung tak terfikir pun nak (sambut dengan cara) kenakan sape2~

4 comments:

  1. thnks kak honeyz...
    iznie pun da lupa kenapa kita ta bley sambut april fool ni...
    naseb baik terbaca lagi... :)

    ReplyDelete
  2. Dalam sejarah dibawah pemeritahan Daulah Islam, perkara ini berlaku diluar kekuasaan wilayah Islam. Kali pertama berlaku, adalah diJerusalem, Palstine dimana apabila berlaku perang salib Org2 Kristian telah menyerang perkampungan org2 islam dgn menyembelih, membakar dan memperkosa wanita2 dgn sambutan meriah sekali pada sekitar 493 Hijrah. Palestine telah dibebaskan dari cengkaman kufr pada zaman Saidiins AlKhattab r.a. Tetapi dg munculnya panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya menawan kembali pada hari Jumaat 27 Rejab 583 Hijriah (90 tahun kemudian)
    Diriwayatkan , setelah Sultan Salahuddin al-Ayyubi berjaya menawan kembali Baitul Maqddis, beliau berjalan-jalan di sekeliling kota. Tiba-tiba beliau disapa oleh seorang lelaki tua beragama Kristian, katanya: “Wahai pahlawan agung, mengapa tuan tidak membalas semula tindakan kejam tentera salib terhadap tentera tuan?”
    Jawab Sultan Salahuddin: “Wahai orang tua, agama kami bukan sahaja melarang sifat balas dendam, tetapi sangat menegah tindakan di luar batas perikemanusiaan seperti yang pernah musuh-musuh kami lakukan. Islam menyuruh kami menepati janji, memaafkan kesalahan orang lain dan melupakan kekejaman pihak musuh ketika mereka berkuasa.”
    Orang tua itu berkata lagi: “Alangkah indahnya agama tuan! Saya ingin sangat menikmati kehidupan yang indah seperti itu pada sisa-sisa akhir hidup ini. Apakah yang patut saya lakukan untuk memeluk agama tuan yang mulia ini?”
    Massacre yg kedua berlaku semasa Org2 Monggol menyerang Baghdad, Iraq,
    Massacre yg ketiga berlaku setelah Runtuhnya Daulah Uthmaniah dimana penyembelhan berlaku dimana2 negara Barat sebaik saja Sultan Abdul Hamid disingkirkan. Apabila khalifah telah tiada, siapa lagi mrk yg bileh diharapkan membela nasib org2 Islam? Nenteri2 IC?,PBB?, OIC? SIS? Poorahlah...

    ReplyDelete
  3. eh! mne akak hani??? rindulah kt akak....

    ReplyDelete
  4. salam ziarah kembali..bagus artikel ttg aprilfool ni, sgt berkesan mengnigatkan kita semua..thnx 4 sharing

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails