Andaikan 3 individu berbeza meminjam pinggan daripada kita. Selang beberapa tempoh masa yang ditetapkan, mereka memulangkan semula pinggan yang telah dipinjam…
>> individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan elok, bersih dan cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..
>> individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan yang masih kotor; tidak berbasuh.. Maka pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yang sepatutnya..
>> manakala individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Justeru, kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina..
Kawan-kawan, begitulah jua halnya dengan Allah Taala..
# Jika kita kembali kepada-Nya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka nescaya Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yang selayaknya bagi kita.. iaitu syurga..
# Namun jika kita kembali ke hadrat-Nya dalam keadaan kotor dipenuhi dengan dosa, maka Allah akan 'membasuh' kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka terlebih dahulu sebelum memasukkan kita ke dalam syurga..
# Tetapi jika kita kembali kepada-Nya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan lagi antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya… ibarat pinggan yang pecah, tiada nilai lagi..
Oleh itu kawan2, marilah kita sama2 tingkatkan amalan… pastikan hidup kita hari ini lebih baik berbanding semalam, dan hari esok pula akan lebih baik berbanding hari ini… Bertaubatlah dengan sebenar2 taubat di atas segala dosa yang telah kita lakukan… sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani…