Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri
Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri
Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri
Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri
Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang
Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan
Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri
Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti
Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri
Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling
Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi
Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari’at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat
Lemahnya diri ini
Solat yang lima waktu pun sukar dijaga
Amalan sunat apatah lagi
Lemahnya diri ini
Ada aqal untuk berfikir
Tapi masih lagi menurut
Pada nafsu dan jalan karut
Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…
Ya Allah…
Lemahnya diri ini..
Kupohon kekuatan daripada-Mu
Tuntunilah langkahku
Biar hanya mampu merangkak
Itu pasti lebih baik
Daripada terus rebah dalam kaku
Berikanku peluang
Merentasi jalan yang Engkau redhai
Ampunilah kekhilafan semalam
Atas kejahilanku mengenal makna kasih sayang-Mu…
Aamiiin Ya Rabbal 3aalamiin...
Notakaki: Kredit buat penulis asal yang tak dapat saya kenalpasti. Semoga Allah memberkati hidupmu... Sesungguhnya setiap bait kata-kata dalam puisi di atas benar-benar membuatkan diri yang sering leka dan alpa ini merasa sedar dan insaf. Ya Allah... betapa lemahnya diriku ini... Berilah hidayah-Mu kepadaku, dan bimbinglah daku dalam menghadapi liku-liku kehidupan duniawi ini... Tetapkanlah hatiku di jalan-Mu ya Allah... Aamiiin...
~saya yang kini diuji dengan pelbagai dugaan~
salam ziarah..
ReplyDeletehmM..lemahnya diri kerana kita mmG dihidupkn sbgai makhluk yG lemah..
malanGnya ramai yG tak sedar..lupa diri
salam dik...
ReplyDeleteayat2 yg canteeq untuk peringatan kepada diri yg serba kekurangan ini...semoga menjadi pengajaran...
***Ingatlah... dugaan yg ALLAH bagi pada Hani mungkin ada hikmah disebaliknya...Jaga diri...***
salam dik..
ReplyDeletebanyakkan bersabar, makin kita nak dekat dengan Allah, makin kuat dugaan dan cabaran.. anggaplah ianya semua daripada Allah.. kita hanya hambanya..(",)
to Azrai Ahmad Zamri:
ReplyDeletebetul betul betul! sokong sangat2..
ramai di kalangan kita yang terlupa hakikat bahawa kita semua adalah manusia, makhluq yang lemah, tapi sering merasakan diri kuat..
semoga bait kata2 dlm puisi ni dpt membantu menyedarkan insan2 yg terleka ni... termasuklah diri sy sendiri -_-
thanx sudi ziarah smbl drop komen lg. maaf masih belum berkesempatan drop comment kt mana2 entri di blog Azrai.. skdr jadi silent reader.. inshaAllah, andai punya kelapangan waktu, akan saya usahakan utk drop komen di sana :)
to cun09:
ReplyDeletesalam kak liza ^_^
sama2lah kita mengambil ibrah dari bait kata2 yang canteeq ni, menginsafi diri, lalu kembali mengingati-Nya..
yup. betul kata akak. setiap apa yg ditentukan Allah, pasti ada hikmah di sebaliknya. thanx sebab ingatkan saya, scr x langsung memberi semangat kpd saya :) akak jua.. jaga diri ^_^
to Rumaisa Alkhairuni:
ReplyDeletesalam kak.. thanx atas nasihat dan sokongan yg diberikan! sgt2lah dihargai :)
kadang2 saya merasakan, mungkin sbb saya kurang dekatkan diri dengan Allah lah kot sy diuji dgn pelbagai dugaan.. ntahla.. tp yela, saat diuji dgn pelbagai dugaan, pastinya mulut dengan ringannya "berzikir" (mengeluh) dgn menyebut kalimah "ya Allah..." betapa Allah mahukan hamba2Nya yg diuji memanggil2-Nya... ;)