Di suatu kawasan tanah lapang, seekor lembu terserempak dengan seekor anjing yang kelihatan seperti sedang marah-marah. Si lembu pun segera memberanikan diri menghampiri si anjing, lalu menyapanya.
Lembu: Hai anjing, apa khabar? Macam ada yang tak kena je?
Anjing: Aku tengah tension ni... Ikutkan hati, nak je aku gigit manusia tadi!
Lembu: Eh? Kenapa?
Anjing: Aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tiba-tiba si lelaki terperanjat dan terus melompat, sambil berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauhlah.. najis!"
Lembu: Ya, lah. Kau kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu...
Anjing: Kalau aku najis sekali pun, kalau dia tersentuh aku, boleh je disamak. Habis, yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa dia tu?
Lembu: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang kau wahai anjing, malah tak boleh disucikan sekalipun disamak!
Anjing: Wah.. ayat kau memang power la... lepas ni manusia kena ubahla pepatah "Pandai macam LEMBU"
*****************
Sentuh... Dulu, saya pelik, kenapa pegang tangan pun mesti dijadikan salah satu garis pandu untuk don’ts dalam bercouple? Bukankah berpegangan tangan sesama bukan mahram itu (melainkan suami-isteri) sememangnya haram? Ianya garis pandu untuk orang Islam secara menyeluruh, dan bukanlah hanya dalam soal bercouple! Itu asas pengetahuan dan pengamalan dalam Islam. Mudah saja. Jangan sentuh orang yang bukan mahram. Jika garis pandu asas ini pun tidak dipatuhi dan suruhan Allah dizalimi, maka dari situ jugalah bermulanya perkara-perkara lain yang di luar kawalan kita.
"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram." (HR Ibnu Majah)
Berdasarkan hadith di atas, jelas sekali Islam melarang keras lelaki dan perempuan yang bukan mahram untuk bersentuhan, sehingga dikatakan menyentuh kulit khinzir adalah lebih baik daripada menyentuh kulit orang yang bukan mahram kita. Khinzir tu dah dikira sehina-hina makhluq pada pandangan kita, orang Islam. Tapi lihatlah, ternyata rupa rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada tu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan mahram itulah yang ternyata lebih hina daripada khinzir!
Bersentuhan (dengan sengaja dan apatah lagi bertujuan syahwat) antara lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa adanya ikatan pernikahan yang sah adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing/ khinzir tidaklah berdosa dan hanya perlu disucikan melalui samak (bukan bertaubat!). Ini kerana, yang diharamkan ke atas kita adalah untuk memakan dagingnya, dan bukanlah menyentuhnya. Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh pasangan bukan mahram yang tidak halal bagi seseorang itulah yang dikira sebagai dosa dan maksiat!
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (HR At-Tabrani dan Baihaqi)
Apapun, semuanya bergantung kepada keyakinan kita kepada Tuhan. Ingat, bukan setakat percaya, tetapi YAKIN! Kita semua percaya Tuhan itu ada. Tapi adakah kita benar-benar yakin bahawa Tuhan itu ada? Kalau jawapan kita "ya", maka kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. Kita akan turuti setiap kemahuan-Nya dan tinggalkan segala larangan-Nya. Kita akan sentiasa ingat, walaupun hanya pasangan kita saja yang tahu apa yang kita buat, tetapi hakikatnya Allah nampak dan tahu setiap sesuatu. Setiap daun yang gugur, dan setiap rasa dalam hati. Semuanya Allah tahu. Dia yang Maha Mengetahui. Ingatlah... Janganlah sesekali kita jadikan diri kita hamba kepada nafsu, tapi biarlah nafsu itu yang menjadi hamba kepada kita!
salam ziarah..
ReplyDeletenice entry! perlu disebarkan kpd semua..
benarlah kita manusia..
'semut di seberang lautan nampak, tapi gajah depan mata selalu buat2 tak nampak..'
emm,,,pgg2 sblm kawen nikmatnye sekejap..
ReplyDeletenikmat itu akan berakhir bile sdh kawen...
jadi klo xtahan nk pegang sgt,,
maka cepat2lah kawen...=)
to Azrai Ahmad Zamri:
ReplyDeletesalam. sekadar menyampaikan apa yg dirasakan patut disebarkan.. mg ada manfaatnya :)
yup, benar sekali.. begitulah manusia..
kalau anjing/khinzir tu kemainla anti, duk kutuk kate najis la, haramla..
tp duk bersentuh dgn pasangan yg bukan mahram dan tidak halal tu, x plak difikirkan "najis" (dosa) dan jauh lbh haram?
hmm.. ntahla.. moga perkongsian ni di sini dpt menyedarkan mereka yg mgkn masih leka dan alpa dalam hal bersentuhan ni..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteto HaDi:
ReplyDeletepegang2 sblm kahwin tu nikmat ek? xtau lak.. cz x pernah n xkan wat (nauzubillah)~ =D
teringat seorang kwn, F, pernah ceritakan ttg seorang kwnnya, A, yg seringkali berpimpin tgn setiap kali keluar dgn bf nya, sdgkan kedua-dua mereka blaja subjek agama. dan sebab tahu tidak dibenarkan bersentuh kulit, maka dgn "bijak dan kretifnya" si perempuan akan memakai sarung tgn.. jd walau berpimpin tgn, masih tetap x sentuh kulit... sedih gakla dgr.. yela kan.. patutnya bukan sekadar blaja agar, tapi TAHU dan FAHAM ajaran agama, lalu praktikkan dalam kehidupan seharian.. tp dlm hal ni, lain plak jadinya. mereka TERLUPA bhwa larangan tersebut sbnrnya adalah disebabkan syahwat yg mgkn timbul ekoran bersentuhan tu walaupn x bersentuh kulit...
hmm.. manusia.. manusia.. sedangkan yang haram itu jelas haramnya, tp nk juga cari jalan utk menghalalkan apa yg dah jelas haram...
betul kata Hadi.. kalau x tahan sangat nak pegang, cepat2 jela kahwin kan? yela, dah halal, maka xde dahla halangan. tp org skrg, mcm2 alasan plak diberi kalau disuruh kahwin cepat2. kalau dh byk sgt alasan tu, pandai2la sedar dan beringat.. dh tau xleh khwn dlm mase terdekat, maka sebolehnya elakkanla diri dr terjerumus dalam hubungan yg tak sepututnya, yg hanya membawa kpd dosa n maksiat... nauzubillaahi min dzaalik...