Sunday, November 15, 2009

MADU LEBAH: KHASIATNYA MENURUT AL-QUR’AN DAN HADITH


Selaras dengan perkembangan dunia yang semakin canggih, dunia perubatan juga semakin maju berbanding dengan cara perubatan dahulu. Oleh itu rawatan-rawatan tertumpu kepada cara moden di hospital-hospital yang cukup dengan segala kemudahan dan kepakaran. Namun begitu, berubat mengikut saranan Al-Qur'an dan hadith masih tetap mengambil tempat di dalam kehidupan masyarakat Islam.

Menurut Nabi SAW, setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda SAW (maksudnya): "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua" (Hadis riwayat Abu Daud)

Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam Al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, mahupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.

Firman Allah dalam surah an-Nahl (tafsirnya): "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan." (Surah An-NAhl: 69).

Rasulullah SAW juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan Al-Qur'an. Baginda bersabda (maksudnya): "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan Al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Daripada hadith di atas ini, ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu, madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.

Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah diri daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.

Di samping itu, madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah SAW juga mengamalkannya.

Galakan memakan/ meminum madu di pagi hari ini diperkuatkan lagi dengan satu lagi hadith Nabi SAW. Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Selain itu, memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki.

Terdapat banyak lagi penyakit yang boleh sembuh melalui madu, termasuklah hidung tersumbat, ulser, anak yang kencing malam, dan sesuai untuk kanak-kanak damit yang baru lahir.


Dalam erti kata kata lain, tidak dapat dinafikan lagi, baik melalui Al-Qur'an, hadith, mahupun amalan perubatan tradisional, sudah jelas terbukti bahawa madu sememangnya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Justeru itu, adalah menjadi suatu amalan yang baik sekiranya kita menjadikan madu sebagai ubat dan penjagaan kesihatan. Amalkanlah pengambilan madu dalam kehidupan seharian kita kerana ia terbukti mujarab, dan pada masa yang sama, kita juga mengamalkan sunnah Nabi SAW. WALLAHU A3LAM...

7 comments:

  1. subhanallah.. mmg mnarik utk dikongsi bersama.. ;)
    madu, enak pun ye, menyihatkan pun ye.. ;)

    ReplyDelete
  2. Salam mahabbah ya ukhti...
    Semoga di dalam rahmat dan redha Allah sentiasa.

    A'ah madu mmg sgt baik utk penjagaan kesihatan. Jom mkn madu HPA disamping membantu ekonomi umat Islam...! Harga pun berpatutan.

    He..sj promote. Akak bkn ejen HPA tapi akak customer tetap madu HPA. InsyaAllah... =D

    ReplyDelete
  3. to Awrapurnama:
    betul3.. sokong sangat2 ^_^

    to nur_islam:
    salam mahabbbah buat akak juga ^_^
    aamiiin.. baarakallahu fiik aidhon ya ukhti :)
    hehe, xpe kak.. leh je nk tumpang promote kat sini =D
    betul kate akak.. alang2 nk jaga kesihatan n ikut sunnah dengan pengambilan madu tu, ade baiknya lagi kalau beli madu HPA yang secara x langsung dapat juga bantu ekonomi umat Islam..
    jadi jom ramai2 kita makan madu HPA ^_^
    (tumpang promote sama.hehe)

    to armouris:
    terima kasih sudi singgah di sini :)
    saya dah pun balas kunjungan ke blog anda..
    bgs sekali! penuh dgn info kesihatan..

    ReplyDelete
  4. salam Hani ^_^

    exam dah abiss eekk ^_^ semoga keputusan yg "canteek" nanti...

    Sebenarnya akak jarang makan madu walaupun tahu "rahsianya", mungkin tidak diamalkan dari awal2 kot...insyaALLAH akan cuba ^_^

    ReplyDelete
  5. salam buat kak liza yg setia ^_^

    hehe, yup.. dah habis xm ^_^ i did my best, jadinya skrg bykkan berdoa n bertawakkal jela.. terima kasih ye kak sebab rajin mendoakan saya.. aamiiin..

    biasela tu kak, saya pun x diajar makan madu ni sejak kecik.. memula nk makan tu, tekak macam xleh terima gakla (walaupun nama saya juga "honey" ~ hehe,xde kaitan). tp sebab tahu madu banyak khasiatnya, n juga sunnah Nabi, jadi saya pun cubalah biase2kan makan madu ni..

    inshaAllah, akak pasti boleh. semoga akak juga nnt dpt biase amalkan makan madu ni ^_^

    ReplyDelete
  6. yup! madu mmg berkhsiat! skrg bdk2 klu amalkan makan madu ok la... sbb skrg kan exam spm? lgpn madu baik utk kesihatan...

    ReplyDelete
  7. betul betul betul...
    madu smmgnya berkhasiat dan bagus untuk kesihatan..
    jadi x kiralah wat adik2 yg tgh spm ataupun bukan..
    amalkanlah makan madu selalu ye =D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails